• CHAP 04 •

3.4K 204 24
                                    

I know it's sound crazy,
But all i can think of is you.
___________________


Aduh mamat ni! Kenapa boleh muncul dekat sini pula? Hari tu bukan main benci dia, ni tiba-tiba nak tunjuk hero dekat sini. Dia tak tahu ka yang mereka semua ni gengster?

Rambut yang tadi dicengkam serta merta dilepaskan saat melihat renungan lelaki itu. Seperti helang menikam anak matanya merenung mereka.

"Hu..Hunter. k..kau buat apa kat sini?", tanya ketua gengster itu tergetar.

Ai. Tadi bukan main jerkah macam singa. Nampak mamat ni terus jadi kucing manja.

"Suka hati akulah nak buat apa kat sini. Yang korang buat kecoh kat tempat aku ni apahal?".

Suaranya memekik di ruang parkir kereta. Garang betul. Mereka terus menunduk merenung lantai termasuk aku. Tak naklah tengok muka dia yang bengis tu.

Lelaki yang digelar hunter itu sempat menjelingku. Tiba-tiba dia mendapat satu idea yang nakal. Dia simpan senyum. Masa nilah aku nak tunjuk siapa aku sebenarnya. Hunter terus mencengkam kolar baju lelaki tadi.

"Apahal ni?", tanya dia terkejut apabila hunter tiba-tiba mencengkam kolar bajunya.

"Aku nak bagi amaran dekat kau. Jabgan sesekali sentuh perempuan ni", bisik hunter perlahan.

"Tapi bapa dia tak bayar hutang boss. Sebab tu kita datang serang", katanya juga perlahan.

Seperti adegan berbisik di antara mereka. Aku hanya memerhati lagak mereka dengan pandangan pelik. Tadi nampak macam nak gaduh ni berbisik pula.

"Yang kau pergi cari dia buat apa?! Kau tahu kan dia perempuan". Hunter masih dalam keadaan berbisik tetapi sedikit kuat.

"Kau kan kasanova bukan kau tak kisah ke kalau jadi apa-apa jadi kat perempuan?".

"Biarlah! tu kes lain ni kes lain. Sekarang ni aku nak korang berlutut depan aku kalau tak nak nyawa korang korang dijemput".

Hunter terus melepaskan cengkaman kolar baju. Aku perasan lelaki itu seperti menjeling aku dari ekor matanya. Tiba-tiba mereka semua berlutut di hadapan Hunter. Terbeliak biji mata aku.

"Hunter maafkan kami! Kami janji tak ganggu perempuan ni lagi! Tolong jangan bunuh kami", rayu mereka.

Mereka sengaja buat-buat merayu kerana hunter yang suruh mereka berbuat begitu. Ada sahaja idea pelik-pelik dari mamat ni.

"Sekarang ni aku nak korang semua pergi balik sebelum angin gila aku keluar!!", jerkahnya tiba-tiba.

Seperti lipas kudung mereka semua melarikan diri. Aku melepaskan nafas lega kerana mereka tidak akan menganggu aku lagi.

"Saya nak ucapkan terima....".

Kata-kataku terhenti di situ saat renungan hunter menembusi anak mataku. Aku telan liur. Baru aku tersedar hanya tinggal aku dan dia sahaja di sini.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Tujuan untuk meminta maaf kini berubah menjadi perkara lebih buruk. Janganlah dia buat apa-apa dekat aku.

"What should i call you? Babe or baby?".

Senyuman nakal terbias di bibirnya. Ni masalah ni! Jangan cakap dia ni pervert. Terus lelaki itu mendekatiku. Kaki aku seperti dipaku pada tanah. Tidak mampu bergerak. Lelaki itu berpusing mengelilingi aku perlahan-lahan.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now