👑BAB 1

3.7K 342 88
                                    

-Andhika Sadewa-

"Jangan lupa namaku."🥀

Mataku samar-samar menangkap susuk yang berdiri di hadapan. Aku cuba mencelikkan lagi. Terasa silau panahan cahaya yang menerobos ke dalam kornea. Aku mencelikkan lagi. Pandangan menyapa beberapa wajah di hadapan.

"Papa..." wajah pertama yang aku lihat.
"Ada..."
"Mama..."
"Mak tok..." air mataku terus bergenang saat melihat wajah tua mak tok.
"Ya...cik."

Tanganku digenggam erat oleh mama.

"Ada..." terdengar satu suara yang cukup aku kenali memanggil. Aku menoleh ke kiri. Wajah Nadia menyapa pandangan.
"Nad..." makin bertandang rasa sebak saat melihat air mata yang mengalir di pipi Nadia.

"Ada..." Nadia menyebut namaku.
"Abang panggil doktor abang. Bagitahu Ada dah sedar." aku melihat papa bergegas keluar dari ruangan ini. Mata cuba mengenal pasti lokasi aku berada.

Hospital? Apa yang telah terjadi? Aku cuba mengingati sesuatu tapi sayangnya aku tidak mengingati apa-apa.

"Apa yang dah jadi dekat Ada, mama? Mak tok?" aku memandang wajah mama dan mak tok. Kemudian beralih pula kepada Nadia.

"Ada..." Mama memandang mak tok.
"Takpa Amanda, cik rehat dulu na. Nanti kita bincang lain. Kita tunggu doktor mai check cik sat na."

Seketika menungggu, papa kembali semula ke bilik hospital dengan seorang doktor wanita dan 2 orang jururawat dengannya.

Aku hanya diam dan memberi kerjasama saat doktor itu memeriksa diriku, mata hanya memerhati cuff yang dibalut oleh seorang jururawat ke lengan bawah bahu sebelum cuff itu mula mencengkam perlahan-lahan tanganku untuk memberi bacaan tekanan darah di mesin blood pressure(BP).

"Cik ingat apa yang terjadi dekat cik?" Doktor yang memakai tanda nama 'Dr. Sofia' itu mula bertanya. Aku menggeleng. Bingung. Apa yang terjadi dekat aku?

"Tak ingat apa langsung ke? Apa perkara terakhir yang cik ingat?"

"Soalan SPM kertas 2 kimia yang saya jawab masa di sekolah." Dr. Sofia tersenyum.

Aku melihat Dr. Sofia memandang papa, seperti menyampaikan mesej dalam bahasa isyarat. Wajah papa mengangguk.

"Itu ialah 3 tahun yang lalu, cik." Aku tersentak saat doktor tersebut memaklumkan hal sedemikian. Kenapa memori terakhir aku hanya ingat perkara 3 tahun yang lalu.

"Sekarang sudah tahun berapa masihi doktor?"

"2020 cik."

"Semasa pemeriksaan MRI dan CT scan dijalankan untuk melihat kondisi otak cik Amanda, kami mendapati tiada sebarang kecederaan di bahagian otaknya atau sebarang faktor lain seperti ketumbuhan di otak yang boleh menyebabkan cik Amanda hilang sebahagian daripada ingatan. Secara perubatan, ia agak menghairankan sebab cik koma selama 2 minggu tanpa sebarang sebab yang kukuh..."

"Cik juga tak ada sebarang masalah metabolic rate, tekanan darah cik normal. Mungkin ada faktor kejutan di bahagian otak semasa cik jatuh tersebut. Kami juga tak dapat nak pastikan atas sebab tiada punca yang jelas di bahagian-bahagian yang berisiko untuk menyebabkan cik Amanda koma dan hilang sebahagian ingatannya yang lalu.

ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2Where stories live. Discover now