The Leader

626 36 3
                                    

"Selamat pulang, Tuan Halilintar! "

Sekumpulan lelaki berpakaian lengkap yang berwarna hitam dan mengenakan sepasang cermin mata hitam menundukkan tubuh mereka 90° ke arah seorang remaja lelaki yang serius wajahnya tanpa secalit senyuman.

Perkenalkan ketua kepada kumpulan remaja lelaki yang sentiasa digeruni dan dikagumi oleh rakan-rakannya mahupun musuhnya.

Halilintar.

Biarpun sifatnya amat bertolak belakang dengan ahli kumpulannya, atau lebih tepatnya sahabat-sahabatnya. Yang mana mereka sering ceria dan suka membuat onar, tetapi mereka sangat akur dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Halilintar lahir sebagai anak tunggal dalam salah sebuah keluarga mafia yang sangat digeruni di negara mereka. Bukan bandar atau daerah, tetapi negara! Seluruh mafia di setiap daerah cukup kenal dengan nama keluarga Halilintar iaitu

Halilintar merupakan lelaki yang berketurunan darah Jepun dan China yang mana ayahnya adalah seorang mafia yang pernah melancong ke Jepun dan menemui cinta sejatinya iaitu ibu Halilintar. Sebuah kisah yang klise di antara 2 orang tua Halilintar kerana ia bermula dari anak buah ayahnya telah menculik beberapa orang mangsa untuk dijadikan mangsa dan salah seorangnya adalah ibunya. Dipendekkan cerita, ayahnya telah jatuh cinta dengan sifat murni ibunya dan ia berakhir dengan sebuah perkahwinan yang tidak seberapa meriah kerana status ayah Halilintar yang cukup berisiko itu.

Namun ibu Halilintar tidak mempersoalkannya ataupun menjadikannya sebagai satu masalah kerana dari awal lagi dia sudah tahu, sebaik sahaja nama keluarganya berubah kepada nama keluarga ayah Halilintar, dia akan berdepan dengan banyak perkara yang jauh dari pemikiran yang disangka. Tiada belas kasihan di dalam hidup seorang mafia dan tiada erti memaafkan. Segala dosa dan silap yang kamu lakukan akan dituntut dan dibayar di situ juga. Jika tidak dengan tembakan yang akan terus mematikan kamu, maka ia akan digantikan dengan seksaan yang menyakitkan sehingga kamu lebih memilih untuk mati daripada terus hidup.

Bunyinya semestinya sangat menyeramkan dan tidak dapat dibayangkan dengan fikiran kita sendiri namun itulah realitinya. Dan ibu Halilintar lebih memilih untuk kekal bersama-sama dengan ayahnya biarpun pada akhirnya dia mati kerana dibunuh oleh keluarga sendiri disebabkan oleh berkahwin dengan seorang mafia.

◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Tok! Tok! Tok!

"Masuk. "

Halilintar memulas tombol pintu yang diperbuat daripada besi yang mahal itu dan melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang elegant dengan perhiasan yang menarik dan unik. Di situ, dia menemui susuk tubuh ayahnya yang kini sedang berdiri sambil membelek helaian buku lama yang berada di tangannya.

Lelaki separuh baya itu menoleh ke arah muka pintu. Tempat di mana Halilintar berdiri dan tersenyum apabila dia melihat anak semata wayangnya datang menemuinya.

"Ada apa yang boleh ayah bantu, Hali? "

"Takde apa. Cuma nak khabarkan yang Hali sudah balik. Itu saja."

Lelaki itu tersenyum lalu meletakkan buku yang ada di tangannya di atas meja kerjanya. Langkah kakinya lurus dan tegak mendekati Halilintar biarpun tubuhnya sudah dimakan usia.

"Ayah tahu kamu dah buat kesalahan waktu di sekolah tadi. "

"..."

"Tapi takpe. Sudah jadi lumrah kamu sebagai seorang remaja untuk lakukan apa sahaja mengikut kehendak kamu. "

"..."

Iris maroon lelaki itu melihat iris crimson anaknya. Memandangkan hanya Halilintar sahaja satu-satunya anaknya, dia amat bersyukur kerana anak lelakinya itu memiliki iris milik ibunya. Sekurang-kurangnya terubat hatinya yang merindui mendiang isterinya yang telah lama pergi semenjak Halilintar dilahirkan lagi.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now