°CHAP 24° : SAMURAI MISSION I

652 63 16
                                    


"Hajimemashite..(salam perkenalan)", kata lelaki itu menunduk tanda hormat kepada mereka sebagai penyambut tetamu. Alec memberi tangannya untuk menyalam.

"Salam dari binjai!", kata Alec apabila dia melihat seorang lelaki sedang menunduk di hadapannya.

KEDEBUK!

"Aduh sakitlah setan!", marah Alec apabila kepalanya ditampar oleh Mateo.

"Kau ni bila aku cakap bodoh kau marah, kau melenting. Terang-terang dia ni orang jepun, mana dia faham kau cakap bahasa kau!".

Lelaki Jepun itu hanya memandang mereka dengan senyuman tanpa memahami apa yang dikatakan mereka. Hayes, Mateo, Alec dan Frank terus menunduk hormat juga. Tipikal orang Jepun menyambut tetamu mereka dengan menunduk hormat.

"Hajimemashite. Watashi wa Hayes desu. Korera wa tomodachidesu. Onegaishimasu! ( salam kenal. Saya Hayes. Ini rakan-rakan saya. Mohon bantuannya!)", kata Hayes kepada lelaki itu. Mereka yang lain hanya ternganga kerana tidak memahami.

" Hai! Watashi wa Oreki desu. Kore wa anata no kurumadesu. Guria-san ga anata o matteimasu. Sanpo o suru. ( Baik! Saya oreki.
ini kereta kamu. Encik Grier sedang menunggu kamu. selamat berjalan!)", kata Lelaki yang bernama Oreki itu sambil menunjuk ke arah kereta Ford Mustang mach-SUV di belakangnya.

" Psst. Sejak bila Hayes pandai cakap Jepun?", bisik Alec pada Mateo yang sedang berdiri memandang Hayes dan Lelaki itu.

"Sejak mak kau dah tak ada. Dia dah mula cakap Jepun", kata Mateo membuatkan Alec menjijak kaki Mateo. Lelaki itu terjerit membuatkan ramai orang melihat ke arah mereka.

Hayes dan Oreki tadi juga terhenti percakapan kerana jeritan Mateo yang menyentakkan mereka.

"Nazedesu ka? anata wa daijōbu? (Kenapa dia tu? Dia okay ka?)".

Hayes tahan geram. Kalau tiada Oreki di sini dah lama Mateo dengan Alec kena ikat dekat tiang Elektrik biar mampus terus.

'Rasa nak marah tapi kena sabar! Tak apa iman kau kuat Hayes. Biar Oreki ni blah duly, tahulah nasib dorang!', bisik hatinya yang beriman.

Hayes buat-buat ketawa. Sengaja nak cover rasa geram nak pukul mereka berdua dari terkeluar.

"Ei! Ei! Daijōbudesu. Arigatō Oreki-san. (Tak! Tak! Dia okay. Terima kasih Oreki!)".

Setelah mengucapkan terima masih Oreki itu berlalu pergi. Hayes masih melambai kepada Oreki sehingga lelaki itu hilang. Sebaik sahaja bayangan lelaki itu hilang, Hayes perlahan-lahan berpusing ke arah Mateo dan Alec.

Tidak semena-mena 'alat untuk mendapatkan anak' mereka berdua ditumbuk serentak, Membuatkan mereka berdua tersentak sebelum perlahan-lahan mereka terduduk.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now