Bab 1

15K 625 1
                                    

-ACE-


“ ARGHH!! ” Terus segar mata  Hana apabila kulit kepalanya merasa kesakitan.Dia melihat kearah orang yang menarik rambutnya.Gerun dia melihat makciknya,Puan Kamilla.

“ Mak--Makcik..Sa-sakit..” Tangan Hana menahan tangan makciknya daripada terus menarik rambutnya.Puan Kamilla menarik Hana keluar dari bilik sebelum ditolak.Hana terduduk disitu.

“ Kau tahu sakit tapi kau pandai-pandai relax dalam bilik.Ingat sikit KAU TU PENUMPANG!Jangan buat macam kau orang rumah..Kau fikir penat lelah kau je..Penat lelah aku kau tak fikir ke!Kau kemas dapur ni!Selagi aku tak lihat dapur ni kemas,jangan harap kau dapat makanan malam nanti!” Puan Kamilla pergi dari ruang dapur meninggal Hana duduk yang hanya menunduk kepalanya.Melihat Puan Kamilla sudah pergi,Hana segera berdiri.Berkali-kali dia memejam matanya mengelak air matanya jatuh.Namun,dia adalah manusia yang mempunyai perasaan.Sudah pasti dia mengalah lagi sekali.Kakinya melangkah ke arah singki.Tangannya mula membasuh pinggan sambil nangis.Sungguh,dia sangat penat.

Lelaki tua itu tersenyum sinis apabila melihat tubuh badan Hana yang berdiri di hadapan singki.Lelaki tua itu adalah pakciknya,Encik Khalid.Kaki Encik Khalid melangkah kearah tubuh badan gadis itu.Membulat mata Hana apabila dia terkurung segera dia memutar badannya.Terkejut dia melihat pakciknya.

“Pakcik nak buat apa ni?!” Tangan milik Encik Khalid yang makin nakal itu ditahan daripada terus menyentuh badannya.

“Alaa..Bella sayang jangan takut lah..Uncle kacau sikit je..” Makin geram Hana apabila tangan Encik Khalid cuba memeluk pinggangnya.Dia menjauh namun Encik Khalid lebih tangkas.Air matanya makin deras keluar.Dia tak macam perempuan lain yang suka disentuh.Dia masih ingat dia punya maruah yang perlu dijaga.

“ Uncle,to--tolong jangan macam ni..”Tangan Encik Khalid yang makin gatal itu ditahan.Dia menjauhi mukanya apabila melihat Encik Khalid makin merapatkan wajahnya.

“ ABANG!!” Suara terikan itu segera menyedarkan Encik Khalid.Encik Khalid segera jauh dari Hana.

“ Sayang..Bukan abang yang mula.Dia ni yang goda abang..” Terkejut Hana dengar fitnah dari pakciknya.Segera dia menggeleng kepala apabila mata tajam milik Puan Kamilla sudah melihatnya.

“ Kau goda suami aku?Kau memang gatal ke?Dah cukup-cukup aku beri kau tempat tidur,makan dengan pakaian,kau memang tak reti nak bersyukur ke?Kalau tak disebabkan mak ayah kau meninggal,takde aku nak kutip kau..Aku akan biar kau duduk terbiar kat tepi jalan..” Kata Puan Kamilla dengan nada tinggi Kedua lengan baju sudah di sinsing sedia membelasah Hana.

“ T--tak makcik..Ha-Hana tak buat pun..” Hana menjauh dari situ apabila tubuh badan Puan Kamilla sudah ingin menghampiri dirinya.Disebalik itu,Airin dan Encik Khalid sudah tersenyum sinis.

“ Kau jangan nak tipu aku!Kau memang KAKI GATAL..MARI SINI KAU!! ” Rambut Hana ditarik oleh Puan Kamilla menuju kearah pintu dapur.

“ Airin...Kamu ambil barang budak ni!” Airin segera menurut perintah.Barang milik Hana segera dihumbat ke dalam beg.

“ Nah ibu..” Beg terisi pakaian Hana berpindah tangan.Puan Kamilla segera membaling ke arah Hana yang sudah terjatuh atas tanah.

“ NI BARANG KAU!KAU BLAH DARI SINI!JANGAN HARAP KAU DAPAT SINGGAH SINI LAGI!” Kata Puan Kamilla sebelum menutup pintu dapur dengan kuat.Terkejut Hana sebelum dirinya menangis.Kemana dia nak pergi?Dia anak yatim mana ada tempat dia mahu pergi .Dia bangun sebelum beg tadi dibawa.

‘Ya Allah,beratnya ujian yang kau beri.. Jikalau masa ku akan datang, kau ampunilah dosa orang yang pernah berbuat dosa kepada ku..’

Kata hati kecil Hana sebelum kakinya melangkah.Biarlah tangisan bersamanya sekarang.Dan dia bergantung kepada Allah sepenuhnya sekarang.

ෆෆෆ

Hana melihat sekitarnya.Dia tertunduk sebentar memikirkan nasibnya.Matahari yang mula terbenam dilihat.Cantik.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR

Bunyi azan menyedarkan Hana.Hari mulai malam.Azan maghrib sudah berkumandang.Dia melihat sekitarnya.Seingat dia ada masjid tidak jauh dari sini.Dan dia boleh rasa dia sudah jauh dari rumah makciknya.

Tersenyum dia apabila menemui masjid itu.Dia segera masuk area wuduk perempuan.Beg diletakkan ditepi singki yang tidak jauh dari tempat ambik wuduk.Tangannya ditadah,dan basmallah dibaca sebelum dia mulai mengambil wuduk.

Hana termenung jauh.Dia mengeluh.Dia melihat sejadah sebentar,memikirkan apa yang dia perlu lakukan selepas ini.Selesai sahaja solat isyak terus dia mencari seseorang iaitu Pak Imam Masjid.Dia melihat seseorang yang sedang keluar,segera dia mendekati tubuh itu.

“ Pak cik..Pakcik Imam masjid ke? ”

“ Ye..Kenapa ni?Cik tak pulang lagi ke..Kami nak tutup masjid ni..” Tanya pakcik imam itu.Hana tersenyum kelat.Macam mana dia nak cakap eh..

“ Sebenarnya pakcik..Saya kena usir dari rumah...Jadi saya terfikir nak minta izin pakcik untuk tidur kat masjid untuk malam ni sebelum saya teruskan perjalanan saya esok pagi.. ” Mengeluh pakcik imam itu.Dia melihat Hana.Terbit rasa kasihan dia dengannya.

“Kamu dah ada tempat tujuan ke untuk esok pagi? ” Hana menggeleng kepalanya.Yang dia tahu,dia akan ikut kaki dan nalurinya.

“ Macam mana kamu tidur rumah pakcik je.. ” Terangkat kepala Hana.Dia takut untuk menerima pelawaan  pakcik imam itu.

“ Pakcik bukan imam sini ke?Rumah pakcik kat mana?Pakcik tak de niat jahat kan..Allah melihat... ” Tersenyum kecil pakcik imam itu.Terbit rasa takut dalam Hana.Dia tanya benda serius boleh pula pakcik imam ni senyum..

“ Pakcik imam sini bila pakcik balik kampung je..Rumah pakcik kat bandar..Pakcik tak de niat jahat pun..Lagipula,pakcik ada anak perempuan ,dia selalu cakap dia boring..Mungkin ada kamu lepas ni dia tak boring..” Hana mengeluh sebentar.Mungkin ini caranya dia lari jauh dari pakcik dan makciknya.Dia mengangguk perlahan.

“ Mana barang kamu?Ambil..Pakcik nak
tutup suis dulu..” Kata pakcik imam itu sebelum pergi ke bilik azan.Hana segera masuk ke dalam masjid semula sebelum dia ambil barang miliknya.Dia menanti pakcik imam selesai kemas.

“Dah?Jom..” Pakcik imam itu segera keluar dari masjid.Hana yang berada dibelakang termenung apabila melihat kereta itu.Kereta Bezza ..Dalam seumur hidupnya belum pernah lagi dia naik kereta.

“ Kamu okey? ” Hana tersedar sebelum mengangguk kepalanya.Dia melihat pakcik imam masuk ke dalam kereta sebelum dia turut masuk kedalam kereta di bahagian penumpang belakang.Dia hanya melihat jalan raya.Harapannya,hidupnya lebih baik dari sebelumnya

-CARL ZAFRAN-

ACE1:THE DEVIL&HIS ANGEL [New Version Where stories live. Discover now