°CHAP 18°

821 107 9
                                    

I'll love you even you make
my heart ache
___________________


Setelah mereka berdua tiba di atas private jet milik Hayes, Qays terus menekan butang-butang di bahagian pemandu kapal terbang itu.

Melisa hanya memerhati tangan Qays yang lincah menekan butang-butang di situ untuk menghidupkan enjin. Melisa yang Dari tadi hanya diam terus bersuara.

"Qays where are we going?", Tanya Melisa lembut.

Dia masih lagi dalam ketakutan apabila melihat kejadian tadi. Dia tertanya-tanya siapa sebenarnya mereka semua ni.

Keluarga Hayes kelihatan begitu kaya Dan mewah begitu juga dengan Qays. Tetapi aku tahu Qays kaya kerana mempunyai syarikatnya tersendiri.

Qays tidak lansgung menjawab dia masih tekun mengendalikan jet itu. Tiba-tiba dia memusingkan tubuhnya lalu menarik Melisa ke kerusi jet. Melisa mula naik darah apabila soalannya langsung tidak dijawab oleh Qays.

"Qays kaya tengah cakap dengan awak kan? Kita nak ke mana?", kata Melisa dengan Nada geram. Qays melepaskan tangan Melisa.

"Sit", katanya sambil menunjukkan ke arah kerusi itu.

Melisa peluk tubuh. Haih? Aku tanya dia boleh buat bodoh ja? Pastu arah-arah orang pulak. Qays masih menunggu Melisa untuk duduk.

Dia mula merenung Melisa dengan pandangan tajam. Lama. Melisa yang melihat pandangan itu terus memdengus geram.

Wajahnya dipalingkan menghadap tingkap. Malas mahu melawan pandangan Qays yang sentiasa tajam. Tiba-tiba ada satu tangan menyusup di tepi pinggangnya.

Melisa tersentak apabila Qays memakaikan tali pinggangn untuknya. Wajah mereka ketika itu terlalu dekat sehingga dia boleh mendengar nafas Qays. Jantung Melisa turut sama mengepam darah dengan laju.

"Kalau marah sekalipun jangan sampai lupa nak pakai tali pinggang. Please think of your own safety", kata Qays dengan renungannya kepada Melisa. Melisa berdehem sebelum membetulkan duduknya.

"T-thank you". Suaranya sedikit bergetar.

Qays menjauhkan dirinya Dan kembali ke hadapan jet. Jet mereka masih belum terbang kerana dia harus pastikan yang Melisa sudah duduk di kerusinya.

Bila sudah sedia, dia mula menggerakkan jet itu. Melisa yang terkejut apabila jet itu bergerak terus memegang penghadang kerusi itu.

Dia memejamkan matanya apabila jet itu bergoyang sedikit. Apabila jet itu sudah berada dalam keadaan stabil dia membuka matanya perlahan-lahan.

Ternyata permandangan Dari atas sini sungguh cantik. Dia terpaku dengan keindahan laut Maldives yang menjadi kawasan rumah keluarga Hayes.

Siap ada pulau tersendiri lagi. Dia juga dapat melihat rumah Hayes Dari atas sana. Agaknya apalah yang terjadi kepada mereka?

Qays yang berada di hadapan tadi memunculkan dirinya setelah jet ini dapat dikendalikan. Dia memuji Qays yang berkemampuan dalam mengendalikan jet itu. Seperti dia sudah terbiasa.

"lagi dua jam nanti kita akan mendarat di Luxembourg".

Qays duduk di bahagian kerusi sebelah melisa. Dia melonggarkan tali lehernya yang dipakai dari pagi tadi semasa pernikahan mereka.

Tali leher itu dicampakkan ke atas meja yang berada di hadapannya. Dia menekan kerusi automatik itu lalu kerusi itu bergerak ke belakang sedikit untuk dia baringkan kepalanya.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now