"Tidak perlu kamu risaukan kerana saya sudah menyiapkannya," ujar Lucius.
...
Eh?
Maksudnya!!???
..."Wah, ternyata banyak orang di sini,"ujar Nur dengan teruja.
"Tunggu sebentar, saya belum ubah penampilan kita,"ujar Lucius yang menghalang Nur daripada keluar lorong menuju ke kawasan orang ramai dengan menarik baju Nur.
Lucius lalu memutarkan jari telunjuknya dan penampilan mereka berdua berubah menjadi rakyat jelata.
"Sepertinya saya suka penampilan ini," ujar Nur.
Tiba-tiba, Lucius menarik tangan Nur lalu berkata "Mari kita berjalan-jalan."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Tuanku, Nur tiada di dalam istana!!!
Patik sudah mencarinya di seluruh istana tetapi masih tidak menjumpainya." ujar salah seorang pengawal istana."Bukan itu sahaja Tuanku, Lucius juga tidak berada di istana.Patik yakin Lucius menggunakan magisnya untuk keluar dari istana tanpa pengetahuan tuanku." ujar Ryian.
"Segera temui mereka!! "Perintah Raja Arnold dengan perasaan marah. Arnold secara refleksi menggigit jarinya sehingga berdarah akibat geram dan risau.
*TUANKU!!!!!!!!!??? *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Wahhhh ternyata banyak jualan yang menarik di sini! Saya mahu lihat di sana! " ujar Nur.Wajah Lucius terlihat tersiksa kerana situasi sudah berbalik. Pada permulaannya,Lucius menarik tangan Nur dan membawanya ke sana dan ke sini dan tiba-tiba satu gerai yang membuat Nur tertarik dan di sinilah situasinya berbalik bahawa Nur yang memaksa Lucius ke sana dan ke sini.
"Boleh kita berehat sebentar, saya tidak mampu lagi(TT). "ujar Lucius.
"Mengapa?" tanya Nur.
"Kamu sedar bahawa kamu sudah singgah sebanyak 50 gerai dan jualan di sini!!?? "ujar Lucius. Tangannya memegang bahu Nur.
"Ouh maaf, apa kata kita berehat di cafe yang berada di situ?" ujar Nur.
"Idea yang bagus. "ujar Lucius menarik nafas lega.
Nur dan Lucius masuk ke dalam cafe tersebut. Mereka memesan kopi dan coklat panas.
"Anu.. Lucius, kamu pasti mempunyai wang untuk membayarnya bukan?" tanya Nur.
"Semestinya saya ada! lihat ini!"ujar Lucius lalu mengeluarkan batu kerikil di atas meja.
Nur berasa hairan lalu berkata "Kita tidak akan membayarnya menggunakan batu kerikil bukan?"
"Lihat apa yang boleh saya buat." ujar Lucius lalu menukarkan batu kerikil menjadi koin emas.
Nur terkejut lalu berkata "Bagaimana kamu buat!!???"
YOU ARE READING
TWIN PRINCESS
FantasíaPada suatu hari di negeri Athansia terdapat seorang Raja bernama Arnold Athansius dan mempunyai isteri bernama Diona. Pemaisuri Diona membawa berita gembira bahawa dia mengandung.Raja Arnold meminta tukang peramal meramal masa hadapan anaknya. Tuka...