°CHAP 20°

918 90 16
                                    

God have a different plans
For us
________________


Auvergne Rhone Alpes, ANNECY

Tekanan yang dirasakan sangat tinggi bagi dia. Sehingga dia tidak boleh buka matanya. Ni apahal susah sangat nak buka mata ni. Angin yang dirasakan sungguh kuat kerana dia yang masih terapung di udara.

Dia juga tidak berani untuk membuka matanya kerana terlalu takut. Qays yang melihat Melisa yang takut itu terus memegang tangannya agar dia dapat terapung berhadapan dengan Melisa.

Ya mereka masih di udara Dan belum mendarat lagi ye anak-anak ayoh pink sekalian. Boleh dirasakan seperti ayoh pink dah mereka sekarang ni.

Melisa yang merasakan pergerakan oleh Qays, terus membuka matanya sedikit. Dia tidak berani untuk buka sepenuhnya takut terkucil pula.

Dia melihat Qays sedang berhadapan dengannya. Aku yang berura-ura in in melihat kebawah terus dihalang oleh Qays.

"Look at me! Jangan toleh bawah langsung!", kata Qays memberi amaran.

"Qays! Bila nak buka paying terjun ni?! Kita day nak mendarat ni!", tangis Melisa kerana dia sedikit gayat.

Bukan sikit dah ni tapi banyakk gilaa weiii! Giler kau belum pernah naik payung terjun tup-tup kau kena terjun dari jet. Naya pak kadiaq nah!

"Kita belum sampai dekat latitud betul lagi. Kalau buka sekarang Kita mungkin boleh masuk dalam laut.

"What??!! LAUT?!!". Haa mampus dah! Tiba atas air ni apa cita?

"Qays!! Habis tu Kita akan tenggelam kaa?! Jangan la!!".

Qays simpan senyum. Dia sengaja ingin menyakat Melisa yang dari tadi hanya menutup matanya. Langsung tidak mahu melihat bawah padahal mereka berada di hutan yang terletak di Annency, France.

"No! Sebab tu Kita tak boleh buka Sekarang". Qays memerhati sekeliling. Dia melihat jam touch screen dia. Tangannya lincah menekan screen jam itu.

"Ready caro?", kata Qays membuatkan aku membuka mata seluasnya Dan secara tiba-tiba.

ZRAPPP!

Payung udara tadi secara tiba-tiba terbuka sendiri. Aku terjerit kecil. Kini kami tidak lagi terjun dan dalam keadaan terapung seperti tadi. Keadaan menjadi tenang sedikit apabila payung terjun itu dibawa secara perlahan-lahan.

Melisa membuka matanya perlahan-lahan. Dia beranikan Diri untuk melihat ke bawah.

Ternyata tiada langsung laut atau air di bawahnya. Hanya kelihatan hutan yang tebal sahaja. Eh kejap?!HUTAN?! KITA MENDARAT DEKAT HUTAN?!

" QAYSS?! KITA MENDARAT DEKAT HUTAN KA?!", jerit Melisa dari belakang dengan riak terkejut.

"Yelah. Dah tu nak mendarat kat mana?", jawab Qays selamba membuatkan Melisa bertambah baran dan takut.

"Tak ada tempat lain ka nak mendarat?".

"Ada. Mati".

Melisa menahan rasa. Nasib Qays ada di hadapannya yang jauh sikit. Kalau tidak memang kena tumbuk dah biar otak tu jalan sikit.

Qays mengawal payung terjun melalui jam tangannya itu. INI semua hasil ciptaan Frank yang Bernas di mana payung terjun itu juga salah satu ciptaannya.

Jam dan payung terjun itu saling bersambung. Jadi mudah bagi mereka yang ingin mengawalnya. Senang cerita semua ciptaan Frank saling berhubungan.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now