Sudden Attack

483 29 2
                                    

"Selamat jalan, tuan muda."

Halilintar menerima ucapan selamat daripada orang bawahannya tanpa berkata apa-apa melainkan hanya berjalan menelusuri mereka sehingga ke pagar utama rumah mereka. Bersama-sama beg sekolah yang dipikulnya di bahu, Halilintar yang sudah lengkap dengan uniform sekolah beserta topi kegemarannya yang sentiasa dipakai setiap masa itu sudah bersedia untuk memulakan hari persekolahannya seperti hari-hari sebelum ini juga.

"Yo! Kau lambat 2 minit!" 

Taufan menyapa Halilintar dengan senyuman cerianya seperti biasa. 

Halilintar menatap kawan baiknya itu dengan pandangan bersahaja sebelum dia mendesah kecil dan mendekati Taufan. 

"... Awal kau siap hari ni?"

"Hehe! Aku hari-hari siap awal kalau kau nak tau!"

"Iye? Bukan ke kau yang kadang-kadang terpaksa tercungap-cungap di awal pagi sebab kitorang tinggalkan kau terlebih dahulu?" 

Halilintar mengejek sambil menjeling Taufan.

"Oi! Itu korang yang kejam sebab tinggalkan aku! Lagipun kadang-kadang je aku lambat! Bukannya selalu macam Ais tu!"

"Eloklah mengumpat pasal aku awal-awal pagi, eh?"

Halilintar dan Taufan menoleh lalu mendapati Ais sedang berjalan menghampiri mereka berdua bersama-sama Solar di sebelahnya. Taufan menyapa kedua-dua kawan baiknya itu dengan semangat seperti biasa dan dibalas sopan daripada Ais dan juga Solar.

"Hali, ayah aku dah bising sebab kita selalu pergi ke sekolah dengan jalan kaki. Kau tak rasa ke dah sampai masa untuk kita naik kenderaan keluarga untuk ke sekolah?"

Halilintar menoleh ke arah Solar lalu kemudiannya dia terdiam. Ditatapnya satu per satu rakan-rakannya yang lain sebelum seterusnya dia pun menghela nafas panjang.

"Aku pun ada niat nak bincang pasal ni dengan korang. Jadi, apa pendapat korang?" 

Halilintar terus kepada topik utama iaitu mengenai persoalan Solar tentang situasi mereka yang akan pergi ke sekolah setiap hari. Halilintar tahu bahawa bukan ayahnya sahaja yang sedang risau akan keadaan dirinya sekarang. Malah, keluarga rakan-rakannya yang lain juga sudah mula naik risau tentang mereka terutama sekali dari segi keselamatan masing-masing. Biarpun mereka kesemuanya mempunyai bakat dalam mempertahankan diri, dan juga mempunyai pengawal-pengawal yang pada bila-bila masa sahaja bersiap sedia untuk muncul dengan kadar segera bagi menyelamatkan mereka, tetap sahaja keselamatan dan nyawa mereka masih berada di ambang bahaya.

"Aku ikut je. Lagipun aku setuju apa tentang hal tu? Sebab penat juga hari-hari kita kena berjalan macam ni untuk pergi ke sekolah dan balik sekolah."

Ais mula menyuarakan pendapatnya sembari cuba untuk menahan diri daripada tersengguk di tempat itu. Bila terpaksa berdiri tanpa berbuat apa-apa di awal pagi sebegini terasa begitu sukar sekali untuk menahan perasaan mengantuknya. Maklumlah dirinya itu cukup terkenal dengan tabiat buruk yang suka tidur. Jadi di mana-mana sahaja muda je untuk tidur.

"Ok lah kalau macam tu. Lagipun kita pernah berpakat untuk minta keluarga kita berikan peluang untuk kita rasai suasana berjalan ke sekolah kan? Dan nampaknya kita dah bosan jadi aku akan fikirkan apa yang perlu kita lakukan seterusnya tentang hal tu."

"Take your time, bro. Lagipun masa kecik dulu pun kita dah terbiasa juga dengan pergi ke sekolah naik kereta. Jadi takde masalah rasanya untuk kita kembali ke asal."

Taufan berkata dengan merangkul bahu Halilintar sebagai tanda untuk memberikan kata-kata semangat pada kawan baiknya itu. Halilintar agak berdecih kesal dengan perlakuan itu kerana dia kurang gemar terhadap sentuhan daripada orang lain. Tapi memandangkan masih awal pagi untuk dia marah tak tentu pasal, jadi dia biarkan sahaja.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now