PINTU pejabatnya yang diketuk kuat daripada luar menganggu tumpuannya dalam melakukakan kerja. Kelibat Fida dengan perut yang memboyot membuatkan dia tersenyum kecil.
Teringinnya nak ada baby sendiri.
" Kenapa Fida ? Ada masalah ke ? "
Fida menggeleng laju.
" Cuti yang saya minta minggu lepas akak luluskan tak ? Kalau tak dapat tak apa, saya datang kerja sampai bersalin. Tapi kafe ni kekurangan pekerja tak kalau saya cuti? "
" Boleh tak ada masalah. Akak pun ada fikir juga nak tambah 3 orang pekerja baru. Order kita dah makin banyak, tak menang tangan dah nak handle "
Fida tersenyum lebar. Happy juga la boleh cuti awal sebelum bersalin. Jangkaannya dia akan bersalin dua minggu dari sekarang tapi dia plan nak berehat dulu. Sekarang buat kerja dah cepat mengah.
" Oh, akak cakap pasal pekerja baru. Tadi ada seorang budak perempuan datang nak apply kerja. Akak dah letak iklan jawatan kosong ke ?"
Kening Diyan berkerut pelik. Otaknya ligat memikirkan tentang itu. Setahu dia, dia masih tak buat sebarang iklan untuk pengambilan pekerja. Cuma ada beberapa orang sahaja yang tahu tentang itu.
" Mungkin kebetulan kot. Tak apa la, nanti Fida tolong set kan interview akak dengan dia. Dia ada tinggalkan nombor phone tak ? "
" Ada. Satu lagi, Fida ada sesuatu nak bagitahu akak ni. Tapi Fida macam malu sikit la " Kepala yang tidak gatal digaru. Mukanya juga jelas kelihatan sedikit kemerahan.
Diyan tersenyum mengusik. Macam dah tahu je nak bagitahu apa benda kalau dah malu macam tu.
" Fida nak kahwin ke ?" Soalnya laju. Kalau betul la nak kahwin, memang dia akan jadi orang pertama yang akan sponsor kan majlis tu.
Fida hanya mengagguk mengiyakan.
" Mana aci, akak dah dapat teka dulu. Fida baru ingat nak buat suprise dekat akak. Alih alih akak dah tahu dulu, tak jadi la suprise Fida" mulutnya mula memuncung tak puas hati.
" Akak agak je tu. Jadi, bila majlisnya ? Nak buat dekat mana ? "
" Hakim ajak Fida kahwin lepas habis berpantang nanti. Pasal majlis pula, kitaorang tak rancang pun nak buat majlis. Akak tahu kan kitaorang datang daripada mana. Fida cuma ada adik adik dekat rumah Cahaya Kasih tu je " tangannya automatik naik mengusap perut sendiri. Pandangannya kosong memandang dinding di belakang. Muka yang tadi kelihatan gembira mula kelihatan muram.
" Fida-- dah pergi jumpa mak dengan ayah Fida ? Diorang tahu tak Fida dengan Hakim nak kahwin ?"
Fida mengangguk perlahan lalu tanpa sedar, setitik air matanya jatuh ke pipi.
" Ayah Fida dah meninggal dunia dua bulan lepas. Mak pula masih tak nak terima Fida lagi. Diorang dah benci Fida sangat kot, sampaikan ayah Fida meninggal pun diorang tak bagitahu Fida. Fida tak sempat tengok muka ayah Fida buat kali terakhir "
Mata Diyan tiba tiba terasa berair pula. Sebak, nak nangis semua ada. Dia pun tak sempat tengok wajah ibu dan abahnya buat kali terakhir. Sedar sahaja daripada koma yang panjang, ibu dan ayahnya sudah seminggu dikebumikan. Tidak dinafikan, sampai ke hari ini dia masih lagi rasa terkilan.
YOU ARE READING
DIYAN SOFEA
RomanceDIYAN SOFEA • MUHAMMAD ADAM 🖤. Diyan Sofea. Rupa secantik nama. Perkenalannya dengan Muhammad Adam sudah lama. Sejak dari bangku sekolah. Boleh dikatakan, bagai anjing dengan kucing. Ibarat kata, love hate relationship. Setiap masa bergaduh. Mulut...