• CHAP 09 •

2.7K 196 28
                                    

It's never easy to walk away,
It's just a betrayed kiss.
____________

Hujan lebat Yang membasahi bumi membuatkan aku bertambah sayu mengenangkan cerita Yang disampaikan oleh Mak Jah. Pemergian mama sangat tragis. Selepas kejadian dia diculik, beberapa hari kemudian barulah mereka menjumpai mayat mama.

Semasa pengebumian ibunya, hanya beberapa orang sahaja Yang hadir tetapi aku? Langsung tak menemani mama yang dah Banyak bersusah payah untuk aku. Gambar mama aku peluk seerat-eratnya seperti sedang memeluk tubuh tua itu.

Air mata juga turut sama lebat seperti hujan di luar rumahnya. Sekrang ni, satu kawasan rumahnya asyik mengata pasal dia, anak tak kenang budilah, anak derhakalah. Padahal mereka tidak tahu apa Yang terjadi sebaliknya.

Sedang dia melayani perasaannya sendiri pintu rumahnya tiba-tiba di ketuk. Aku sedikit terkejut apabila waktu begini masih ada Yang datang ke rumah.

Air mata Yang berlinangan aku lap dengan kasar. Perlahan-lahan aku menghampiri pintu dengan perasaan berdebar. Minta-mintalah bukan pengutip hutang.

"Siapa Tu?", tanyaku bodoh.

Nampak sangat kebodohan aku terserlah. Kalau dia orang baik, dia akan jawab. Kalau sebaliknya mungkin tidak menjawab.

"Aku", hanya itu Yang dituturkan olehnya. Suara Yang aku kenal itu terus pintu dibuka.

"Qays? Awak buat apa datang malam-malam macam ni?".

Qays Yang sudah basah kuyup dek terkena hujan hanya membatukan diri. Riaknya hanya kosong tanpa sebarang reaksi.

Melisa Yang rasa bersalah digaul pula dengan perasaan kesian melihat Qays Yang sudah basah kuyup terus mempelawanya masuk.

Melisa berura-ura untuk masuk ke rumah tetapi dengan sepantas kilat, Qays terus memeluk tubuh Kecil Melisa dari belakang. Tersentak aku apabila Qays dengan beraninya memeluk dia.

"Please. Biar aku peluk kau sekejap", rintihnya seperti seorang bayi.

Lenyap habis sikap dingin Qays Yang dia kenal. Aku cuba untuk menolak tetapi tubuhku seperti tidak mahu bergerak.

Akhirnya aku membatukan diri. Lama kami begitu sehinggalah aku perlahan-lahan menolak tubuh Qays.

"Tak elok orang tengok. Masuklah dulu keringkan badan. Nanti saya buatkan air".

Melisa terus ke dapur dengan hati Yang berdebar-debar. Nafasnya tercungap-cungap. Wajahnya dikipas beberapa kali. Oksigen! Oksigen!

"Macam manalah aku boleh biar dia peluk aku?!", bebelnya sambil ditampar dahi beberapa kali.

Sambil tangan sibuk membancuh air, mulut pula tidak henti-henti membebel. Sebelum dia ke ruang tamu, Melisa menarik Nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan.

Diulang beberapa kali. Apabila sudah rasa tenang dia mengatur langkah ke ruang tamu. Dilihat Qays sudah membaringkan tubuhnya di atas sofa dengan tangan diletakkan di atas dahi.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now