We're One

739 46 5
                                    

"Jadi, untuk tajuk kita pada hari ini kita akan sambung tentang topik... "

Thuk!

Taufan menolehkan pandangannya setelah lamunannya terganggu dengan sesuatu yang tiba-tiba kena pada kepalanya. Sebaik sahaja menoleh, Taufan dapat melihat sahabatnya, Blaze sedang melambaikan tangannya secara diam-diam ke arahnya.

Taufan, yang tadinya terasa bosan kerana kelas mereka itu pun mula tersenyum semula dan menyandarkan kepalanya di atas meja untuk melihat ke arah Blaze dengan lebih mudah dan supaya tidak tertangkap. Blaze juga melakukan hal yang sama dan mereka mula berbisik kerana secara kebetulan mereka berdua adalah jiran antara sebelah meja.

"Murung je nampak? Kau bosan eh? "

"Yup! Kau tau kan yang kelas Cikgu Zita tak pernah tak bosan! Lagi-lagi Sejarah... "

"Hahaha! Kalau macam tu kita ponteng nak? "

"Uish! Macam best tu! Jom? "

Taufan dan Blaze saling mengangguk antara satu sama lain seolah-olah memberikan isyarat yang sama di antara mereka berdua. Tetapi malangnya, segala tingkahlaku mereka telah diperhatikan oleh sahabat-sahabat mereka yang lain.

"Hmm... Dah mula dah. "

Solar berkata sambil menompang dagunya di atas meja dengan menggunakan tangan kanannya. Dia sudah sedia maklum dengan perangai 2 sahabatnya yang terkenal nakal di sekolah mereka ini. Bukan sahaja suka membuat onar di sekolah, malah mereka amat jarang sekali berada di dalam kelas. Dan jika mereka ada pun, ia akan menjadi seperti 1 minit sekarang.

Sedangkan Thorn yang berada di sebelahnya juga mula mengintai ke arah Blaze dan Taufan. Ingin cari tahu apakah yang sahabatnya berdua itu ingin lakukan.

"Diorang dah nak rancang ponteng kelas lagi ke?" Thorn bertanya.

Solar mengeluh lelah namun tetap menjawab, "Apa lagi kalau bukan macam tu?"

"Hm, agak-agak diorang nak buat apa? "

"Mana lah aku tahu. "

Solar dan Thorn memerhatikan sahaja 2 sahabat mereka di hadapan mereka itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah yang duo pembuat onar itu ingin lakukan selepas ini. 

Dan tidak perlu lama menunggu, Taufan pun berdiri dari tempat duduknya lalu mengangkat tangan tinggi ke siling.

Gtang!

"Cikgu! "

Panggilan daripada Taufan tadi seketika menarik seluruh perhatian rakan sekelas termasuk guru mereka yang sedang mengajar, Cikgu Zita.

"Hm? Ya, Taufan? "

"Ehehe... Saya tiba-tiba rasa sakit perut lah, cikgu. Boleh saya minta izin ke bilik rawatan tak? "

"Sakit perut? "

Solar yang sedari tadi memerhatikan gerak-geri kedua sahabatnya mula perasan akan sesuatu di sebalik berlakunya perbualan antara Taufan dan guru mereka. Pada waktu itu, dia ternampak Blaze sedang mengeluarkan sesuatu dari bawah mejanya. Dan apa yang lagi menakutkan Solar, sahabatnya yang seorang itu sedang tertawa sendirian sendirian sambil mengeluarkan benda yang secara tidak langsung Solar cukup cam dengannya.

"Tunggu... Apa yang diorang nak buat dengan benda tu? "

"Huh? "

Belum sempat Thorn dan Solar ingin menganalisa apa yang sedang berlaku, suara cikgu matapelajaran mereka pun mula mencelah.

"Baiklah. Kalau macam tu kamu boleh pergi. "

Dan pada masa yang sama pada saat itulah juga, tangan Blaze tiba-tiba naik ke udara seolah-olah dia sedang melemparkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan mata Solar dan Thorn terbeliak besar.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now