" Macam mana interview keje tu kamu dapat ke Ishkan?" Tanya maknya.
" Hmm macam biasa la mak, tunggu dia email pastu dia bagi tau dalam masa beberapa hari nie. Pape pon mak doa2kan la Ishkan." Jawab Ishkan sambil menikmati makan malam yang begitu menyelerakan gulai daging. Author bayang pon dah boleh lapar hehe.
" Hmm. Bagus la Ishkan dapat la kamu pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan kamu. Tak perlu la susah2 macam ayah. Yela orang tak belajar kan kena la membanting tulang". Ujar ayahnya Amirul Mukmin.
" Ayah-ayah tak habes dengan banting tulang ayah tuh. Cuba la tukar sikit memerah keringat ke makan pagi kais pagi, makan petang kais sampai kenyang. Kan macam bahasa ayah boleh pakai" ujar Amirul Arif Shah dengan selamba dia je padahal peribahasa dia salah. Hahaha. Maaf author tergelak pulak🤣
"Ish abang ni. Masa SPM mesti BM fail kan. Teruk sangat salah peribahasa abang nie" perli Nur Amirah Aliza.
" Biar la salah pon, ade kacau hidup Ira ke xde kan. So shut up" ujar Arif selepas malu dengan peribahasa nya yang tak macam peribahasa.
" Ayep2 kalau menyakat tuh kamu memang no.1. dah la yang kamu tuh pulak belajar macam mane? Lagi setahun je kan kamu punya belajar." Tanya Encik Mukmin pada anak tengahnya itu.
" Hmm macam tula ayah. Kalau diikutkan sangat memang boleh pecah kepala Ayep. Tak payah pon pakai kelapa cukuplah adik study medic ni ayah. Pening-pening". Jawab Arif sambil menggeleng2kan kepalanya memikirkan kos nya yang amat susah itu.
" Hahahahaha Ayep2. Abang harap nanti pesakit kau panjang la ye umur dyeorng lepas berubat dengan kau. Yelah takut nanti nak bedah nye jantung sekali kau bantai bedah buah pinggang." Kepala Ayep diketuk Iskandar sambil membahan adiknya itu.
Semua tergelak mendengar gurauan Iskandar itu menyebabkan mulut Arif mencebik panjang macam Donald Duck.
" Abang Ishkan ni dah pandai eh perli2 Ayep. Sejak bile ni ha. Ke dah ade makwe tak nak roger kita nie?" Ujar Arif dengan nada tak puas hati nya.
" Haih tetibe pulak abang yang kena balik. Abang Ishkan takde makwe la Ayep. Al maklumlah tak laku orang katakan. Hah mak esok tolong kejutkan Ishkan, ade keje kat pasar tuh nak pakai orang." Iskandar berlalu pergi.
" Abang2 sebut pasal perempuan terus tukar topik pas2 chaw." Arif menggelengkan kepala melihat tingkah laku abangnya itu.
Ishkan mangambil roti dan bergegas keluar menuju ke pasar borong.
" Mak Ishkan pergi dulu. Assalamualaikum". Ishkan mencium dan berlalu pergi ke pasar borong menaiki motor lagenda nya.
" Iskandar kamu tolong hantarkan bungkusan ni kat kereta tu" tunjuk Leman kepada Iskandar.
" Okay Bang Leman " Iskandar mengangguk dan dengan pantas dia membawa bungkusan tersebut ke arah yang ditunjukkan Leman.
"Ishkan?" Bahu Iskandar di tepuk oleh Tengku Airil.
" Oh mak kau terbang tak balik2" Iskandar mengurut dadanya setelah melatah dengan jayanya tadi.
" Hahahaha agak la bro melatah pon" semakin menjadi jadi Tengku Airil ketawa melihat sahabatnya itu melatah.
" Engkau la nasib aku tak de kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Kalau tak aku dah masuk goal dah." Jawab iskandar.
" Airil kenapa lama sangat tuh" Tengku Adrina melihat anaknya lama berbual-bual dengan pekerja pasar tersebut.
" Hmm mummy kenalkan Amirul Iskandar kawan Arel kat U dulu. Ishkan kenalkan mummy aku" Tengku Airil mengenalkan mummy dan sahabatnya antara satu sama lain.
" Err Tengku saya Iskandar"
" Tak payah la bertengku tengku ngan aunt panggil je aunt." Dengan ramah Tengku Adrina mengenalkan dirinya.
" Humble nye aunt. Awet plak tuh mesti uncle sayangkan" cubaan Iskandar mengambil hati mummy kepada kawannya itu.
" Ish kau nie agak2 la nak try mummy aku. Kang kena pelangkung kepala kau ngan papa aku". Gurau Airil.
" Airil bertuah punya anak. Aunt balik dulu ye Ishkan. Assalamualaikum" kepala Tengku Airil dihadiahkan ketukan oleh Mummy nya.
"Waalaikumusalam aunt, Arel". Jawab Iskandar kemudian dia pon beredar dari situ.
YOU ARE READING
Noktah Cinta
RomanceNoktah cinta mengesahkan seorang anak pemandu teksi Amirul Iskandar yang mempunyai sejarah percintaan yang menyakitkan. Dia terpaksa menunaikan keinginan majikannya Tengku Hisyamuddin berkahwin dengan anaknya Tengku Alisya kerana Tengku Hisyamuddin...