👑 Bab 14

1.7K 194 24
                                    

"Jangan lupa namaku." 🥀

-Andhika Sadewa-

Awak?" Amanda tercengang. Wajah Fatimah bertukar riak melihat susuk lelaki itu.

Lelaki di sebelah papanya tersenyum.

"Ada kenal Nayad?" Mama Amanda bertanya tatkala melihat riak anaknya yang terkejut melihat tetamu suaminya ini.

"Ya, kamu kenal Nayad?"

"Aaa...ya! Ada kenal. Tak sangka dapat jumpa encik Nayad dekat sini. Macam mana papa kenal Nayad dan Nayad boleh kenal papa?"

"Oh, Nayad ni kawan yang papa jumpa di Pulau Mutiara waktu papa jalankan projek di sana. Alang-alang dia datang ke KL, dia datang bertandang ke rumah kita."

Mereka sama-sama melabuhkan punggung di atas sofa sambil menyambung perbualan.

"Ni siapa?" Puan Wafa bertanya sambil memandang ke arah Fatimah yang tersipu-sipu malu apabila diperhatikan.

Amanda menampar perlahan dahi.

"Allah, lupa nak perkenalkan. Ini Fatimah, Mama, Papa. Kawan Ada yang ada cerita nak ajak balik ke rumah tu."

"Oooo. Ini ke Fatimah, cantik dan ayunya dia." Fatimah dengan lemah-lembut menghulurkan tangan, menunduk dan mencium tangan Puan Wafa.

"Seorang lagi? Bukan kamu kata ada 2 orang ke?"

"Ya, Jannah. Tapi dia tiba-tiba ada hal kecemasan Ma, ayah Jannah sakit. Tak dapat nak ikut balik."

"Oh ye ke."

"Ha Ada, kamu kenal Nayad dekat mana?"

Ada terdiam seketika. Bagaimana dia nak pusing cerita ni? Takkan la dia nak ceritakan kejadian yang hampir merenggut maruah diri dia dekat papa dan mama? Nanti mesti papa dan mama risau. Amanda mengerling Nayad yang tersenyum-senyum. Teringat pula ketika dia dan Nayad berdebat di hospital kerana keengganannya untuk memaklumkan kejadian itu kepada papa dan mamanya dan Nayad tetap memberi hujah kewajaran dia memaklumkan kejadian itu, biarpun dirinya menang dengan alasan lain tapi tidak sekarang, contoh situasinya sudah berlainan. Nah! Sekarang dia harus bagaimana?

"Oh tak, hari tu masa kat Kelantan, ada orang jahat ganggu Ada, encik Nayad ni la yang tolong. Daripada situ la Ada dan encik Nayad mula berkenalan. Kan encik Nayad?" Amanda memberi isyarat mata agar lelaki itu cukup mengiyakan kenyataannya itu sahaja tanpa menceritakan dengan lebih lanjut. Nayad hanya mengangguk mengiyakan kenyataan itu sambil tersenyum.

"Orang jahat? Apa yang dia buat dekat kamu?" Tuan Nazran bertanya dengan nada kerisauan, riak wajahnya serius.

"Yes darling, how can a villain harass you?". Puan Wafa pula yang bertanya dengan riak dan nada terkejut dan kerisauan yang sama.

"Eh tak-tak. Ada okay je...sekarang ni. Ha! Tengok! Ada sihat je ni, berdiri di hadapan papa dan mama, tak ada apa la, biasa la anak papa dan mama ni kan cantik, macam biasa la, ada orang yang suka ganggu gitu. Hahaha." Hambar ketawa yang dilontarkan, tidak ada yang menyambut ketawanya kecuali senyuman Nayad yang sedang menahan geli hati. Amanda sudah tidak senang duduk, cuba dikilasnya ayat-ayat untuk bercerita agar tidak terbongkar keadaan sebenarnya dia sampai masuk hospital, cuba dijaga rapi agar ayatnya tidak sampai jatuh kepada pembohongan. Dia memang baik-baik saja, sekarang! Ya, dia baik-baik saja sekarang tapi tidaklah pada ketika itu, sampai masuk hospital.

"Kamu betul-betul ni Ada. Nayad..apa sebenarnya yang berlaku?"

"Eh betul la. Papa ni, Ada sendiri cakap okay, tak payah la diungkit-ungkit kisah yang tak best tu. Ada tak suka la. Ada balik ni nak happy-happy la."

ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2Where stories live. Discover now