Chapter 34

434 13 0
                                    

Reid dan Rhea melihat tajam kearah Wilter didepan mereka.

'Kenapa atuk ni, nak kurung-kurung kitaorang pula' kata Rhea.

'Kau panggil aku atuk? Kau tahu tak umur aku berapa sekarang ni? ' tanya Wilter tidak puas hati.

'Tak tahu dan taknak tahu' kata mereka serentak. Nah, setepek kena!

'Eh budak ni. Ada yang makan penampar aku jap lagi' kata Wilter tidak puas hati. Tangannya diangkat ke udara.

'Eh, boss. Janganlah diorang budak kecik lagi tak tahu apa apa' kata seorang anak buah Wilter di situ.

'Kau siapa nak halang-halang aku? Kau nak ganti tempat diorang ke?' kata Wilter yang tidak puas hati.

'Tak nak, tak nak' kata anak buah Wilter itu.

'Tau pun. Dah tengok kan diorang. Aku nak keluar. Takde mood nak tengok muka diorang ni' kata Wilter lalu keluar dari situ.

'Eleh, comel apa diorang ni? Bukan salah diorang, salah mak bapak diorang. Kesian korang kan? Mak bapak korang yang salah korang kena tanggung' kata lelaki itu pada Rhea dan Reid.

'Abang ni membebel apa?' tanya Rhea pelik.

'Tak de apalah, korang tidur dulu. Nanti mak bapak korang sampai' kata lelaki itu lagi. Walaupun dia dah sedia maklum yang Wilter akan membunuh semua keturunan keluarga besar itu, tapi dia tak sanggup melihat budak budak itu tersiksa.

'Kris!! Wilter panggil' kata seorang lagi kawan lelaki tadi masuk untuk memanggilnya.

'Kau keluar dulu nanti aku follow. Aku nak ikat budak-budak ni sekejap' kata Kris.

Lelaki tadi pun keluar.

Kris melihat kearah kembar.

'Sorry, if I can't protect you guys. Abang keluar dulu ye. Nanti kalau mak bapak korang sampai abang bawak korang keluar ye' kata Kris lembut.

Rhea dan Reid sangat mengingatkan dia pada seseorang yang paling bermakna untuknya tapi budak itu telah dibunuh kejam oleh Wilter.

Iaitu adiknya.. Kanner Rylen. Adiknya yang bongsu dan berumur 5 tahun pada 5 tahun yang lepas. Nasib Kris tidak baik apabila Wilter membunuh ibu bapa serta adik bongsu nya kerana berang dengan dia.

Dia sebenarnya tidak rela bekerja dengan Wilter. Tapi apa kan daya. Jika dia berhenti nyawanya dan adik- adiknya yang lain akan terancam.

'Abang baik' kata Reid.

'Kenapa orang-orang kat sini takde yang macam abang eh? ' kata Rhea pula.

'Stay tau, jangan pergi mana-mana. Nanti abang datang balik' kata Kris sambil tersenyum. Hampir menitis air mata Kris mendengar bait-bait kata yang dituturkan oleh Rhea dan Reid itu.

Tapi dia menyekanya dengan pantas supaya tidak terlihat lemah di depan budak- budak itu.

Dia pun keluar dari situ untuk berjumpa dengan Wilter, bossnya.

=================

Rayden dan Ruby sudah bersiap sedia dengan teamnya iaitu Death rose. Rayyan masih lagi menjaga isterinya di hospital.

Amber pula bersedia dengan teamnya iaitu Silent Killer. Dia telah ambil semula jawatan Leader didalam kumpulan Silent Killer itu. Begitu juga Rayden.

Kali ini DR dan SK akan bergabung dengan Poison Killer sebagai team backup. PK diketuai oleh Amanda. Team PK tidaklah seramai team DR dan SK. Jadi, mereka dijadikan sebagai team backup.

'Semua dah ready?' tanya Amanda.

Bilangan anak buah yang hampir 500 orang itu, hampir memenuhi gudang tempat mereka berhimpun itu. Bergema gudang itu apabila semua menyahut pertanyaan Amanda dengan serentak.

MF 3 | Mafia Love {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now