• CHAP 02 •

4.2K 217 10
                                    

Your eyes are like heaven to me
____________

"look at me". MasyaAllah! Suara sedingin ice berg.

Seram dengar. Aku memandangnya takut-takut dengan hati Yang berdebar-debar.

Panahan mata dia sangat menggoda dengan mata kelabu Yang sungguh mengasyikkan. Rambutnya yang keperang-perangan.

Apa sahaja pada lelaki ini semuanya perfect. Nampak sangat mamat ni ada mix. Tapi mix apa dia tak tahu.

"Kau tak ada mata ka masa bawa motor?".

Aku mengelip mataku beberapa kali. Sinisnya soalan. Sakit pula hati ni mendengar. Wajah lelaki itu masih serius.

"Ke kau letak dekat lutut? Tuhan bagi mata pakai elok-elok! Jangan nak berangan sampai ke angkasa".

Bagai petir memanah terus ke hatinya. Wah! Ni mulut ka longkang? Walaupun hati sedang terbakar wajahku sedaya upaya dimaniskan. Bagi sejuk sikit hati mamat ni.

"Sebenarnya macam ni. saya terlajak masa bawa motor tadi. Lepas tu saya terlupa ada lampu isyarat jadi saya brek mengejut. Entah macam mana motor saya terlanggar belakang motor Encik", kataku dengan yakin.

Cuba untuk membuat dia mempercayai kata-kataku yang mungkin macam alasan tak munasabah. Dia seperti tidak mempercayai kata-kataku.

Walaupun serius tapi boleh nampak macam dia tak mempercayaiku. Tapi apa yang aku beritahu dia semua betul, memang aku tak sengaja.

"Your reason doesn't make sense for me!", katanya dengan wajah bengis. Boleh pula malam-malam ni gaduh-gaduh dekat tepi jalan. Tak pernah dibuat orang.

"Betul saya tak tipu dekat encik. Saya memang betul-betul tak sengaja. Tolong maafkan saya".

Kedua tanganku sudah bertaut. Memohon ampun kerana tidak sengaja terlanggar motor lelaki ini. Dia merenung aku tajam selapas memandang motornya.

Aku juga turut memandang motor berkuasa tingginya. Teruk juga aku langgar. Sampai terkeluar nombor plat motor dia. Aku menggaru pelipisku yang tidak gatal.

"Kau nampak tak macam mana teruknya kau langgar? Kau ingat murah ka nak repair? Kalau pakai air liur tak apa juga. Ni pakai duit, pakai duit kau faham ke tak!".

Tiba-tiba suaranya sudah naik seoktaf. Terangkat bahu aku terkejut dek suaranya yang meninggi.

"Okay macam ni lah. Encik ambil dulu duit saya ni. Sebagai ikat jamin yang saya akan bayar balik kerosakan motor ni. Nanti saya dah dapat kerja, saya bayar ganti rugi encik balik".

Duit yang berada di dalam poket, aku keluarkan sebelum diberikan kepadanya. Lelaki itu mengambil duit aku tanpa sebarang bunyi. Gembiranya apabila lelaki itu mengambil duitku tanpa menolak.

Dia memandang duit yang aku beri itu dengan senyuman sinis. Tiba-tiba dia membaling duit itu ke wajahku seperti kertas yang tiada nilai. Terbeliak mata aku saat duit itu berterbangan.

Belum pernah lagi mana-mana orang kurang ajar seperti lelaki ini. Terus helmetnya dipakai semula. Langsung tiada perasaan bersalah. Luka perasaan aku saat ini.

"Simpan je duit kau tu!", katanya dengan berlagak.

Tanganku masih sibuk mengutip duit dengan perasaan sebak. langsung tidak hiraukannya. Enjin motornya sudah kedengaran. Blah la kau! Bodoh punya lelaki!

"You owe me!".

Aku merenungnya yang juga turut merenungku. Matanya yang kelabu itu sekali lagi menikam anak mataku.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now