•CHAP 10•

2.9K 204 57
                                    

You can't blame the gravity for
Falling in love.
________________

"What?!", kataku dengan mulut Yang terlopong. Berani betul dia ni! Qays mengangkat bahunya.

"Bagi saya dua sebab kenapa saya perlu kahwin dengan awak", kataku sambil memeluk tubuh.

"First, Kalau nak kedai kau balik, kau kena kahwin dengan aku. Second, nyawa kau dalam bahaya".

Suaranya ditekan apabila menyebut tentang nyawa aku dalam bahaya. Sebab Yang nombor dua aku macam tak boleh terima.

Memanglah hari tu dia dalam bahaya Tapi tu sebab Ayah tiri dia Yang tak bayar hutang. Lebih baik dia angkat kaki dari situ.

"You know what? Forget about it. Kalau awak nak jual sangat kedai tu, jual lah! Saya pun tak heranlah! Huh!".

Usai berkata aku terus berlalu ke pintu. Sempat aku mengibas rambutku pada wajahnya. Biar dia tahu hati aku sakit Macam mana.

Aku memandang sekilas ke belakang. Makin bertambah sakit hati apabila wajah Qays masih beku tanpa sebarang reaksi. Tiba-tiba dia bersuara.

"Aku anggap kata-kata kau tadi sebagai gurauan. Sebab benda Yang aku nak....", kata-katanya terhenti di situ. Makin bertambah suspen aku menunggu ayat Yang seterusnya.

"....sampai ke pelosok dunia, aku Tetap. Akan. Dapat!".

Suara itu berbaur ugutan dan menyeramkan. Air liur ditelan kasar. Mendengar kata-kata tadi, pintu tombol terus dipulas. Jantungku berdetak laju. Kakiku melangkah dengan pelbagai tanda tanya Di kepala. Apa maksud dia tadi ha?

Keadaan Di tempat parkir kereta agak lenggang dan suasana sunyi tanpa suara. Walaupun masih siang tetapi keadaan Di sini seperti sudah malam.

Bulu romaku meremang tiba-tiba. Kaki melangkah laju ke tempat motorku diparkir. Nampaknya tiada seorang manusia pun Di sini.

"Hi cik adik! Seorang ja ka?", tanya suara di belakang aku.

Alamak! Janganlah jadi macam hari itu. Aku memusing ke belakang perlahan-lahan. Ada empat orang lelaki sedang berdiri memandang ke arahnya. Kenapa kena bawa ramai-ramai? Tak boleh ke seorang ja?

Apabila mereka mula menghampiriku aku menjerit sekuat hati supaya orang Yang lalu mendengar jeritannya.

Belum sempat aku lari, Salah seorang dari mereka menerpa dan menekup mulutku. Aku meronta-ronta dilepaskan tetapi semakin kuat pegangannya.

🕊🕊🕊

"Bawa ke tempat Yang tersorok sikit", kata salah seorang dari mereka.

Mereka mengheret aku ke tempat Yang sunyi. Apabila dijamin tiada orang, lelaki Yang menekup mulutku menolak aku sehingga terjatuh ke lantai.

"Apa kau nak ha?!", tanyaku lantang.

"Wow! Garangnya anak kucing ni? Patutlah Rudy nak dia ni!", ketawa mereka serentak dengan kuat. Aku sempat menangkap nama Rudy. Siapa Rudy? Kenapa dia nakkan aku?

"Bukan kita kena bagi dia kat Rudy sekarang juga ka?".

"Kau diamlah! Takkan kau tak nak rasa barang Yang masih segar ni? Rudy bukan tahu pun Kalau kita apa-apakan budak ni". Mereka menggangguk dengan senyuman meleret.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now