👑BAB 5

2.8K 333 186
                                    

-Andhika Sadewa-

"Jangan lupa namaku." 🥀


Lembing yang sedang menyala-nyala api dilontar kepada tubuh musuh saat hisan yang ditunggang memintas tubuh marcaperkasa Juluah Noja. Tubuh tentera itu bertukar jadi lahar, kemudian merekah-rekah menjadi kepingan dan jatuh berkecai ke tanah menjadi debu.

Laju anak panah Sadewa diambil dari bekas busur di belakang tubuh. Sepantas kilat Andhika memanah tubuh Rang Lima, lelaki itu berada di atas dababah yang ditarik oleh 2 ekor Balam, iaitu binatang gergasi berbadan tajam-tajam di sepanjang tulang belakang mereka, gigi-gigi tajam yang boleh mencarik dan menelan tubuh-tubuh yang berjaya diterkam.

Rang Lima berjaya mengelak. Dia tersenyum sinis. Rang Lima, badannya berketak-ketak dilapisi oleh pembalut tangan dan pengikat tubuh yang tajam-tajam membalut bahagian atas, ia mula memberi serangan balas, satu bom tangan dilempar ke udara lalu meletup menjadi satu serangga kecil yang banyak, laju serangga-serangga itu menerkam ke sepanjang tubuh tentera Sadewa yang berdiri sebelum sampai kepada Andhika yang sudah siap dengan jampi seruan angin dingin, ribuan serangga yang menyerang bertukar lemah. Satu demi persatu jatuh ke tanah, lalu hilang begitu saja.

Bibir orang kanan Raja Liman itu mula bergerak-gerak menjampi serapah, kedua-dua belah tangannya menghulur ke arah tubuh Andhika yang berdiri jauh di hadapan. Asap-asap hitam berupa lembaga naga keluar dari celah-celah jari dan memanjang menyerang Andhika. Andhika tidak diam. Benteng cermin angin biru dibina tatkala jampi sakti dibaca. Asap-asap hitam merempuh bentengan.

"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La takhuzhuhu sinatun wa la nawm,
Lahu ma fis-samawati wa ma fil-ard
Man zhal-lazhi yashfau indahu illa bi-izhnihi...
Yalamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
Wa la yuhituna bi shaiim-min ilmihi illa bima shaa
Wasia kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la yauduhu hifdzhuhuma Wa Huwal Aliyul-Azheem..."

Ayat Al-qursi yang merupakan sebahagian daripada surah Al-baqarah yang paling ditakuti syaitan itu dibaca. Ia cuba memohon pertolongan daripada Allah yang tunggal. Tentera Juluah Noja banyak berdamping dengan iblis, ilmu sihir sering digunakan untuk menumpaskan musuh. Senjata terbaiknya pada ketika ini ialah kalamullah. Ayat-ayat suci Allah yang boleh menghancurkan sihir-sihir tersebut.

Terlihat dari jauh tubuh Rang Lima terbakar, matanya terbelalak. Lelaki itu mengetap gigi.

"Kami akan kembali..." ujarnya kepada Andhika. Walaupun jarak mereka agak jauh namun sebagai makhluk yang sama-sama mempunyai kuasa sakti, mesej yang diujarkan itu cukup jelas difahami oleh Andhika yang mampu membaca fikiran dan gerak bibir si Rang Lima. Tentera Juluah Noja semuanya menghilang sekelip mata tatkala Rang Lima beredar dengan kuasa saktinya.

Andhika memejamkan mata sejenak.

"Peperangan ini akan lama..."

Sudah hampir 3 bulan mereka berperang, Langkasakti makin tidak aman. Nampaknya Raja Liman makin bertindak melampau. Pada kali ini, mereka benar-benar tidak main-main lagi, azam mereka untuk merampas takhta kerajaan Sadewa untuk memerintah Langkasakti benar-benar penuh tekad. Sudah banyak kali mereka berperang untuk perebutan kuasa dan tenteranya sentiasa menang namun pada kali ini, Andhika menjangkakan, kemenangan mereka tidak akan bertahan lama.

Pandangan dibawa ke sekeliling, ribuan mayat tenteranya dan Juluah Noja bergelimpangan merata-rata, sebahagian tubuh terbakar menjadi debu, wajah yang seperti terkena serangan patuka dono, iaitu bom terbang yang terkandung serangga beracun seperti yang dilemparkan oleh Rang Lima sebentar tadi, kesan akibat tujahan lembing berapi, letupan meriam dingin, pedang pembelah dan banyak lagi.

ANDHIKA SADEWA: HIKAYAT CINTA DUA DUNIA 2Where stories live. Discover now