-Andhika Sadewa-
"Jangan lupa namaku." 🥀"Nad. Tolong ambikkan monosodium glutamate jap, di belakang kau tu."
Nadia yang sedang berdiri sambil bersandar di pepara dapur, menoleh mencapai bungkusan plastik kecil putih merah yang berjenama 'Ajinomoto' lalu disuakan kepadaku.
Air asam yang telah dipicit cili melaka dalamnya, dimasukkan sedikit MSG untuk menambah rasa. Oleh sebab mak tok pergi kutip kangkung di belakang rumah, aku menggantikan tugas mak tok yang ini, padahal air tangan mak tok lagi sedap tapi saja mak tok menyuruh aku memicit, puji mak tok, air tangan air asam aku juga tak jauh beza dengannya, sama juga bahan-bahannya, tapi keberkatannya berbeza mak tok, huwaaa.
Aku memerhati ikan temenung bakar yang sudah terhidang di dalam pinggan di hadapan, lidah sudah terliur untuk menjamah nasi berulamkan kangkung dan mencicah ikan bakar bersama air asam.
Langkah untuk menghasilkan air asam mudah sahaja, hanya memerlukan bahan-bahan seperti belacan, asam jawa dan cabai melaka serta bahan cukup rasa seperti garam dan MSG. Ini ilmu juadah ringkas yang diturunkan oleh mak tok kepadaku, orang kampung yang sebenar jarang tak makan air asam yang telah dipicit cili dalamnya. Hidangan penambah rasa pedas, kalau tak ada masakan-masakan pedas, cukup la air asam ni sebagai pembuka selera.
"Nad, Alia dan Maira dah update ke diorang sampai mana dah?"
"Maira mesej aku, diorang dah sampai Sungai Perak, berhenti dekat R&R situ kejap untuk makan dan solat."
Aku mengangguk, laju juga si Alia ni memandu ya. Alia dan Maira terpaksa pulang lebih awal disebabkan mereka ada kelas pada esok lusa. Mereka baru sahaja melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan setelah habis diploma selama 3 tahun, Alia menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan kimia dan Maira pula menceburi bidang doktor perubatan, kedua-duanya sambung belajar di UKM.
"Nad, cuti kau ada lama mana lagi?"
"Dalam 2 minggu. Kenapa?"
"Okay tak belajar dekat UIA?"
"Okay ja. Sana banyak pelajar luar negara."
"Kau tak nak sambung belajar ke Ada?"
"Ha! Kenapa ya aku tak nak sambung belajar sebelum ni?"
"Erm...sebelum ni kau bagitahu kita orang yang kau nak rehat jap daripada belajar, nak tolong mama kau kat butik. Ha gitu. Sekarang dah 2 tahun berlalu, selepas kita dapat result SPM. Kau tak nak sambung belajar ke?"
"Aku nak sambung. Aku dah rugi 2 tahun. Aku pun tak faham kenapa la aku buat keputusan tak nak sambung belajar ya sebelum ni. Haih, membazir masa dan umur pulak." Aku mengeluh perlahan. Nadia hanya diam tidak membalas.⚔⚔⚔⚔
"Oih! Ni espedon sapa ni?" aku mengangkat panties ropol-ropol yang berwarna putih susu dengan tangan. Sapa punya la yang tercicir ni? Aku tak ada panties ropol-ropol macam ni, panties aku ada gambar boboboi dan upin ipin je sebab comel tapi dalam rumah ni sekarang hanya ada mak tok, aku dan si Nad sahaja. Tak akan la mak tok nak pakai underwear ropol-ropol macam ini, agak-agak la. Aku tersengih. Ni mesti tak lain tak buka si 'minah senget' tu punya ni.
"Nad! Oo Nad." Tiada sahutan. Aku cuba menjenguk kawasan atas rumah. Apa la buang benda alah ni merata-rata, dekat dapur pula tu.
"Nad uii!" Aku memanggil lagi.
"Ye, kenapa?" wajah Nad terjengul di muka pintu dapur.
"Ni espedon kau ek?" aku mengangkat dan menayangkan panties Nad dengan satu jari.
"Weyhh! Mangkuk tingkat! Spender aku!" Laju dia berlari menuruni tangga dapur. Aku melarikan spender Nadia. Kami berkejar-kejaran di dapur.
YOU ARE READING
ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2
FantasyMungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda?" "Andhika Sadewa. Nama kanda." ×××××××××××× "Andhika Sadewa! Kalau betul awak ada! Awak wujud! Kel...