• CHAP 05 •

3.3K 189 52
                                    

Boys only want love
That is torture.
__________

Selepas temu duga tawaran kerja, aku terus Bergegas ke lapangan terbang untuk berjumpa dengan Arfan Yang akan berangkat ke London.

Aku ingin memberitahu berita gembira ini kepadanya. Setiba Di lapangan terbang, aku mencari kelibatnya. Mataku meliar mencari Arfan.

"Melisa", panggil seseorang dari belakang.

Aku terus menoleh untuk melijat gerangan orang Yang memanggilku. Kelihatan seorang wanita sedang berdiri sambil tersenyum kepadaku.

"Awak Melisa kan?", Tanya dia kepadaku Yang Masih terdiam.

"Ye saya. Tapi awak ni siapa? Macam mana boleh tahu Nama saya?".

"Saya Lily. Orang suruhan encik Arfan. Dia dah Naik flight sebelum Melissa sampai. Katanya dia tunggu lama sangat. Tak sempat nak jumpa", terang lily kepadaku.

Aku hanya mampu menggangguk. Sebak rasanya tak sempat untuk bertemu dengan Arfan. Pasti dia kecewa.

"Tapi dia suruh saya bagi ni dekat cik Melisa". Sepaket coklat Cadbury dihulurkan kepadaku beserta dengan nota.

"Saya pergi dulu cik Melisa. Apa-apa mesej saja encik Arfan", kata lily sebelum bersalaman denganku.

Aku menghantar kelibatnya dengan pandangan sahaja. Sticky note Yang terlekat pada paket coklat itu aku baca.

Maafkan aku sebab tak dapat tunggu kau. Nanti aku balik Dari london, aku bagi kau surprise!

Sebaris nota Dari Arfan membuatkan aku kembali tersenyum. Arfan tak pernah sesekali menghampakan aku.

Thats my boi!

Arfan dah pergi lebih baik aku balik, Daripada duduk macam tongkol kayu. Coklat di tangan aku masukkan ke Dalam beg.

Arfan ni saja nak bagi aku gemuk! Bagilah baju ka, buku ka. Ewah! High demand pula kau ya Melisa?

Motor skuterku Yang sentiasa menjadi peneman jalanan aku pandu merentasi jalan Yang sesak.

Kalaulah aku ada duit lebih mesti dah naik lambo kan? Haha! Bukan Naik lambo tapi kereta lembu!

🕊️🕊️🕊️

Setiba sahaja motorku di hadapan rumah aku terkaku pada sebuah kereta Alphard di luar rumah. Sejak bila mama beli kereta baru?

Ni mesti surprise untuk aku. Aku ketawa sendiri. Tapi sangkaan aku meleset saat melihat pintu rumahku terbuka luas dan Banyak kasut menghiasi halaman rumah.

Rasa tak sedap hati mula menerpa. Saudara mara kot? Positif Melissa! Perlahan-lahan aku masuk ke Dalam rumah.

Alangkah terkejut apabila keadaan rumahku tidak ubah seperti tongkang pecah. Hampir luruh jantungku saat melihat ibuku seperti nyawa-nyawa ikan.

"Melisa!", Panggil seseorang Yang amat aku sayang.

Air Mata terus berlinangan. Kelihatan ayah tiriku bersama seorang lelaki cina Yang bertatu sedang duduk di atas sofa tanpa berperikemanusian. Mereka hanya memandang ibuku seblah Mata.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now