1. Mengenalinya

1.8K 41 0
                                    

Kelihatan cuaca mendung,hujan gerimis membuatkan suasana agak suram yang hanya dihiasi cahaya lampu.Hari ini sungguh sepi rasanya,ingin saja aku pergi menghiburkan diri namun keadaan diriku tidak mengizinkan.Terbaring di atas katil bersaiz king yang empuk dan selesa membuatkan diriku terlena. Tiba-tiba terdengar bunyi getaran telefon menandakan terdapat mesej diterima lalu aku mencapainya.

Haira POV

Dengan keadaan separa sedar,aku gagahkan juga mencapai telefon yang berada berhampiran meja sebelah katil ku.Sambil meregangkan sedikit badan,aku membaca mesej yang diterima.

Mesej diterima :

Haira,jangan lupa lusa hari perkahwinan kamu,daddy mahu kamu pulang secepatnya dan jangan berlengah.Semua persiapan telah kami selesaikan hanya tunggu kamu sahaja. - Daddy

Aku membalas mesej :

Ok dad,semua sudah diatur dan jangan risau, aku akan pulang secepatnya.Esok tiket penerbangan 10 pagi.

Daddy membalas mesej :

Ok2,daddy hanya ingin memastikanya.Esok daddy dan mummy datang menjemput kamu di airport.

Aku membalas mesej :

Tidak perlu dad,aku akan pulang sendiri ke rumah.Aku masih mengingati alamat rumah dan aku sudah besar.

Daddy membalas mesej :

Aish kamu ini,degil betul dan masih keras kepala macam dulu.Oklah,kami tunggu dirumah.

Aku membalas mesej :

Thanks dad,memahami anakmu ini.😁Bye dad.

Setelah selesai membalas mesej,aku kembali duduk diatas katil sambil bersandar pada headboard katil.Sambil memikirkan keadaan diriku yang bakal berkahwin beberapa hari lagi.Penjodohan dari keluarga sukar untuk aku menolak kerana sudah hampir 5 tahun membawa diri ke luar negara.Rasanya ingin menyesali perbuatan diriku tapi hatiku sangat terluka ketika itu.

Kerana dikecewakan,hatiku terasa sakit dan perit sekali.Selama 5 tahun itu juga aku membawa diri dan meninggalkan keluarga ku tanpa sebarang berita.Hilang dari pandangan orang lain.Namun sahabatku, Irene sahaja yang mengetahui di mana diriku.Aku memohon padanya agar merahsiakan tentang diriku.Irene juga yang sentiasa memberitahu keadaan semasa berkaitan keluarga ku.Aku bersyukur mempunyai sahabat yang setia.

Setelah aku berjaya berjaya melupakan si dia,aku kembali menghubungi keluarga.Pada awalnya mereka marah pada diriku tetapi setelah aku menjelas semua,mereka tenang dan faham situasi yang dialami oleh diriku.Setiap kali aku rindu atau menangis,aku hanya melihat potret keluargaku,dengan itu aku semakin kuat untuk tempuhi kehidupan seharian.

Dengan berbekalkan ilmu pendidikan,aku mampu mencapai kejayaan menjadi orang yang berjaya.Aku memiliki kelulusan master dalam bidang project management di UNSW sydney di Aussey.Dengan berkat usahaku bertungkus-lumus,aku berjaya membuka sebuah syarikat dengan titik peluh ku sendiri.

Sebelum aku meninggalkan syarikat ku disini,aku menyerahkan kepada sahabatku rose dan ien untuk menguruskannya.Mereka berdua adalah sahabatku semasa kami sama - sama menuntut pelajaran di Aussie.Ini kerana daddy ku mengarahkan diriku untuk bekerja dia syarikatnya apabila pulang nanti.Walaupun aku menolak pada asalnya,namun atas nasihat mereka,aku terima kerana bakal isteriku masih di tahun akhir belajar di kolej.

Perjodohan yang pelik, bagaimana dia boleh menerima diriku sedangkan kami belum pernah berjumpa sekalipun mahupun menghubungi antara satu sama lain .Adakah dia terima aku sebagai seorang pasangan yang berkelainan atau dikenali interseks @ special.Kelihatan rupa fizikal yang feminisme + maskulin,wajah yang tampan dan cantik dan dada ku tidaklah sebesar wanita biasa.

Right Person Wrong Time - G!PWhere stories live. Discover now