• PROLOG •

9.4K 363 26
                                    

As you leave, you are taking with you a
piece of my heart
______________

Tanganku diikat dengan tali besi seperti seeokor haiwan. Badanku dari tadi tidak henti-henti dipukul dengan besi sehingga menyebabkan aku tidak dapat bangun. Kesakitan yang ditanggung amat pedih untuk dipikul.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Wajahku langsung tidak diangkat untuk melihat pemiliknya. Hati aku kini seperti batu tidak berperasaan.

"Sayang".

Kedengaran suara lembut wanita memanggil aku. Mata yang terpejam kini terbuka luas. Suara yang dirindukan kini sudah berada di hadapanku. Perlahan-lahan wajah diangkat.

Ternyata benar wanita itu berada di hadapanku. Wajahnya merah begitu juga matanya yang berubah merah. Di birai matanya kelihatan ada mutiara yang sedang mengalir laju.

"K..kau".

Terketar-ketar suaraku akibat penangan tumbukan yang diterima dari mereka. Bibirku juga pecah. Badan aku tidak lagi bermaya. Esakan wanita itu kedengaran sebelum dengan pantas dia memelukku.

Dia menangis di dadaku semahu yang mungkin. Habis basah lencun bajuku tetapi aku tidak hiraukannnya. Kalau tanganku tidak diikat sudah tentu aku sudah memeluknya dengan erat.

"A..aku..mi..minta maaf".

Hatiku begitu sebal. Suara aku tidak selantang dulu. Badan ini terlalu lemah sehingga menyebabkan suaraku hilang.

"Shhh! Jangan cakap macam tu! Awak tak salah". Wanita itu mengusap pipiku lembut. Sudah lama aku tidak merasa sentuhannya.

"Sampai hati dorang buat macam ni dekat awak! Sampai luka satu badan!". Bibirku disentuh lembut. Aku mengerang apabila jarinya menyentuh luka-luka Yang ada pada badanku.

"Biar saya cuci luka awak".

"T..tolong buka gari aku", kataku kepadanya. Buka sahaja ikatan gari di tanganku dengan pantas aku memeluknya.

"Aku rindukan kau sangat-sangat! Tolong jangan tinggallan aku lagi! Aku tak boleh hidup tanpa kau". Aku memeluknya dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya seperti sebelum ini.

"Tak apa sayang. Saya ada dekat sini. Saya takkan tinggalkan awak sampai bila-bila".

Dia mengusap belakang badanku seperti kanak-kanak. Lama aku memeluknya. Dia menyandarkan aku di dinding sebelum mengelap semua luka di wajahku.

Mataku hanya memandangnya. Tiada benda menarik selain wanita di hadapannya. Sungguh dia menyesal perbuatannya yang lalu melepaskan wanita ini.

"Kau masih sayangkan aku?", tanyaku kepadannya yang membuatkannya berhenti.

"Walaupun awak tengking saya macam-macam, tak pernah perasaan benci itu hadir. Untuk seribu tahun pun saya tak akan benci awak". Dia mengelap luka-luka kering di lenganku.

"Hati kau terlalu baik untuk mencintai orang seperti aku. Kalau masa boleh diputarkan. Takkan aku sia-siakan kau. Ego aku terlalu tinggi. Sebab Tu aku kehilangan kau". Mataku langsung tidak dialihkan ke tempat lain. Aku mahu merenung dia sepuas-sepuasnya.

"Saya tak perlukan yang sempurna untuk menjaga saya. Bagi saya awak seperti putera yang selalu menyelamatkan puterinya walaupun dia tahu dia tahu, dia tidak sempurna". Aku merasa sebak mendengar pengakuan darinya.

Tiba-tiba pintu ditolak dengan kasar membuatkan aku dan dia terkejut. Kami tergamam melihat lelaki itu berada di dalam bilik.

Senyuman jahat dipamerkan kepada kami. Aku langsung memandang ke arah lain. Sakit hati melihat senyuman sinis lelaki itu. Benci melihat senyuman itu.

"Kat sini rupanya merpati sejoli ni? Puas aku cari kau, kat sini kau menjalang dengan mamat ni?!", jerkahnya kepada wanita di hadapanku.

"Kau jaga sikit mulut kau Rudy! Dia suami aku suka hatilah aku nak duduk dengan dia".

Lelaki yang digelar Rudy itu mula naik geram. Rudy cuba mendekati dia yang sudah memelukku. Ditarik lengan wanita itu dengan kasar.

"Woi Melisa! Kau tak dengar ke aku cakap apa?! Dia ni pembunuh! Kalau dia bunuh kau macam mana!". Melisa melepaskan genggaman dari Rudy.

"Aku kenal suami aku macam mana. Dia takkan cari pasal kalau orang tu tak buat hal dengan dia! Harimau takkan masuk perangkap kalau tak ada makanan! Cukuplah kau perbodohkan aku dengan cerita bodoh kau!", tengking melisa dengan geram.

Dia sudah tidak tahan dengan drama orang sekelilingnya. Hati bagaikan disiat-siat apabila suaminya diburuk-burukkan.

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Badanku tidak bermaya untuk melawan Rudy. Kalau tidak memang dah lama si Rudy ni makan penumbuk Aku. Rudy mencengkam pipi melisa dengan kuat.

"Kau jangan sampai aku bunuh kau melisa! Kau kena dengar cakap aku bukan dia!", jerkah Rudy sebelum ditolak Melisa ke dinding.

"Lepaslah! Sakitlah belakang aku!".

Tangan Rudy mencengkam leher melisa. Dia rasa seperti oksigen tidak sampai ke dalam peparunya. Melisa meronta dilepaskan tetapi Rudy menguatkan lagi cengkaman.

Aku cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya. Kakiku begitu sakit. Entah dari mana kekuatan datang melisa menumbuk wajah Rudy sehingga terdorong ke belakang.

Melisa mengambil peluang ini untuk melarikan diri. Rudy mengeluarkan sesuatu dari poketnya sebelum senyum senget.

"So you wanna run? I'll make you run forever!".

Dia mengejar langkah melisa sebelum ditarik lengan melisa dengan kasar. Dengan pantas dia mencucuk perut melisa. Melisa tersentak. Rudy membisikkan di telinga Melisa.

"People like you deserve to die".

Setelah itu dia mencabut pisau dari perut melisa. Aku yang tidak sempat untuk menyelamatkan melisa terus menjerit namanya. Perut melisa dibasahi darah.

Terasa pedih di bahagian bawah perutnya. Perlahan-lahan dia melurut jatuh. Dengan pantas aku menyambut tubuhnya yang sudah longlai. Nafasnya juga berombak.

"Melisa tolong jangan tinggalkan aku! Cukuplah sekali Kau pergi! Aku tak nak untuk kali kedua!".

Air mataku sudah mula mengalir. Kami bertentang mata sebelum tangannya membawa tangganku ke perutnya.


"i...l-love..y-you Qays". Aku memandang wajah melisa yang sudah mula menutupi matanya.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now