BAB9 🖤

34 0 0
                                    

Kotak terakhir diangkat dan diletakkan di dalam rumah.  Diyan menghembus nafas kepenatan di atas sofa.  Hari ini, dia secara rasminya telah berpindah ke rumah Adam memandangkan Adam juga tinggal seorang diri.  Dan secara rasminya juga rumah dia dah kosong sekarang.  Tapi tak apa lah, kalau dia merajuk dengan Adam nanti dia boleh lari ke rumah lama dia.

'' Dah ke ?  Semua dah angkat ?'' Diyan mula memuncung.  Bukannya nak tolong, boleh pula dia tanya macam tu je.  Soalan suaminya tidak dibalas malah dia mula memejamkan matanya.  Pindah rumah sangat lah memenatkan walaupun rumah dia dengan rumah Adam dalam satu taman yang sama.  Jalan beberapa langkah je dah sampai tapi dia perempuan kot, patutnya suami dia la yang buat semua tu.

'' Wuhuu, tak dengar ke aku tanya ni ? Tidur pula dia'' tangannya dilayang layangkan di depan muka Diyan Sofea cuba mengejutkan wanita itu yang kelihatan sudah mula ingin menjemput lena.

'' Diyan, I'm talking to you.  Dah siap angkat semua ke ?'' 

'' Dah.  Diyan buat sorang-sorang je semua tu . Sakit dah badan ni semua ''  Bahunya dipicit lembut.  Kenyataannya, badan dia memang sudah mula terasa sedikit sengal sengal dan pegal, mungkin dah lama tak buat kerja berat agaknya.

'' Aku dah cakap, pindahkan baju baju je dulu tapi kau yang degil nanti aku akan upah pekerja untuk angkat semua masuk rumah aku. Kalau aku panggi harini, takkan la aku nak biarkan pekerja lelaki tu semua dengan isteri aku je ?   Aku kerja harini tak dapat nak tolong kau. Sorry tau ''

Diyan hanya mengangguk kecil.

'' Belanja pergi spa.  Badan ni semua dah sakit ni, nanti kalau tangan dengan kaki ni tercabur macam mana ? Abang nak ada bini cacat ?''

Muhammad Adam tergelak kecil.  Tidak dinafikan, bini dia kelakar.

'' Tak payah pergi spa la.  Setakat nak urut tu, aku boleh buat la.  Tapi dengan syarat kena urut satu badan la.  Tak boleh urut tangan dengan kaki je ''

Diyan terus terdiam.  Adam tengah bagi hint nak suruh dia bagi nafkah batin ke ? Dia bukannya tak nak bagi, tapi Adam yang tak minta.  Dia perempuan, walaupun perwatakan tak macam perempuan sangat tapi dia malu.

'' Orang cakap diam tanda setuju.  So, malam ni siap sedia la eh.  Aku nak urut atas katil tau ''  Pucuk hidung Diyan yang kelihatan blur itu dicium lembut.

'' Abang nak suruh Diyan bagi nafkah batin ke malam ni ?''

Terus membulat mata lelaki itu. Tangannya terus naik menekup mulut si isteri.  Walaupun dia tahu tak ada orang, tapi entah kenapa dia automatik tutup mulut Diyan yang tak ada tapis tapis tu. Terus straight to the point.

" Apa cakap terang terang macam tu ? Kalau orang dengar macam mana ? "

'' Tak ada orang la kat rumah ni abang.  Takkan la jiran abang nak datang sini kot''

Muhammad Adam tersenyum janggal

'' Awkward tau cakap macam ni.  Ye la, selama ni kita asyik bergaduh je tiba tiba dah kahwin.  Tapi kan, kalau kau nak bagi pun boleh.  Aku sebagai seorang lelaki sentiasa on je.  Nak bagi hari hari pun aku okey'' . Terus terasa perutnya pedih apabila Diyan mula mencubit perutnya.

Dia menjeling tajam

'' Gatal ''

Adam hanya tergelak besar.  Kalau dia tahu seronok macam ni kahwin, dah lama dia ajak Diyan kahwin.  Namun, senyumannya mati apabila teringat akan sesuatu.  Terus tangan Diyan di atas pehanya dialih ke bawah.  Terus dia melangkah naik ke tingkat atas dengan satu rasa yang mencengkam dada.

                                                                                                          °°°°°°°°

Diyan melangkah masuk ke dalam kafe dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.  Mana taknya, subuh tadi dia berjemaah dengan suami.  Tadi pun sebelum pergi kerja salam cium tangan suami.  Matanya turun memandang ke arah cincin permata di jari manisnya.  Cincin kahwin dia dan Adam.  Tiba tiba rasa berbunga pula hati ni bila menyandang status isteri ni.

'' Amboi kak, senyum lebar nampak'' Fida yang menatang dulang kek menegur.  Beberapa potong kek strawberi itu disusun ke dalam rak display.  Setelah siap semuanya, dia melepaskan lelah di atas kerusi.  Nafas wanita itu kelihatan turun naik kepenatan.  Biasalah, kandungannya sudah menginjak ke angka 5 bulan.

Cepat sungguh masa berlalu.  Dia masih teringat, wanita itu dihantar ke Rumah Cahaya Kasih ketika wanita itu mengandung seawal 3 minggu dan kini, hanya tingga 4 bulan lagi untuk wanita itu melahirkan. Diyan tersenyum kecil.  Tangan naik mengusap perut sendiri.  Agak agak bilalah dia boleh mengendong anak sendiri. 

'' Kenapa usap perut tu kak ? Dah ada baby ke kat dalam tu ?'' Fida mengusik dan dia ketawa kecil.

'' Ish Fida ni, tak ada maknanya akak pregnant.  Akak baru kahwin 3 minggu takkan la dah mengandung.''

'' Rezeki kak.  Mana la tahu rezeki akak dengan Abang Adam dapat baby awal.  Kalau betul, Fida la orang yang paling happy tau. Nanti baby Fida ada kawan nak main.  Untung anak akak ada mama yang baik, ada papa yang baik.  Tak macam baby Fida, tak ada siapa suka dia wujud.  Ayah dia pun tak tahu ke mana''

Tangan naik mengusap perut sendiri. Mukanya jelas menunjukkan kekecewaan.

Diyan mengeluh kecil. Tangan Fida diambil dan digenggam kuat. Cuba memberi kekuatan untuk gadis itu.

" Tak baik cakap macam tu.  Sedih baby dalam ni dengar ibu dia cakap macam tu.   Akak sayang baby ni. Semua adik adik dekat rumah cahaya kasih pun sayang baby ni. Jadi, Fida kena kuat. Jangan terlalu fikir negatif. Bila dia lahir, didik dia supaya jadi orang yang berguna bila dia besar nanti. Akak yakin sangat Fida boleh jadi ibu yang baik"  

Fida mula tersebik. Terharu sangat dia rasa sekarang ni.

" Selamat pagi akak. Awal datang harini" sapa Hakim sambil membuang topi keledar dari kepala.

Hakim , si rider yang ditugaskan menghantar semua pesanan pelangganya. 

Mendengar sahaja suara Hakim, terus Fida menundukkan kepala. Mukanya serta merta merah padam.

" Akak, kalau Fida cakap ni akak jangan gelakkan Fida tau " Fida mula membuka bicara apabila kelibat Hakim mula hilang dari pandangan.

Diyan mengangkat kening memberi perhatian. Cara Fida bercakap macam serius sahaja bunyinya.

" Hakim tu, dia ajak Fida kahwin " Fida menggigit bibir menahan rasa. Malu !

Mata Diyan membulat besar. Terlompat lompat dia di atas kerusi.

" Lepas tu? Fida setuju tak ? " Tak sabar Diyan menyoal. Air muka Fida mula berubah keruh. Dia menggeleng perlahan.

" Akak tahu kan keadaan Fida macam mana? Fida mengandung anak luar nikah. Fida tak nak malukan dia kalau Fida kahwin dengan dia nanti "

Diyan mengeluh perlahan.

" Fida suka dia tak ? "  Soal Diyan dan Fida mengangguk lagi.

" Hakim tu dah kenal Fida lama. Dia pun dah tahu keadaan Fida macam mana. Kalau dia nak kahwin dengan Fida, maknanya dia dah bersedia nak terima keadaan Fida macam ni. Fida fikirlah dulu masak masak. Kalau Fida setuju bagitahu akak tau. Nanti akak sponsor "

Perut wanita itu diusap lembut. Dalam hatinya berdoa, agar bayi kecil itu lahir menjadi orang yang berguna.

°°°°°°





DIYAN SOFEAWhere stories live. Discover now