The Peacemaker

478 29 0
                                    

"Kyaaaaa!!! "

Sekarang ke kediaman bagi ahli kedua, iaitu Taufan. Nampaknya para pembaca terpaksa menghadap suasana riuh-rendah di kediaman ini terlebih dahulu sebelum kita mulakan sesi pengenalan.

"Mama! K-kenapa! Apa dah jadi?! "

"Taufan! Taufan! Tolong Mamaaaa! "

"Tolong apa, Mama?! "

"Tu! Lipas tu!! "

"Lipas...? "

Taufan menundukkan kepalanya seiring dengan tempat yang sedang ditunjukkan oleh jari ibunya.

Di kakinya.

Skssksksksksksksksk!!

Belum sempat Taufan bertindak apa-apa, lipas tadi telahpun merangkak naik ke kakinya dan seterusnya merayap ke bahagian betisnya. Oleh kerana terlalu terkejut, Taufan pun menjerit dengan kuat sekali dan melompat ke atas meja dapur. Sama seperti keadaan ibunya sekarang.

"GYAAAAAAAAAAAAHHHH!!! PAPAAAA!! TOLOOOOONNGGGGGG!!! "

◆◇◆◇◆◇◆

"Haih... Kalau dah tahu lipas tu akan muncul tiba-tiba, kenapa tak letak je racun serangga dekat tempat yang mudah diambil? "

Di ruang tengah dalam kediaman keluarga Taufan, kelihatan sebuah keluarga yang mana ahlinya adalah Taufan sendiri bersama-sama ibubapanya sedang 'mesyuarat besar' di sana. Namun, kali ini 'mesyuarat' tersebut lain macam daripada biasa kerana ia mendapat banyak perhatian para pembantu rumah tersebut.

Bagaimana tidak? Ini kerana posisi Taufan dan ibunya adalah sedang berlutut di atas lantai dan di hadapan ayahnya yang sedang duduk di atas kerusi sofa sambil memijit pelipisnya. Beliau sudah cukup pening dengan ragam ibu-anak itu. Kenapa mesti begitu mirip sekali anak-beranak?

"M-maaf, Papa... "

"Sorry... Saya mana tahu yang rumah kita akan ada lipas. Lagi-lagi kat dapur tu! "

"Sebab ianya dekat dapur la kena jaga-jaga! Aduh, penatnya kena jaga 2 budak-budak besar ni! "

Taufan dan ibunya memuncungkan bibir masing-masing. Terasa dengan kata-kata ayah Taufan tapi tidak ada hak untuk membantah atau mempertahan diri masing-masing kerana mereka sendiri dan orang-orang di sekitar sudah maklum dengan silap mereka sendiri.

"Lagi satu, kalau nak jerit tu perlahan sikit tak boleh? Habis 1 rumah bergegar tadi tau tak? Nasib baik sekeliling rumah kita ni takde rumah lain atau ada dekat kawasan perumahan. Kalau tak orang ingat hantu mana yang terlepas tadi sebab jerita korang."

"Maaf... "

Serentak Taufan dan ibunya menunduk meminta maaf daripada ayahnya. Seterusnya, mereka pun berdiri dari tempat duduk mereka dan melabuhkan punggung masing-masing di sisi Si Ketua Keluarga. Sudah tentu mereka tidak perlu duduk berlutut sehingga begitu sekali apabila kena marah. Hanya saja itu olah mereka berdua sendiri kerana ingin membuat keadaan lebih menarik. Aih, mak-anak sama sahaja!

◆◇◆◇

"Taufan, ada sesuatu yang Papa nak cerita mengenai sejarah keluarga kita dan yang lain. "

Taufan yang kelihatan sedang seronok menikmati waktu petang bersama-sama ibubapanya sambil menonton televisyen dan makanan ringan yang disediakan di atas meja berpaling ke arah ayahnya. Sesekali dia melirik ke arah ibunya yang berada di sisi ayahnya satu lagi yang seolah-olah tahu akan isyarat mata anaknya dan hanya mampu menghinjutkan bahunya sebagai tanda wanita itu juga tidak tahu akan apa yang bakal diungkapkan oleh suaminya.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now