𝟎𝟏 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

2.3K 130 31
                                    

Laungan azan Subuh memecah keheningan seketika di sekitar kawasan perumahan Jalan Taman Melati.

Di sudut yang lain, seorang gadis sedang menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh dan setelah itu dia akan membaca ayat Al-quran.

Gadis itu tidak pernah meninggalkan solatnya. Bagi dia, tiada apa yang lebih penting daripada menunaikan perintah Allah.


✎✎✎


"Morning Lyss." sapa Datuk Malik kepada puterinya.

"Morning papa. Jom makan, Lyss dah siapkan sarapan dah." Balas Alyssa kepada ayahnya. Hari ini Alyssa terlebih rajin untuk menyiapkan sarapan. Sedap atau tidak, Alyssa tak peduli, selagi makanan itu boleh dihadam, baginya itu sudah cukup.

"Rajinnya anak papa ni. Untung papa ada anak macam Lyss." Pujian Malik diselitkan dengan cubitan di pipi gebu Alyssa.

Alyssa tersengih.

"Oh btw papa, harini Lyss nak keluar tau. Lyss nak pergi bookstore la macam biasa hehe."Alyssa merancang pergi ke sana untuk membeli beberapa buku kerana dia ingin mencari inspirasi untuk menyiapkan novelnya.

"Okay pergila tapi ingat jangan balik lambat sangat and makesure pergi dengan Pak Hashim. Jangan degil." Malik memberi peringatan dengan nadanya seperti memberi amaran.

Untuk pengetahuan readers, Pak hashim tu pemandu peribadi khas untuk Alyssa dan suami kepada Mak Kiah, tukang masak dirumahnya. Malik sangat posesif tentang anaknya. Jadi kemana pun Alyssa pergi, mesti kena ada Pak Hashim atau bodyguardnya yang lain.

"Hehe yela okay pa. Papa pergi kerja elok-elok tau. Lyss nak naik dulu nak siap-siap.Bye pa Assalamualaikum." Alyssa bersalam tangan dengan ayahnya dan bergegas ke biliknya untuk bersiap.

✎✎✎


"Assalamualaikum Pak Hashim. Jom Lyss dah siap dah." sapa Alyssa sambil tersenyum manis.

"Waalaikumsalam. Baiklah jom." Jawab Pak Hashim yang hendak membukakan pintu untuk Alyssa.

"Eh tapi jap, rasanya tadi Mak Kiah ada panggil Pak Hashim tadi, dia nak kirim barang kot. Cuba Pak Hashim pergi tanya." Alyssa memulakan muslihatnya.

"Lah yeke? tadi makcik tak cakap apa-apa pun. Ha takpela Pak Hashim pergi tengok jap ye. Tunggu tau." Pak Hashim dengan pantas menuju ke dapur untuk bertemu dengan isterinya dan tanpa dia sedari, dia telah tertipu oleh Alyssa.

Alyssa berjalan menuju ke kereta Mini Cooper miliknya yang diberi nama Belly. Dia dengan pantas mengenderai keretanya keluar dari kawasan perumahan tersebut.

"Hahaha, maaf Pak Hashim, janji buat lagi hehe." Alyssa tertawa memikirkan hal itu. Kesian Pak Hashim, tapi nak buat macam mana, dia rindu nak pandu keretanya ini.

✎✎✎

Sampai sahaja di mall itu, Alyssa bergegas masuk ke dalam dan berjalan menuju ke kedai buku.

Alyssa mengeluarkan telefon bimbit dari handbag miliknya.Tanpa dia sedar, purse miliknya terkeluar sekaligus terjatuh ke lantai.

Seorang lelaki yang berselisih dengan Alyssa perasan akan hal tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia mengambilnya.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now