Suspicious

310 27 3
                                    

Krriiinnggg!!

Loceng sekolah kedengaran nyaring di sekitar sekolah bagi menandakan waktu matapelajaran sudah bermula. Kesemua murid kini sudah berada dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing dengan keadaan bersiap sedia untuk memulakan jadual pembelajaran pertama mereka. Guru kelas bagi subjek pertama masing-masing juga sudah datang dan berada di kelas masing-masing termasuk kelas Halilintar dan lain-lain. Namun nampaknya kelibat kumpulan Halilintar masih belum muncul kerana kerusi mereka masih kosong tanpa penghuni dan diikuti beberapa pelajar yang lain.

"Selamat pagi murid-murid! Baiklah, sebelum kita mulakan kelas. Cikgu nak ambil kehadiran kamu-"

"Cikgu, tunggu!"

Seluruh isi kelas yang ada di sana serta-merta menoleh untuk melihat pemilik suara yang sempat memotong kata-kata guru kelas mereka tadi.

"Huh...? Taufan dan- aaahhh!! Kenapa rupa korang macam tu?!"

Habis 1 kelas kecoh kerana melihat keadaan Taufan dan yang lain di muka pintu kelas. Manakan tidak? Pakaian seragam mereka habis kotor dan kucar-kacir atas bawah. Tidak ketinggalan juga wajah masing-masing turut mempunyai kekotoran dan luka-luka akibat daripada pergaduhan yang berlaku tadi.

"Eh? Ehehe..."

Taufan hanya mampu tertawa miris manakala yang lain pula tersenyum canggung. Tidak tahu harus mula dari mana untuk mereka menerangkan kisah di sebalik situasi mereka itu.

◆◇◆◇

Kriiinggg!!

Pada saat waktu rehat tiba, Halilintar dan yang lain baru sahaja selesai merawat dan menukar pakaian mereka kepada seragam yang baru, atau lebih tepatnya seragam sukan kerana seragam sekolah yang formal yang lain malangnya tidak dapat diselamatkan daripada kekotoran pergelutan pagi tadi.

"Aduh... walaupun aku dah cuba untuk mengelak daripada kena pukul, tetap saja aku akui yang musuh-musuh kita semua tadi tu kuat."

Blaze meringis kesal sembari menggosok rahangnya yang sedikit bengkak kerana terkena tendangan daripada musuh mereka tadi.

"Geram betul! Diorang ingat diorang tu siapa nak lawan dengan kita?"

Taufan berkata kesal sambil mengepal tangannya dengan kuat untuk menahan geramnya terhadap musuh mereka.

"Huh, diorang bernasib baik sebab kita tak sempat panggil orang-orang kita. Kalau tak, nahaslah diorang."

Solar juga turut melempiaskan kekesalannya. Dia cukup pantang sekali bila terpaksa berdepan dengan sebarang gangguan dalam perkara yang dianggapnya penting. Solar suka ke sekolah dan kalau boleh dia tak ingin reputasinya sebagai seorang pelajar contoh dan statusnya sebagai pelajar terbaik juga menjadi rosak kerana terpaksa berhadapan dengan hal-hal seperti tadi. Paling malang, ia sehingga membuatkan dia terpaksa memakai pakaian sukan sekolah yang baginya sangat tidak menepati citarasanya! Entah siapa yang membuat design baju itu tetapi di mata Solar ia kelihatan tidak ubah seperti pakaian yang dikenakan oleh peserta dalam permainan Squid Game yang pernah dia tonton sebelum ini di televisyen.

"Macam mana dengan keadaan kau, Hali? Misi kata tadi kau paling banyak dapat luka."

Ais bertanya sambil menatap ke arah kawan baiknya itu. Sedari tadi lagi Halilintar tidak membuka suara dan hanya diam seperti sedang memikirkan sesuatu. Ais bukannya ingin masuk campur tetapi sebagai kawan baik, dia tidak ingin ketua kumpulannya itu terbeban dengan perkara-perkara yang berat sendirian.

"Huh? Oh... takde apa. Luka-luka biasa je. Cuma tulang rusuk aku masih rasa sakit sikit sekarang."

Halilintar menjawab dengan bersahaja namun ia masih berjaya menarik perhatian kawan-kawannya yang lain.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now