Beg yang berisi pakaian mereka berdua di zip kemas. Diyan tersenyum kecil. Finally dia dah boleh rehat ! Walaupun nak pergi lambat lagi, dia sengaja kemas awal sebab dia excited sangat
"Nak pergi mana dengan beg tu semua ?" Muhammad Adam yang baru melangkah masuk ke dalam bilik menyoal dengan kening berkerut.
" Kita kan nak pergi Terengganu lagi tiga hari"
Makin berkerut kening lelaki itu.
" Lagi tiga hari ? Kenapa aku tak tahu ? Kenapa tak bingang dulu dengan aku ? "
Diyan mula memuncung
" Saya dah bagitahu kan 2 hari lepas. Diyan kan dah suruh abang cuti untuk honeymoon kita nanti " Nada suaranya jelas berubah.
" But aku tak pernah bagitahu pun yang aku setuju nak pergi honeymoon dengan kau. Kenapa kau pandai pandai buat keputusan sendiri ni ? " Nada bersahaja Muhammad Adam membuatkan Diyan sedikit beremosi.
" What is wrong with you Adam ? Ni honeymoon kita tau, kenapa nampak macam aku sorang je yang beria dengan benda ni semua ? "
" Yes you are ! Aku tak pernah cakap pun yang aku nak pergi. Aku dah cakap aku busy, banyak kerja dekat office tu. Takkan la aku nak tinggalkan kerja aku dekat office tu semata mata nak ikut plan kau je ? " Suara Adam sudah naik seoktaf membuatkan Diyan berundur setapak. Jujur , dia terkejut dengan lantunan suara lelaki itu.
Sumpah, dia terasa dengan lelaki itu. Matanya dan mata Adam saling bertentangan. Lama. Dia memandang Adam dengan mata berkaca manakala lelaki itu jelas memandangnya dengan tatapan yang penuh amarah.
Jujur, dia tidak tahu apa salahnya sehinggakan lelaki itu bersikap sedemikian. Sedangkan, dia sudah memberitahu Adam jauh lebih awal dan lelaki itu hanya diam jadi dia menganggap lelaki itu hanya bersetuju namun ternyata dia silap.
Masing masing bertentang mata tanpa suara sebelum Diyan menundukkan pandangan ke bawah.
Tap!
Air matanya jatuh setitik ke atas lantai. Tanpa berkata sepatah perkataan pun, terus kaki melangkah masuk ke dalam tandas.
Tertutup sahaja pintu tandas, terus air matanya mengalir laju. Dada yang terasa berdebar kencang digenggam kuat. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Air mata yang masih mengalir dihiraukan namun esakan yang keluar cuba ditahan sebaik mungkin.
Seboleh bolehnya, dia tak nak Adam dengar dia menangis. Dia malu. Namun, perasaan sedihnya sekarang sudah tak dapat dibendung. Baru sebulan lebih berkahwin, dia dapat rasakan kedinginan lelaki itu melayannya tanpa dia tahu apa salahnya sendiri.
Apabila terdengar pintu biliknya tertutup menandakan suaminya itu kelaur, terus dia juga melangkah keluar dari bilik air. Duduk dilabuhkan di atas katil dan telefonnya diambil.
Mesej daripada nombor tidak dikenali membuatkan keningnya mula berkerut.
" Apa khabar keluarga pembunuh ? Seronok kahwin ? "
Sekeping gambar yang dihantar membuatkan Diyan tertanya tanya sendirian. Tangan menekan gambar tersebut sebelum dia terjerit kecil.
Telefon yang sedari tadi dipegang secara automatik dilempar ke atas katil.
Gambar itu, gambar ayah dia yang berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.
Diyan ingat akan hal itu ! Malam itu, malam di mana mereka semua mengalami kemalangan yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat diselamatkan.
' Ting ' sekeping lagi mesej masuk. Dengan tangan terketar , telefonnya yang tadi dibaling diambil kembali.
' Handsome tak bapak kau ? Aku suka tengok bapak kau penuh darah macam tu '
Diyan mengetap bibir. Air mata makin laju mengalir. Siapa orang ini sebenarnya ?
' Kau siapa ? Kenapa kau boleh ada gambar papa aku ? ' Walaupun dia ketakutan , dicekalkan hati untuk membalas mesej itu. Namun sayangnya, mesejnya hanya ditinggalkan bluetick sahaja menandakan bahawa si penghantar tiada niat untuk membalas.
°°°°°°
Hingus yang terasa ingin meleleh disedut kuat. Tangan masih ralit menaip keyboard menghabiskan lapang dengan menulis cerita baru. Hobi masa lapang, dia suka menulis.
Kerusi yang ditarik di hadapannya membuatkan Diyan mengangkat kepala daripada laptop.
" Kau okey ? " Diyan mengangguk lemah.
" Kenapa? Awak ada nak apa apa ke ?"
Muhammad Adam menggeleng perlahan namun matanya masih menatap wajah cantik si isteri itu.
" Kau marah aku ?"
Soalan Muhammad Adam membuatkan Diyan Sofea terdiam. Ketikan di keyboard laptopnya terus terhenti. Nafas ditarik dalam namun soalan lelaki itu hanya dibiarkan tidak berjawab. Entah la, nak kata marah itu macam tidak, cuma dia berkecil hati dengan lelaki itu. Ditambah pula dengan gangguan nombor misteri yang tidak dikenali itu membuatkan kepala dia berserabut.
" Can I ask you something, Diyan ?" Diyan mengangkat kening seolah memberi kebenaran.
" Sejauh mana hubungan abang kau dengan kakak aku ? Kau kan rapat dengan arwah kakak aku, takkan la dia tak bagitahu kau apa hubungan dia dengan abang kau ? Kau tahu kan kakak aku meninggal sebab apa ? "
" Diorang bercinta. A very sweet couple dan untuk soalan awak yang itu, yes saya tahu kakak awak meninggal sebab apa. But, saya tak tahu apa yang membuatkan kakak awak tekad nak meninggal dengan cara macam tu. You know what, I'm very shocked. Saya terkejut sangat bila dapat berita tu "
Muhammad Adam tersenyum sinis.
" Kau tahu kan kakak aku mengandung ?"
Diyan menarik nafas panjang sebelum mengangguk. Kalau ikutkan hati, dia dah tak nak ingat semua benda tu. Dia kehilangan ramai orang yang dia sayang sekaligus merentap semua semangat yang dia ada.
" Saya selalu berdoa dekat tuhan, supaya saya jumpa lelaki bangsat yang mengandungkan dia. Saya nak sangat tengok muka manusia bertopengkan syaitan tu. Kalau boleh, saya nak pijak muka dia "
Muhammad Adam ketawa sinis.
" Make sure kau buat tau apa yang kau cakap ni bila kau dah jumpa dia nanti tau. Jangan pandai bercakap je, aku takut kau yang tak sanggup je nanti "
Terus langkahnya dibawa naik ke tingkat atas meninggalkan Diyan terkulat kulat seorang diri. Keningnya mula berkerut dan otaknya mula berfikir keras.
Kenapa dengan suaminya ?
June 16, 2024 |12:07 a.m.
ANDA SEDANG MEMBACA
DIYAN SOFEA
RomansaDIYAN SOFEA • MUHAMMAD ADAM 🖤. Diyan Sofea. Rupa secantik nama. Perkenalannya dengan Muhammad Adam sudah lama. Sejak dari bangku sekolah. Boleh dikatakan, bagai anjing dengan kucing. Ibarat kata, love hate relationship. Setiap masa bergaduh. Mulut...
