-Andhika Sadewa-
"Jangan lupa namaku."🥀
Kereta Porche diletakkan di tempat letak kenderaan khas COO syarikat. Sebelah kaki menjejak ke lantai, melangkah keluar dari kereta mewah. Spek mata ditangan disangkutkan di telinga, menambahkan aura kekacakkannya sebagai salah seorang jejaka idaman Malaysia.
"Selamat pagi tuan Ali." Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an menyambut kedatangannya.
Ali membuka kaca mata hitam. Sebelah kening diangkat, memberi isyarat pertanyaan siapakah gerangan wanita tersebut.
"Saya Hamidah, pembantu peribadi tuan di sini."
Ali mengangguk.
"Semua dah sedia?"
"Dah tuan, semua staff sedang menunggu tuan di bilik mesyuarat."
Saat pintu bilik yang berkeluasan 12 kaki persegi itu dibuka, beberapa belas mata memandang ke arahnya. Ali hanya dengan riak tanpa senyum. Semua mereka bangun dari tempat duduk dan bersalaman dan memperkenalkan diri dengan COO syarikat mereka.
"Okay, apa update terbaru?"
"Okay Tuan, sekarang ni kita sedang mengusahakan satu projek mega untuk menimbang tara kembali setiap enjin dan fizikal automatif kereta-kereta mewah keluaran kita, mungkin pada kali ini Tuan James ingin kita menghasilkan kereta jenama kita sendiri."
"Apa ini memang atas keizinan atau permintaan pemilik syarikat-syarikat yang melabur dengan kita?"
"Ya, tuan. Ini ialah tandatangan sokongan daripada para pelabur kita untuk projek mega yang bakal dijalankan ni." Satu sampul coklat disuakan kepada Ali.
Dia menyambut huluran tersebut. Dokumen di dalam sampul dikeluarkan. Beberapa isi dokumen dibaca senyap.
"Siapa yang pilih alternatif ni? 365 million kos?"
"Tuan James dan semua pelabur kita telah bersetuju untuk memilih alternatif ni bagi projek kita. Walaupun kosnya mungkin lebih mahal, tetapi risikonya lebih kurang, tuan."
"Ada dokumen untuk senarai alternatif projek yang dicadangkan?"
"Ada tuan." Satu dokumen disuakan lagi kepada Ali.
Lama dia merenung dan membaca segala maklumat setiap alternatif projek yang dicadangkan dalam bentuk bertaip itu.
Alternatif pertama, jelas-jelas kualiti barang yang digunakan lebih tinggi, tetapi dengan situasi semasa dunia yang sedang tegang dengan perebutan kuasa antara Amerika, China, Taiwan, Rusia dan Ukraine. Jaminan barangan akan sampai dalam keadaan selamat ialah rendah.
Ali menggeleng perlahan.
Mata turun membaca maklumat alternatif kedua projek. Ini ialah alternatif yang telah dipilih syarikat untuk projek ini. Jari telunjuk dibawa ke perincian maklumat di bahagian bawah, alternatif ketiga, kos lebih rendah, kualiti barang juga bermutu rendah dan sudah pastinya risiko untuk kerugian syarikat juga rendah, namun boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan pihak klien jika timbulnya sebarang isu mengenai barang yang dibekal untuk pembuatan kenderaan automotif keluaran syarikat mereka.
YOU ARE READING
ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2
FantasyMungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda?" "Andhika Sadewa. Nama kanda." ×××××××××××× "Andhika Sadewa! Kalau betul awak ada! Awak wujud! Kel...