"Jangan lupa namaku"🥀
-Andhika Sadewa-
"Fatimah dah pilih nak kaji syarikat apa?" soal Amanda. Mereka bertiga sedang berada di perpustakaan sementara ada class gap untuk memulakan assignment bagi kos Fundamental of Marketing yang diambil oleh mereka pada sem ini."Dah, Fatimah pilih syarikat NnF. Syarikat yang membekalkan barang binaan bangunan-bangunan dan landskap." jawab Fatimah.
"Hurm, bagus. Syarikat tu kat mana?"
"Dekat Kota Bharu."
"Nak pergi iv CEO dia ke?"
"A'a, CEO syarikat ni setuju nak saya temu bual dia."
"Wah! Seriuslah Fatimah, jarang CEO-CEO syarikat sendiri yang bersetuju untuk ditemu bual oleh pelajar ni. Senior-senior yang Jannah kenal cakap, diorang sebelum ni kalau kena buat assignment ni, banyak cari di internet dan temu bual secara atas talian je taw, itupun company tu hantar wakil pangkat 4,5 ke bawah tu, jarang CEO sendiri nak setuju." Jannah menyampuk.
Fatimah hanya tersenyum.
"Kau pulak dah pilih ke nak buat study case company mana?" Amanda menyoal Jannah.
"Belum, masih tengah cari, maybe aku nak pilih klinik kot. Kau?" ujar Jannah.
"Aku pilih syarikat pembuatan sos, Al-Saff Enterprise, syarikat ni biasa-biasa je tapi mudah la aku nak iv owner dia pun dah bersetuju nak aku temu bual dia." ujar Amanda.
"Weyh korang lajunya, aku baru nak cari company taw." omel Jannah.
"Due lagi 2 minggu taw, aku takut tak sempat je nak pergi ke sana. Fatimah nak pergi company tu nanti, nak naik apa?"
"Abang datang ambik, lepastu Fatimah nak balik ke rumah sehari dua."
"Abang Fathi?"
"Taklah, abang Shukor, abang sulung Fatimah."
Amanda mengangguk lalu tunduk bermain-main dengan pen di tangan, laptop yang terbuka sudah tidak dihiraukan.
"Rindukan seseorang di Kota Bharu ke?" Fatimah mengusik dalam nada perlahan, tidak mahu didengari oleh Jannah.
"Taklah, mana ada." jawab Amanda malu-malu walhal memang ya. Sudah 2 minggu sejak kali terakhir Amanda berjumpa dengan Andhika, namun suaminya itu juga tidak ada mengirim sebarang khabar, nak pergi sendiri, risau jika dia seperti selalu mengganggu namun hatinya sudah begitu merindu. Perbualan antara dirinya dan Andhika beberapa hari yang lalu menggamit memori.
"Kenapa awak nak ceraikan saya?" Amanda menyoal.
"Demi kebaikan Bella."
"Kebaikan apa? Saya tak kisah kalau saya dalam bahaya ke apa ke, saya nak kenal awak, saya nak awak ingatkan saya segala memori saya yang hilang selama 2 tahun yang lalu tu. Saya tak nak berpisah dengan awak dah tapi banyak benda yang saya tak tahu, awak kena bagitahu saya. Langkasakti tu tempat apa? Dunia yang macam mana? Apa yang jadi dekat saya dan awak di sana? Kenapa kita terpisah...lepastu 3 tahun yang lalu baru kita jumpa balik dan kemudian terpisah lagi? Saya tak faham." Amanda masih memeluk pinggang Andhika, dia menyoal sambil memandang tepat ke dalam mata lelaki itu yang sering dilarikan.
Selagi dia ada kuasa sebagai isteri yang halal dan sah, dia harus menggunakan hak tersebut sebaik-baiknya untuk memujuk suaminya.
"Saya tak sanggup kalau Bella harus terseksa lagi jika terus bersama-sama dengan saya, Bella cukup banyak terseksa saat bersama-sama dengan saya selama 2 tahun itu, maka cukuplah takat itu."
YOU ARE READING
ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2
FantasíaMungkin hanya ilusi atau fantasi... Atau mungkinkah ia realiti? "Dinda boleh melupakan segala memori di sini tapi cuma jangan satu." "Apakah ia kanda?" "Andhika Sadewa. Nama kanda." ×××××××××××× "Andhika Sadewa! Kalau betul awak ada! Awak wujud! Kel...