TAYAR keretanya disepak kuat. Keluhan kasar dilepaskan dari mulut kecilnya. Peluh mula turun membasahi dahi.
Geram. Masa macam ni la nak rosak. Orang dah la dah lambat. Jam di pergelangan tangan dipandang. 5:37 petang.
Akad nikah Syakira dan Fateh akan berlangsung selepas isyak. Sebagai kawan baik, dia nak la hadir awal, memberi sokongan kepada sahabatnya yang bakal bergelar isteri orang itu.
" Baby Minnie, jangan la macam ni. Mummy baru je servis awak tau. Kenapa la awak nak rosak masa macam ni. Haih"
Duduknya dilabuhkan di pinggir jalan. Dah tak kisah pandangan orang, tengok je pandai, tolong tak reti. Dia dah macam orang gila duduk dekat sini.
Sebuah range rover putih yang berhenti di hadapannya membuatkan dia tersenyum lebar namun senyumannya mati apabila kelibat empunya kereta menyapa pandangan.
Mulut dimuncungkan dengan tangan yang disilang ke dada. Menyampah. Huh!
" Kau buat apa dekat sini? Menyemak la kau ni"
Muhammad Adam gelak sinis. Cermin mata hitamnya dibuka dan disangkut di leher baju.
Tangan naik memeluk tubuh yang elok bersandar di kereta.
" Kenapa kak ? Kereta rosak ke ? Kesian-- Dah cantik-cantik pakai baju kurung, kena jadi penunggu tepi jalan pula" terdengar gelakan dari bibirnya.
Diyan mendengus geram.
"Diam la Adam. Kalau kau datang sini semata-mata untuk menyakitkan hati aku, baik kau berambus. Sakit la mata aku tengok kau"
" Tu la kau, lain kali jangan beli kereta katak macam ni. Tengok macam aku tu, okey je"
Diyan mengetap bibir. Mata dipejam rapat, cuba menahan sabar.
" Jom la tumpang aku. Alang-alang tu kita sehaluan juga ni. Aku jamin, kereta aku tak akan rosak macam kereta katak kau ni"
"Eii kau kenapa ? Kesian baby minnie aku. Kenapa kau hina-hina kereta aku pula ? By the way, ni mini cooper tau, bukan kereta katak. Kenapa kau ni nampak macam bengap sangat je sampai tak tahu beza " Diyan Sofea tersenyum puas. Puas sangat hati dia dapat kenakan lelaki itu.
Adam telan air liur. Mulut, tak padan dengan tuan.
"Kau panggil kereta kau minnie ke ? Kenapa bukan mickey? Donald duck ? Spongebob?"
Adam ketawa kuat. Tak rasa ke nama minnie tu kelakar untuk sebuah kereta ?
" Biar la. Kau ni kan-- kalau tiap kali jumpa kau tak menyakitkan hati aku tak boleh ke ? Geram betul la aku dengan kau ni. Tumbuk kang" tangan disilang ke dada. Matanya mula membulat apabila jam di tangan dipandang.
6:02 petang.
"Aku saje je usik kau. Aku seronok tau tengok kau marah macam ni. Puas hati aku. Kau nak tumpang aku tak ni ? Ke kau nak terlepas tengok kawan kau kahwin ? "
Diyan Sofea hanya diam. Telefon ditangan di-unlock dan aplikasi grab dibuka. Baru sahaja mahu menempah, Iphone 13 itu sudah gelap gelita.
Diyan mengeluh lemah. Macam mana la dia boleh lupa cas.
"Nak tak? Kalau kau tak nak, kau tunggu la dekat sini sorang-sorang. Tapi kan, aku ada la dengar cerita juga yang kawasan ni bahaya. Ramai mat dadah lepas tu kan, 2 hari lepas , ada seorang perempuan tu kena kacau , tiba-tiba polis jumpa mayat perempuan tu dalam semak. Badan dia kena kerat 18"
Semangat Adam bercerita yang entah ya entah tidak.
Diyan menelan air liur. Matanya melilau memandang sekeliling yang memang sunyi. Hanya ada sebuah dua kereta yang lalu.
YOU ARE READING
DIYAN SOFEA
RomanceDIYAN SOFEA • MUHAMMAD ADAM 🖤. Diyan Sofea. Rupa secantik nama. Perkenalannya dengan Muhammad Adam sudah lama. Sejak dari bangku sekolah. Boleh dikatakan, bagai anjing dengan kucing. Ibarat kata, love hate relationship. Setiap masa bergaduh. Mulut...