Bum !
Diyan tercampak jatuh dari motor. Matanya terpejam rapat menahan sakit.
Apabila dirasakan sedikit okey, dia bangun daripada baring. Segan kot semua orang pandang. Matanya memandang sekeliling. Kelihatan ada dua tiga buah motosikal yang berhenti di pinggir jalan.
Langit yang mulai gelap dipandang. Automatik air matanya mengalir deras.
Bahunya yang disentuh membuatkan dia tersentak. Beberapa orang lelaki berhelmet penuh mengelilinginya.
Semakin kuat tangisan Diyan Sofea.
"Cik okey ? Cik sakit ke ? Saya telefon ambulan ye ?" Diyan menggeleng laju.
Namun tidak lama selepas itu, terasa matanya mula berpinar-pinar. Kepalanya mula berat dan dia terus jatuh tidak sedarka diri.
Mata dibuka dan benda pertama yang dia nampak adalah syiling putih. Bau ubat kuat menusuk ke hidungnya.
Dia mengeluh lemah. Hospital pula, dia dah la benci pergi hospital.
' Klak '
Pintu yang terbuka membuatkan Diyan mengangkat muka. Bibir dicebik.
"Kenapa kau datang ? Aku ingatkan bila aku buka mata nampak la muka Lee Know ke , muka Song Jong Ki ke, ni muka kau ? Ni yang aku rasa nak pengsan balik ni "
Adam mengetap gigi. Kurang ajar betul perempuan ni.
"Kau ni kan , tak reti bersyukur la. Ni dah kira untung aku datang jenguk kau. Siap bawa makanan lagi ni " Plastik di tangan Adam dipandang. Dia tersenyum kecil.
Yeayy, marrybrown!
"Aku nak tanya ni, kenapa kau naik motor ? Kereta kau mana ? "
Diyan mengeluh lemah. Tanya pasal baby dia membuatkan dia sedih.
" Baby aku rosak lagi "
" Habistu kalau dah tahu naik motor, kenapa lalu jalan tu ? Nasib baik la yang tolong kau orang baik tau. Kalau dia ada niat tak baik macam mana ? "
Adam mula mengeluarkan sepatah dua katanya yang dikira agak panjang itu. Semangkuk bubur pedas dari marrybrown itu disua kepada Diyan.
Wanita itu hanya menurut tanpa bunyi.
" Langit dah gelap, dah nak hujan. So aku guna la jalan tu, dekat sikit. Cepat sikit aku sampai rumah. Tapi tak sangka pula jadi macam ni . Motor aku macam mana ?" Sesudu demi sesudu bubur itu dimasukkan ke dalam mulut.
Adam menghulurkan air apabila Diyan terbatuk kecil.
"Kalau nak hujan sekali pun, tak boleh ke call siapa-siapa minta tolong ambil kau dari cafe ? Kenapa tak call aku ? Jangan buat kerja bodoh boleh tak Diyan Sofea ? Kau memang tak fikir langsung pasal keselamatan kau ke ? Kalau kau kena kacau dengan mat motor macam mana ? Kalau kena culik ? Yang lagi teruk kalau kau kena rogol lepas tu kena bunuh. Kau nak ke ? Pakai otak la Diyan, kau dah besar kan ?"
Diyan tunduk bermain dengan jari sendiri. Tahu, dia salah.
"Motor kau teruk juga tu. Tapi aku dah hantar bengkel. 2 atau 3 hari nanti siap la tu kot"
Diyan diam lagi membuatkan Adam mengeluh kecil.
"Aku tak marah kau pun. Cuma lepas ni jangan buat lagi. Aku risau tahu tak ? Rasa macam nak tercabut je jantung aku ni bila ada orang call cakap kau accident"
Diyan tersenyum senget.
"Kau risau risau ni, kau suka aku ke ?" Tiba tiba idea dari tiktok menerjah ke dalam otak. Sengaja memancing reaksi lelaki itu.
YOU ARE READING
DIYAN SOFEA
RomanceDIYAN SOFEA • MUHAMMAD ADAM 🖤. Diyan Sofea. Rupa secantik nama. Perkenalannya dengan Muhammad Adam sudah lama. Sejak dari bangku sekolah. Boleh dikatakan, bagai anjing dengan kucing. Ibarat kata, love hate relationship. Setiap masa bergaduh. Mulut...