part 1(permulaan)

125 17 4
                                    

Saya benci sebab punya adik macam kamu!!

........................................................................

Pada suatu hari di negeri Athansia terdapat seorang Raja bernama Arnold
Athansius dan mempunyai seorang isteri benama Diona.

Pemaisuri Diona telah memberi khabar baik kepada suaminya bahawa beliau telah mengandung.Khabar baik ini juga telah tersebar dalam istana dan juga telah tersebar ke rakyat jelata yang turut gembira atas kehamilan Pemaisuri mereka tersebut.

“Tuanku pemaisuri,Tahniah atas kehamilanmu"Kata dayang tersebut.

“Terimakasih Kamila,kamu tidak perlulah terlalu formal dengan beta,kita kan sudah menjadi teman yang rapat"Ujar Pemaisuri Diona.

“Mana boleh begitu,walaupun pemaisuri pernah menjadi dayang seperti patik dahulu,tidak semestinya patik tidak perlu hormat tuanku.Sepatutnya tuanku patut bersyukur kerana jodoh tuanku bersama Raja Makhota."Ujar Dayang yang bernama Kamila tersebut.

“Tuanku Pemaisuri,Alhamdulillah bayi dalam kandungan tuanku baik-baik sahaja"Ujar tabib terebut.

“Baiklah kamu boleh pergi sekarang"Kata Pemaisuri Diona.

“Baik tuanku"Ujar tabib tersebut.

Tabib tersebut lalu pergi meninggalkan kamar Pemaisuri Diona.

..........................…...........................................
“Ampun tuanku!Terimakasih kerana menjemput Patik ke istana Tuanku"Kata Tukang peramal itu.

“Tidak perlu berterimakasih,Beta dengar kamu adalah tukang peramal paling bagus di kota ini.Beta ingin kamu meramal masa hadapan anak-anak beta.Apakah Kamu boleh?"Tanya Raja Anold.

“Mestilah boleh,takkanlah tidak boleh,Patik adalah peramal terbaik di kota ini.Patik akan buat sebaik mungkin"Ujar peramal  tersebut.

“Pertama sekali,Patik memerlukan pasir untuk meramal"Ujar peramal itu lagi.

Raja Arnold meminta pengawalnya menyediakan apa yang diminta oleh peramal itu dan peramal itu memulakan kerjanya.

Peramal tersebut membuat satu bulatan dengan menaburkan pasir.Dia meminta tuanku Raja Arnold duduk di tengah bulatan tersebut bersamanya.

ALAAZIKRAM..

Peramal menyebutkan mantranya dan matanya bertukar menjadi hijau menyala.Tiba-tiba pasir bulatan yang di buat oleh peramal tersebut menjadi putaran angin pasir yang mengelilingi mereka dan disitulah Raja Arnold melihat gambaran masa hadapan anaknya tetapi tidak terlalu jelas.

“Wahai peramal,boleh kamu terangkan tentang gambaran ini"Kata Raja Arnold.

“Baiklah Tuanku"Ujar peramal itu.

.Peramal itu mulakan penerangannya.

Tuanku akan mempunyai 2 anak kembar yang bernama Ayasa Athansius dan Nur Athansius.
Ayasa bermaksud pemberian daripada tuhan dan Nur bermaksud Cahaya Akan tetapi...

Salah satu daripada mereka pembawa malang....

Nur mewarisi tuanku dan mempunyai kekuatan Mana seperti tuanku manakala Ayasa tidak...

Tiba-tiba peramal itu terkejut lalu terdiam melihat masa hadapan anak tuanku tersebut.Dia tidak mampu melihat lebih jauh lagi dan ada yang peramal itu sempat melihat tetapi tidak memberi tahu raja kerana ini akan membuatnya dihukum penggal sampai mati.

“Kenapa kamu diam?"Tanya Raja Arnold.

“Ampunkan patik Tuanku,itu sahaja yang patik boleh ramalkan"Ujar peramal tersebut.

TWIN PRINCESS Where stories live. Discover now