Fight

284 21 2
                                    

Prrrttt!!!

Kini kelas mereka berenam sedang berkumpul di kawasan padang sekolah yang tidak berumput. Masing-masing iaitu setiap pelajar telah mengenakan pakaian Pendidikan Jasmani sempena kelas yang banyak kena mengeluarkan peluh itu.

"Baiklah anak-anak muda sekalian! Untuk aktiviti Pendidikan Jasmani kita pada hari ini, marilah sama-sama kita sihatkan tubuh badan kita dengan melakukan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh!"

Cikgu Pendidikan Jasmani mereka, iaitu Cikgu PapaZola berkata dengan penuh semangat sambil tubuhnya tidak berhenti dari melompat sambil bermain lompat tali di hadapan anak-anak murid beliau.

"Wah, hari ni kita nak main apa Cikgu Papa?" Salah seorang rakan sekelas bertanya.

"Usahlah kamu bertanya wahai anak muda! Sebab cikgu tahu kamu boleh teka apakah yang akan kita lakukan!"

"Main bola keranjang!" Taufan menjawab dengan teruja diikuti anggukan setuju daripada Blaze di sebelahnya.

"... Y-ya! Benar sekali! Ayuh, berpecah mengikut kumpulan dan mulakan permainan kamu!"

"Hm, nampak sangat Cikgu Papa sebenarnya tak rancang permainan apa-apa pun tadi." Bisik Solar.

"Haih, takde ke sesiapa nak cadang permainan tidur sepanjang hari?" Ais pula mengeluh di sebelah.

◆◇◆◇

Kini kelas mereka telah berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan mula memainkan permainan bola keranjang yang telah disebut oleh Taufan tadi. Memandangkan di padang sekolah mereka terdapat 3 buah gelanggang kecil bola keranjang, maka 2 daripada 3 gelanggang tersebut telah digunakan oleh pelajar-pelajar lelaki dan 1 lagi untuk pelajar perempuan. Justeru itu, setiap kumpulan yang ada diwakili 5 orang ahli di dalamnya.

"Ayuh kalahkan diorang Hali!"

"Kyaa!! Berusaha Hali! Semoga berjaya Taufan!"

"Blaze!! You look so hot with that style!"

Kesemua pelajar-pelajar kelas yang tidak terlibat dalam permainan tersebut pula hanya berdiri dan menjadi penyokong kepada rakan-rakan yang lain terutama sekali untuk ahli-ahli Mafia Gangsters. Beberapa daripada kumpulan itu, seperti Thorn dan Ais malangnya tidak mengikut serta kerana mereka sudah lebih awal lagi mengundur diri atas sebab tidak ingin berpeluh dan kelelahan. Dan nasib baik Cikgu Papa Zola adalah sejenis cikgu yang (sebenarnya tidaklah sangat) memahami pelajarnya, maka beliau benarkan mereka berdua untuk duduk dan melihat sahaja perlawanan yang lain.

"Heh, aku tak sangka yang aku akan bersama kau untuk kalahkan Fang, Hali?" Blaze berkata, mata apinya tidak lepas untuk memandang ke hadapan. Melihat keakraban antara Taufan kepada salah seorang rakan sekelas mereka yang misteri, Fang.

"...aku tak nak cakap banyak. Mari habiskan saja perlawanan ni." Halilintar menjawab. Bermain dengan bola keranjang yang sedang berada di tangannya sebelum terus mara ke hadapan sebaik sahaja bunyi wisel dititup.

Prrriiiitt!!

"Fuh, still obvious as ever!"

Ikut rapat dengan Halilintar, Blaze turut sama ikut mara ke hadapan dan diikuti rapat oleh beberapa lagi ahli pasukan dan lawan dari belakang mereka.

Sementara itu, Taufan dan Fang terlebih dahulu sudah menunggu kedatangan mereka berdua tanpa gentar di kedudukan mereka. Dari pihak Taufan, dia sempat merenggangkan tubuh badannya. Sebagai tanda dia sedang bersiap sedia dengan segala serangan yang bakal ditempuhinya untuk berdepan dengan ketua kumpulannya yang kini sedang menjadi lawannya dalam pertandingan bola keranjang sekarang.

Mafia Gangsters [VERY SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now