°CHAP 14°

2.6K 160 49
                                    

No matter how far you go,
I'll always be there for you .
______________

Aku merenung siling hotel sambil berbaring di atas katil. Dia diberitahu oleh Qays untuk tinggal di hotel sehingga lelaki itu pulang.

Aku hanya terpaksa akur apabila Qays mula menunjukkan matanya yang mula menghelang.

Muka tu kalau tak ketat sehari tak sah si Qays tu! Dulu bukan main miang lagi, sekarang tiba-tiba jadi serius. Sah ada wayar tercabut kat kepala mamat ni.

Apabila sudah lama berbaring di atas katil, aku bangun dan berlalu ke arah balkoni bilik.

Dari situ aku dapat lihat permandangan bandar Natal yang diterangi lampu-lampu malam. Sungguh menenangkan fikirannya yang sedang berserabut ini.

Sambil mengambil udara aku meliar mata memandang beberapa orang yang sedang berjalan disekitar situ. Dia melihat seorang ibu dan anak yang sedang beriringan berjalan. Dapat dia lihat kemesraan di antara mereka.

'Kalaulah aku dapat balik kemesraan itu dengan mama', bisik hati kecilku yang merindui ibu.

Air mata yang mengalir diseka dengan jari runcingnya. Kalau mama ada mesti dia tak nak tengok aku nangis.

Mata, mata! Kenapalah kau cepat sangat nak menangis ni? Nanti buta baru kau tahu. Mata aku meliar lagi melihat orang-orang di situ.

Saat terpandangkan dua kekasih yang sedang bergelak ketawa terus bibirku menguntum senyuman.

Mereka seperti di dalam dunia yang diciptakan untuk Mereka sahaja. Bahagia! Itulah wajah mereka saat itu.

"Kalaulah aku boleh jadi macam tu? Teringin juga nak ada lelaki yang selalu ada untuk lindungi aku", kataku yang memandang ke langit.

Aku menongkat dagu sambil memikirkan tentang kehidupan aku yang kini jauh berbeza.

Sudah lama dia tak dapat merasai kebahagian yang sebenar. Bilalah Tuhan nak beri dia bahagia? Sekejap pun cukuplah.

'kau dah ada lebih dari itu Melissa. Him"

Suara itu menyentakkan lamunanku. Tiba-tiba aku tersedar. Seperti terkena renjatan elektrik apabila wajah Qays terlayar di fikiranku.

"Yes! That it! Dia lah yang kau cari selama ni. Kenapalah kau ni buta sangat nak cari jauh-jauh sedangkan dah ada depan mata ja".

Aku mengetuk dahiku beberapa kali. Aku harus mencari Qays. Dia sudah buat keputusan yang muktamad. Dia tidak akan sesekalimenyesal langsung walau sedikit pun.

Qays dah bersusah payah untuknya dan kini, dia akan balas semula. Aku berlari keluar dari bilik untuk mencari Qays.

Biarlah Qays nak marah dia sebab tak dengar kata, yang penting dia dapat luahkan malam ni juga.

Bukan tak boleh tunggu, tapi takut mood semangat tu hilang. Sebentar aku berdiri di lobby. Nak lari laju-laju pun, aku mana tahu dia ada mana. Pelipis yang tidak gatal digaru.

"Kat mana aku nak cari dia?".

Aku berfikir kembali jika Qays ada kata apa-apa. Hampa, tak ada langsung!

Tiba-tiba dia teringat perbualan di antara Qays dan Hayes mengatakan mereka ada pergi ke satu kelab dekat hujung bandar.

Dengan pantas aku menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Aku bertanya tentang sebuah kelab yang terkemuka pada pemandu teksi itu dalam bahasa Inggeris.

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now