Eerie Soiree

451 38 2
                                    

Halilintar menyarungkan jaket tuxedo-nya yang berwarna merah darah ikan sambil melihat penampilannya di hadapan cermin full body yang ada di hadapannya. Petang ini, sesuai dengan permintaan ayahandanya yang tersayang, dia akan mendatangi sebuah majlis formal yang diadakan oleh kenalan ayahnya. Dan dia sebagai satu-satunya anak tunggal dalam keluarga itu dan juga waris utama untuk puaknya, semestinya perlu memperkenalkan diri kepada seluruh yang berkait bagi menjaga imej dan nama baik puaknya.

Dengan berlengkapkan seluar slack berwarna hitam, dan dipadankan pula dengan jaket tuxedo dan kemeja berkolar klasik yang berwarna hitam, penampilannya pada malam itu kelihatan begitu elegan sekali. Tidak ubah seperti rupa seorang lelaki yang sudah dewasa kerana ketinggiannya yang sudah mencecah 180cm.

"Wah, lihatlah anak ayah." Ayah Halilintar melihat dengan bangga ke arah Halilintar setelah sebaik sahaja anak semata wayangnya itu berjalan keluar dari biliknya.

"Kamu tak ubah sama macam ayah waktu muda dulu. Cuma mata kamu saja yang sama seperti mak kamu. Kamu memang betul-betul anak ayah, Hali."

Halilintar hanya tersenyum sekilas mengiyakan kata-kata ayahnya itu. Kalau bukan anak ibu bapanya, jadi dia anak siapa lagi?

"Kawan-kawan kamu sudah tunggu di bawah sana. Kereta untuk kamu semua naiki pun sudah tersedia. Have fun, my son. And please be careful too, okay?"

Halilintar menganggukkan kepalanya akur. Sebelum berpamitan, dia menunduk hormat kepada orang tuanya terlebih dahulu dan terus ke tingkat bawah untuk menuju ke arah pintu rumah agamnya.

"Feewiit! Dah lama bro tak nampak kau pakai macam ni! Hoho, macam ni ya rupa bakal ketua puak Sekiko?" Blaze menyapa Halilintar dengan senyuman tengilnya seperti biasa yang hanya mendapat putara bola mata sahaja daripada Halilintar seperti biasa.

"Selamat petang, uncle! Terima kasih sebab sudi sediakan pengangkutan untuk kami ke majlis malam ni." Thorn menyapa ayah Halilintar dengan senyuman ramahnya.

Ayah Halilintar mengangguk sambil tersenyum melihat keakraban antara anak tunggalnya dengan rakan-rakannya. Dia berjalan mendekati mereka dengan tidak lupa diiringi rapat oleh beberapa orang pengawal peribadi yang setia mengekorinya dari belakang untuk memastikan keselamatannya terjamin.

"Selamat petang juga, Thorn. Berseronoklah kalian di sana. Jangan lupa berkenalan juga dengan seramai yang boleh ahli-ahli bangsawan di sana. Mungkin kamu boleh perluaskan lagi pengaruh kumpulan kita di negara ni."

"Uncle, Papa saya berniat untuk berjumpa dengan uncle dalam minggu ni. Kalau uncle ada masa, uncle boleh hubungi Papa untuk tanya lebih lanjut." Kini Taufan pula ikut bersuara sambil menunduk hormat kepada ayah Halilintar.

"Baiklah. Nanti uncle akan hubungi Papa kamu. Terima kasih, Taufan."

"Sama-sama uncle."

"Sudah, kita tak nak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Baik kita bertolak sekarang. Pergi dulu, ayah."

"Hm, baik. Hati-hati."

Setelah memastikan kesemua kawan-kawannya telah masuk ke dalam kereta mewah keluarganya, Halilintar pun masuk sama dan tidak lupa untuk berpamitan kepada ayahnya untuk kali terakhir sebelum bertolak pergi. Sebaik sahaja kereta panjang tadi berlalu pergi, ayah Halilintar hanya mampu berdoa semoga anaknya dan rakan-rakannya akan pulang dengan keadaan selamat sahaja selepas ini.

◆◇◆◇◆◇◆◇◆

Setelah harus berhadapan dengan satu jam lebih lamanya kesesakan lalu lintas yang berlaku di jalan raya, akhirnya kereta keluarga Halilintar telah sampai di perkarangan iaitu tepat di hadapan pintu gerbang besar sebuah bangunan agam. Seorang demi seorang keluar dari perut kereta mewah itu dan berdiri megah menghadap kemeriahan pintu gerbang tersebut di hadapan mereka.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now