"Jangan lupa namaku." 🥀
-Andhika Sadewa-
"Mak tok!" Amanda berlari ke arah mak toknya yang baru menuruni tangga rumah. Tubuh tua itu dipeluk erat. Mata Amanda berair.
"Cik rindu mak tok sangat-sangat." ujar Amanda dalam nada yang sebak. Tuan Nazran dan Puan Wafa bergilir bersalam dan mencium tangan ibu dan mak mertua mereka, mak tok Minah.
"Sihat mak?" tanya Puan Wafa.
"Sihat, alhamdulillah, lagu ni la."
"Hampa nak balik ni tak habaq pun. Mak tak masak apa la untuk hampa."
"Eh takpa mak tok, sat lagi cik ngan mama, kami yang masuk dapuq masak, mak tok takyah la risau, mak tok rehat ja." Redup Amanda memandang wajah mak toknya.
"Oh mak tok, ni Fatimah, sahabat yang sama-sama dok belajaq dengan cik kat sana nu." Amanda memperkenalkan Fatimah. Fatimah lantas tunduk mencium tangan mak tok.
"Oo, orang mana?" soal mak tok, bercahaya matanya melihat raut wajah Fatimah.
"Orang sana jugak la."
"Oo, mek Kelate, patutlah segak." puji mak tok. Fatimah hanya tersenyum malu dengan pujian mak tok.
"Jomlah naik."
Mereka bergilir-gilir menaiki tangga rumah membuntuti mak tok.
↪↪↩↩
"Ada dok belajaq kat sana, tak ada yang mai nak kawan ka?" soal mak tok kepada Amanda di hadapan mama, papa dan Fatimah yang duduk bersama-samanya di serambi rumah setelah kenyang menjamu makan malam.
"Kat sana Ada tak berapa berkawan dengan lelaki mak tok, ada tu ada la tapi Ada tak bagi chance pun." ujar Amanda jujur.
"Baguihlah kalau macamtu." ujar Mak tok tanpa sedar kata-kata itu dituturkan meluncur laju daripada mulutnya. Amanda menjadi hairan kerana Mak tok seakan-akan menyokong tindakannya, mungkin mak tok nak dia fokus belajar dulu?
"Bagus apa tu mak. Ada ni dah menginjak dewasa, patut dah boleh berkawan dengan lelaki, untuk cari calon suami." ujar mama Amanda.
"Hang lupa ka? Status ada selama ni? Nak langgaq hukum agama?"
"Apa maksud mak?"
Mak tok memandang Amanda.
"Amanda, pi naik atas, masuk bilik, bawa Fatimah sekali. Mak tok ada hal nak sembang dengan mak pak, cik."
Amanda yang tercengang dengan arahan itu perlahan-lahan berdiri dan mengajak Fatimah untuk mengikutinya sekali. Matanya masih terpaku memandang mak tok, mama dan papanya, lambat-lambat Amanda membawa langkah.
"Mak, apa maksud mak? Nazran tak faham. Ada patut dah tak ada apa-apa hubungan dengan makhluk yang bernama uguwan tu. Kawan tu dah tinggai anak cik lama dah, mak, patut jatuh talak dah." Tuan Nazran bernada kerisauan.
"Nazran dapat khabaq kat mana? Setahu mak, dia tak pernah ceraikan Amanda. Hampa pernah ka pi tuntut fasakh?" ujar mak tok Minah.
YOU ARE READING
ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2
FantasyMungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda?" "Andhika Sadewa. Nama kanda." ×××××××××××× "Andhika Sadewa! Kalau betul awak ada! Awak wujud! Kel...