• CHAP 07 •

3.3K 178 17
                                    

Can I go where you go?
_____________

PRANGG!

Bunyi seakan-akan kaca terhempas ke lantai mengganggu lenaku. Siapalah yang dengki kacau dia tengah seronok tidur?

Sayup-sayup aku dengar suara seseorang sedang bercakap tetapi entah dengan siapa. Perlahan-lahan aku membuka mataku untuk melihat gerangan orang yang bersuara itu.

Tiada.

Hanya cebisan kaca yang terhempas di sebelah meja lampu tidur. Kepalaku yang masih terasa berpinar terus dipicit. Aku menyandar badanku di kepala katil.

Walaupun payah aku tetap mencuba. Aku cuba memerhati bilik ini dengan lebih teliti. Eh kejap! Ni bukan bilik aku? Saat ini aku mula gelabah. Baru dia teringat apa sebenarnya yang terjadi.

"Jangan-jangan ni bilik Tai Long apa?", bisikku perlahan.

Baru sahaja aku ingin bangun dari perbaringan, tiba-tiba aku terdengar derapan kaki seseorang. Terus terhenti niatku. Dengan pantas, aku berbaring semula. Pintu dibuka dengn kasar.

Aku masih diam tidak berkutik. Dalam hati dia hanya mampu berdoa agar Tuhan melindunginya. Entah kenapa aku berasa seperti dia sedang merenungku. Jangan-jangan dia tahu aku pura-pura tidur.

"Sudahlah. Jangan nak berlakon sangat. Ni bukan theater kau nak berdrama kat sini".

Aku cuba mengamati suara itu. Ini bukan suara Tai Long. Aku terus membuka mataku. Aku menghela nafas lega. Saat mata terpandangkan lelaki itu, aku tersentak.

Mak ai! Dia buat tayangan boxer Calvien Klein pula depan aku. Rilek pula tu, tak ada rasa malu langsung.

"Memang macam ni eh awak pakai depan perempuan? Tak senonoh langsung!", kataku sambil menutup dengan tangan.

Sebelah keningnya terjongket sebelum memandang dirinya. Tiba-tiba dia menghampiri aku. Tangan kekarnya memegang rahang aku. Aku terkejut dengan tindakannya Yang cepat itu.

"Kau jangan banyak bunyi boleh tak? Kang aku jual balik kau dekat Tai Long baru tahu".

Aku telan liur. Kata-katanya tadi membuatkan lutut aku longgar. Buatnya dia betul-betul jual aku balik, naya pak kadir.

"Kau jangan ingat kau selamat duduk sini. Aku tak jamin kau akan hidup senang lenang dekat rumah aku. Faham?".

Aku menggangguk perlahan. Kata-katanya seperti mengugut. Dia melepaskan pegangan pada rahangku. Pantas Aku menginjak menjauhinya. Dia mengambil tempat di sebuah meja Yang berada Di hujung bilik.

"Saya nak balik".

Aku mula bersuara apabila hanya sepi menemani kami. Selimut yan masih menutupi kakiku dipandangnya.

"Awak pandang apa? Jangan cuba-cuba nak lakukan benda tak senonoh ya!", kataku memberi amaran.

"Biarlah. Lagipun bukan ada orang tahu pun kita buat apa", katanya selamba.

Aku yang dengar pula malu. Makin menjadi-jadi mulut mamat ni. Aku ganyang juga dengan cebok nanti. Daripada aku layan mamat ni baik aku bangun. Aku terus menyelak selimut yang menutupi pahaku.

"Arghhhh!! Darahh!!!", jeritku bagai orng gila.

Aku melihat pahaku yang dipenuhi darah. Baru aku teringat, semalam aku terkena peluru dari Tai Long. Aku meraung kesakitan. Sakitnya bukan kepalang. Qays yang mendengar jeritanku terus bangun dari kerusinya.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now