Chapter 39

432 18 2
                                    

Ruby terbangun dari lena. Kepalanya yang pening membataskan penglihatannya.

Segar diingatannya yang dia bergelut dengan beberapa orang lelaki dan seorang lelaki menyuntiknya dengan jarum yang berisikan dengan ubat tidur.

Dia memandang sekelilingnya. Hanya pokok-pokok yang dia nampak. Tempat itu hanya diterangi dengan lampu kereta.

Dia melihat ke sebelahnya pula. Ada Mya yang masih lagi tidak sedarkan diri dan Rhea dan Reid yang diikat di kerusi dengan kondisi tidak sedarkan diri.

Dia dan Mya pula diikat di pokok dalam keadaan berdiri. Bajunya sedikit tersingkap dan terkoyak. Pasti ada sesuatu yang berlaku semasa dia pingsan tadi.

Didalam hatinya berdoa agar Louis tidak tertipu dengan helah yang dibuat oleh Larrie atau Wilter itu.

Ruby pelik, dari tadi dia tidak nampak kelibat Larrie atau Wilter di situ.

Tiba-tiba, Ruby terdapat idea untuk melepaskan diri sementara Lerrie dan Wilter tiada disitu.

Apa bodoh sangat dia tu? Takkan takde orang yang jaga Mereka kot disitu?

Ruby pun terus mencari sesuatu untuk membuka ikatan di tangan, badan dan kakinya.

===============

Amber, Rayden, Aisha dan Jerry sampai di location tersebut.

Tempat itu dikelilingi hutan yang tebal dan dikawasan bukit jadi tempat itu agak gelap.

Rayden, Aisha dan Jerry turun dari kereta kerana kemahuan Larrie hanyalah Amber seorang sahaja yang berdepan dengan dia.

'Take care' kata Rayden sambil mengucup ubun-ubun Amber.

'Korang pun sama' kata Amber pula. Dia mencium pipi Rayden lalu masuk ke bahagian pemandu.

Dan memandu ke tempat atau lokasi yang Larrie berikan manakala Ray, Aisha dan Jerry menyorok dibalik pokok dan keluar jika Amber meminta bantuan.

Amber keluar dari keretanya. Lampu kereta sengaja tidak ditutup kerana kawasan itu agak gelap.

Larrie yang sedang nyalakan unggun api itu mengangkat kepala apabila perasan akan kedatangan Amber di situ.

'Hi, welcome to my Hell' kata Larrie sambil tersenyum kearah Amber. Dia berjalan disebelah unggun api untuk mendekati Amber.

'Lepaskan anak-anak aku dengan kawan-kawan aku' kata Amber. Pandangan tajam diberikan kepada Larrie.

'Tch! Tch! Tch! Tak sangka kan kau berani jumpa aku seorang diri macam ni?' kata Larrie lalu memegang pipi Amber.

Amber menepis tangan Larrie yang menyentuh muka dia.

'Jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu. Jijik aku' kata Amber.

Larrie kertawa dengan kuat.

'Aku kotor habis kau tu apa? Bukan kita sama je ke?' kata Larrie lagi.

'Dahlah! Aku takde masa nak main-main dengan kau lah Larrie! Lepaskan diorang!' marah Amber. Hatinya dah membara melihat riak selamba Larrie.

'Kau ni kenapalah bodoh sangat? Hah! Kau ingat aku nak lepaskan kau senang senang je ke? Lepas apa kau dah buat kat aku dengan keluarga aku!!' mula-mula Larrie cakap dengan perlahan dan tenang tapi di akhir ayatnya dia menengking Amber.

'Elok sangatlah apa yang aku buat kat mak kau tu. Setimpal dengan perbuatan yang dia buat kat keluarga aku' kata Amber.

'Dan kau dah takde siapa-siapa untuk sokong kau dari belakang Larrie, kau keseorangan sekarang' kata Amber tenang.

MF 3 | Mafia Love {Complete}✔️✔️Where stories live. Discover now