BAB4🖤

85 8 2
                                    

Meja di lap dan matanya meliar memandang sekeliling.  Hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja yang masih berada di dalam cafe nya itu. 

Boleh la dia berehat.  Penat, ramai sangt orang waktu lunch tadi.

" Fida , duduklah dulu.  Jangan buat kerja berat sangat.  Awak tu mengandung tau". Perut besar wanita itu diusap. 

Fida.  Wanita yang baru berusia 21 tahun itu dirogol oleh kawan baik sendiri dan mengandung anak luar nikah.  Keluarga pula tidak tak nak terima ada cucu luar nikah, jadi Fida dihantar ke rumah Cahaya Kasih.

Rumh Cahaya Kasih. Rumah perlindungan wanita dan anak yatim.  Rumah yang dibina menggunakan duit tinggalan arwah ibu dan ayahnya.

" Fida okey la kak.  Akak janganlah risau sangat.  Fida dah besar, dah pandai jaga diri "

Diyan tersenyum kecil. 

" Akak bimbangkan Fida dengan baby.  Tak lama lagi akak dapat anak buah la.  Tak sabar pula rasa "

Fida ketawa melihat teletah Diyan Sofea.  Wanita itu inspirasinya.  Dia sayangkan Diyan.

Loceng yang berbunyi menandakan pintu dibuka itu menyetakkan mereka dan menghapus momen-momen bahagia itu.

" Diyan!! Rindunya dekat kau" tanpa sempat berbuat apa apa, badan Diyan dipeluk kemas oleh Gia dan Syakira.

Diyan tergelak besar.  Tidak dinafikan , kawan-kawan dia memang over sangat.

" Aku pun rindu korang juga.  Lepas kahwin ni, makin berseri aku tengok muka sorang-sorang.  Ada apa-apa ke ? Ada good news untuk aku ? "

" Tak ada la Diyan.  Kau okey tak duduk rumah sorang-sorang tu ? "

Diyan hanya mengangguk kecil.

" Okey je.  Dah sebulan lebih kau kahwin, aku dah terbiasa buat semua benda sorang-sorang"

Syakira tersengih.
 
" Kesian kawan aku ni.  Kau kahwin la juga, nanti ada la peneman"

Kepala Gia ditunjal kasar.  Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

" Kau dah tahu kan aku tak ada calon lagi.  Celah mana nak kahwinnya.  Nak kahwin dengan siapa ?  Bunian ? Ada ke bunian handsome nak dekat aku ni ? "

Bibir dicebikkan dengan mata terkelip kelip memandang wajah sahabatnya.

Syakira dan Gia tergelak serentak.  Diyan, Diyan.  Perangai tak pernah nak elok.

"By the way, korang datang sini nak lunch ke ? Duduk la dulu, aku pergi ambil menu kejap" baru sahaja Diyan berura-ura untuk beredar, lengannya ditarik oleh Syakira membuatkan keningnya mula berkerut.

"Jom la lunch sekali.  Dah lama kita tak makan sama sama.  Aku tahu kau belum makan juga kan? "

Diyan memandang sekeliling.  Hanya ada beberapa orang pelanggan yang sedang menjamu selera dan sekaligus dia mengangguk perlahan. Bersetuju.

" Tunggu Afif and the geng kejap boleh?  Diorang nak join juga.  Semua belum makan lagi" Gia tersengih kecil menampakkan gigi yang dah tersusun rapi.

" Kau okey kan Diyan ? Kalau Adam ada sekali? "

Diyan hanya mengangguk.  Walau apa sekali pun, Adam tetap pelanggan dia.

" Kau janganlah asyik bergaduh je dengan dia.  Pening aku tengok korang ni.  Sejak sekolah dulu lagi suka sangat bergaduh"  Syakira menggaru kepala yang tidak gatal.

Diyan mencebik bibir.  Alih alih, dia juga yang kena.

"Kenapa bagitahu aku ? Bukan aku yang start semua benda ni.  Dia tu suka cari pasal.  Aku tak buat apa-apa pun" Diyan cuba membela diri.  Tapi memang betul pun, semua benda ni memang berpunca daripada Adam.

DIYAN SOFEAWhere stories live. Discover now