...
Setelah 10 tahun pemergiannya kini, diriku sudah berumur 16.Rasanya sudah lama sekali... Sekarang tiba masanya memulakan angin baru.
...~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kyaa!! Tuan puteri memang mahir dalam menari. Tarian Tuan Puteri sangat sempurna!! 😆.” ujar guru tarian tersebut.“Terima kasih,” ujar Nur lalu tersenyum.
“Kalau diingatkan semula, tarian tuan puteri sangat bagus seperti tuanku pemaisuri,” ujar guru tarian tersebut.
“Begitu ya, kalau begitu, ceritakanlah kisah bonda kepada beta!” penasaran Nur.
Tiba-tiba dayang Kasturi datang dan menarik Nur. “Tuan puteri, kita tiada masa untuk mendengar cerita! Banyak kerja yang perlu Tuan Puteri lakukan!” ujar Dayang Kasturi.
Nur Mengiyakan sambil ditarik paksa oleh dayang Kasturi hingga ke kamar Nur.
Setibanya di kamar, Nur lalu duduk di meja kerjanya. Mukanya terlihat pasrah kerana terlalu banyak kertas kerja yang melibatkan masalah kewangan dan derita rakyat.
“Mengambil separuh daripada tugasan ayahanda, ha ha ha, amatlah tidak menyenangkan! Kalaulah Ayasa masih berada di sini, dia pasti akan menjadi calin puteri makhota dan memikul tanggungjawab ini, ” ujar Nur dalam hati.
“Tuan puteri jangan mengeluh kerana tuan puteri kan bakal menjadi puteri makhota kerajaan ini!” ujar Dayang Kasturi.
“Dayang Kasturi, bolehkah kamu biarkan saya sendirian dan jangan lupa buatkan saya teh! "ujar Nur.
“Baiklah Tuan Puteri, patik menjunjung perintah,”ujar Dayang Kasturi.
“Sekarang saya perlu selesaikan masalah ini." ujar Nur dalam hati.
Nur lalu membelek helaian kertas dan sampul. Tiba-tiba Nur terlihat satu sampul yang betulis masalah berkurangan Ahli sihir. Nur lalu membuka sampul itu lalu membaca isi surat yang berada di dalam sampul itu untuk mendapatkan info secara terperinci.
“Masalah berkurang Ahli Shir di kerajaan ini sudah lama. Ahli sihir mula berkurang pada 5 tahun yang lalu. Sudah banyak tindakan yang telah dibuat oleh pihak istana tapi masih sama. Padahal Ahli Shir ialah sumber kekuatan utama dalam strategi peperangan. Kalau begini terus, Kerajaan Athansius perlu menambah dan menguatkan para tentera,"ujar Nur dalam hati.
“Saya tidak mahu mengharapkan Lucius untuk menguatkan pertahanan para tentera ketika berperang, saya pasti dia juga tidak mahu melakukannya. Mengapa mereka tidak mahu menjadi Ahli Sihir? Adakah mereka ditindas sehinggakan ada yang menyamar menjadi manusia normal!? Padahal mereka diberikan kuasa dan mana tidak seperti orang lain. Saya perlu cari tahu, tapi... bagaimana? "pening Nur sehingga memegang dahinya.
“Saya tidak tahu bagaimana keadaan di luar sana, saya perlu meminta izin untuk mencemar duli," ujar Nur dalam hati.
“Sepertinya kamu sedang sibuk. " ujar Lucius yang tiba-tiba berada di sebelah Nur.
*Posisinya terlalu dekat dengan saya! *
“Lucius!! berhenti buat begitu pada saya, Saya tidak selesa, " marah Nur.
“Maafkan saya, saya cuma mahu menjalankan tugas saya, "ujar Lucius.
“Tugas!??"tertanya Nur.
“Tuanku mahu berjumpa dengan kamu, jadi saya hanya bantu sampaikan pesanan dan hantarkan,"ujar Lucius sambil tersenyum.
Tiba-tiba Nur berasa tidak sedap hati dan dia pasti bahawa Lucius akan membuat perkara yang tidak disangka-sangka.
Nur~Jangan kamu........!!!!
YOU ARE READING
TWIN PRINCESS
FantasíaPada suatu hari di negeri Athansia terdapat seorang Raja bernama Arnold Athansius dan mempunyai isteri bernama Diona. Pemaisuri Diona membawa berita gembira bahawa dia mengandung.Raja Arnold meminta tukang peramal meramal masa hadapan anaknya. Tuka...