Dua buah plastik di tangan yang berisi beberapa jenis dessert dipegang kemas di tangan. Kaki dihayun laju ke arah meja penyambut tetamu.
" Hai, say nak hantar kek "
Wanita anggun itu mengangkat muka. Senyuman manis diukir buat Diyan Sofea.
" Oh, dari DS Cafe ye ? "
Diyan mengangguk. Anak matanya meliar memandang sekeliling. Cantik betul office.
" Nak letak dekat mana ye ? "
" Boleh cik letak dalam bilik mesyuarat terus ? Sebab kitaorang nak sambut birthday dia lepas kerja. Kalau letak kat sini takut kantoi pula"
" Boleh. Bilik mesyuarat dekat mana ? " Diyan menyoal.
" Jom saya tunjukkan ". Diyan mengangguk seraya mengikut sahaja langkah kaki wanita itu.
Mata memandang sekeliling. Besar gila bilik mesyuarat. Lagi besar dari bilik tidur dia.
" Cik tunggu dekat depan dulu boleh ? Nanti saya bagi cek untuk payment "
Diyan tersenyum kecil. Kaki dibawa ke ruang menunggu. Duduk dilabuhkan di situ dan telefon dari handbag dikeluarkan.
Segan. Semua orang berpakaian kemas je, nampak profesional.
" Diyan ? " Diyan yang ralit bermain telefon mengangkat muka.
" Kau buat apa dekat sini ? Kau stalk aku eh ? Baik kau mengaku " tangan naik berpeluk tubuh. Matanya tunduk memandang Adam atas bawah. Tidak dinafikan, lelaki tu memang handsome.
" Eh sorry sikit ye. Kau tu buat apa dekat sini. Kau yang stalk aku kan ? Baik kau mengaku "
Adam berdecit perlahan.
" Kau kan --"
" Bos ? " Belum sempat ayat dihabiskan, Fara, pekejanya mula menyampuk.
" Fara, dia buat apa dekat sini ? "
Fara memandang muka Adam dan Diyan silih berganti.
" Dia hantar kek bos. Kenapa ? "
Kening Diyan mula berkerut.
" Bos ? Lelaki ni bos awak ke ? "
Fara mengangguk lambat-lambat.
"Are you sure ? Sorry to say tapi muka dia nampak macam cleaner. Tak nampak macam bos langsung"
Adam menjengilkan mata. Diyan dipandang dengan tak puas hati.
" Fara, you nak tengok gambar buruk perempuan ni ? I ada "
Telefon berura ura dikeluarkan dari poket seluar namun dia mengaduh sakit apabila terasa bahunya ditumbuk.
Mata dibulatkan tanda memberi amaran.
" Mana cek ? Saya dah nak balik ni. Banyak lagi kerja saya ada "
Adam menggeleng kecil. Cek di tangan Fara diambil dan dia berjalan laju masuk ke dalam bilik kerjanya.
Diyan mengeluh kasar.
" Boss awak ni kan. Aish, geram la aku " Kaki dihentak ke lantai dan langkah Adam diikut.
Duduk dilabuhkan kasar di atas kerusi. Adam yang hanya beriak selamba dipandang geram.
" Cepat lah. Aku nak balik ni. Banyak lagi kerja dekat kedai tu"
" Banyak sangat ke Fara tu order sampaikan kau kena kejar aku macam ni semata-mata nak cek ni ?"
Cek yang sudah bergumpal di dalam tong sampah bawah meja diambil.
YOU ARE READING
DIYAN SOFEA
RomanceDIYAN SOFEA • MUHAMMAD ADAM 🖤. Diyan Sofea. Rupa secantik nama. Perkenalannya dengan Muhammad Adam sudah lama. Sejak dari bangku sekolah. Boleh dikatakan, bagai anjing dengan kucing. Ibarat kata, love hate relationship. Setiap masa bergaduh. Mulut...