Opening

2K 120 5
                                    

(Muzik di atas adalah opening bagi cerita ini. ( ' ▽ ' )ノ)

◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Brukk!

Tubuh seorang lelaki terjatuh ke atas tanah dengan kuatnya tanpa belas kasihan. Wajah lelaki yang pengsan itu kelihatan begitu banyak sekali bengkak dan kesan luka kerana pergaduhan yang sedang berlangsung tadi. Dan di atas lelaki itu, berdirinya seorang remaja lelaki yang berwajah datar sedang merenung ke arahnya.

"Ceh, lemah. "

Remaja tadi memusingkan badannya dan terus menuju ke arah sekumpulan pengganas yang sedang berlawan kuat dengan kawan-kawannya. Remaja itu memberikan setiap satu penumbuk keras di wajah-wajah musuhnya tanpa belas kasihan dan tanpa memikirkan kesakitan musuhnya.

Thumb!!

"Aargh! "

Tssh!

Begitu banyak sekali bunyi erangan kesakitan yang dikeluarkan oleh musuh tadi kerana impak dari tumbukan remaja tadi. Dan setelah lebih kurang 20 minit berlalu, akhirnya segala musuh, yang memakai sut berwarna hitam akhirnya tumpas belaka. Masing-masing terlantar di atas tanah dengan badan dan wajah yang sakit sekali.

"Fuh, baru je nak enjoy. "

Seorang lagi remaja lelaki menghampiri kawannya tadi. Dia melipatkan kedua belah tangannya dan diletakkan di belakang kepalanya untuk menyandarkan kepalanya.

"Alah, berapa orang je pun. "

Seorang lagi remaja lelaki menghampiri mereka berdua. Dia melihat setiap jasad yang kini sedang terbaring di atas tanah dengan lemah sekali tanpa sedikitpun merasa kasihan kepada mereka. Selepas itu, datang pula lagi 3 orang kawannya dari belakang.

"Ah, shit. Kita dah lambat ke sekolah. "

Salah seorang dari mereka bersuara setelah sebaik sahaja dia melihat ke arah jam tangan yang dipakainya.

"Alamak, macam mana ni? Aku malas nak berdepan dengan Cikgu Tarung! "

"Alah, apa yang kau nak takutkan sangat, Taufan? Lepas pukul 8.30, kita lompat jelah pagar. "

"Habis kedatangan macam mana? "

"Pandai-pandailah kita pujuk cikgu! Macam lah cikgu tu tak takut dekat kita? "

Remaja yang dipanggil Taufan tadi mengangguk. Kini, kelima orang remaja tadi mula memandang ke hadapan. Lebih tepatnya ke arah ketua mereka yang sedari tadi lagi berdiam diri tanpa berpaling ke arah mereka.

"Hali? Kau apahal? Senyap je.. "

Taufan, remaja lelaki beriris biru sapphire memanggil kawannya yang sedang diam itu. Dan tidak lama kemudian, lelaki yang dipanggil tadi pun menoleh. Menampakkan iris crimsonnya yang bersinar dan tajam.

"Kali ni dah masuk 3 kali kita diserang tiba-tiba oleh geng musuh ayah aku. "

Halilintar, si pemilik iris crimson tersebut merenung ke arah konco-konco bawahan musuh ayahnya yang sudah tumpas di atas tanah itu. Wajahnya kelihatan begitu serius sekali memandang sekumpulan musuh yang sedang tidak sedarkan diri itu. Tiada langsung tanda-tanda bahawa dirinya adalah orang yang mesra atau mudah bergaul.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now