𝟎𝟔 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

960 83 4
                                    

"Alyssa sakit? Dia kat mana sekarang?" Aiden bimbang sekiranya terjadi apa-apa pada Alyssa.

"Alyssa demam panas. Tapi lepas makan ubat tadi makin baik dah. Alyssa rehat dekat rumah aje. Tadi uncle Malik dah call doctor untuk check Alyssa." Naura yakin ini adalah lelaki yang diceritakan oleh Alyssa padanya.

Aiden tidak memikirkan apa-apa lagi. Dia langsung mematikan panggilan tersebut.

Aiden bergegas mengendarai keretanya pergi ke rumah Alyssa.

Aiden tiba di rumah Alyssa. Jarak rumah mereka tidak lah begitu jauh. Hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

"Assalamualaikum." Aiden memberi salam.

"Waalaikumsalam. Aiden, jemput lah masuk. Lyss tengah berehat dekat bilik dia." Malik sudah tahu jika Aiden akan datang ke rumahnya.

"Apa jadi dengan Alyssa uncle? Macam mana dia boleh demam panas?" Aiden membuat muka gelisahnya.

"Tadi Lyss tiba-tiba pengsan dekat dapur. Doktor cakap Lyss cuma kepenatan aje. Dua tiga hari ini Lyss asyik berjaga malam untuk tulis novel." Terang Malik.

Aiden menggangguk faham.

"Bila uncle suruh dia tidur dia cakap idea tengah malam tengah datang melimpah-limpah. Jadi dia kena menulis juga takut idea tu hilang." Malik menggeleng kepala mengingat anaknya yang degil dan keras kepala itu.

"Tak apa lah uncle jangan risau, nanti Aiden nasihatkan Alyssa." Ucap Aiden sambil mengusap bahu Malik.

"Iya lah terima kasih ye Aiden. Ni Alyssa dah kurang sikit demamnya." Malik lega anaknya hanya demam, bukan sakit lain.

"Kalau macam tu Aiden balik dulu ye. Kirim salam Aiden pada Alyssa uncle. Assalamualaikum." Aiden meminta diri kerana dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

"Baiklah, waalaikumsalam." Malik tersenyum. Akhirnya ada juga lelaki yang berjaya mendekati anaknya. Sebelum ini ramai yang ingin mendekati Alyssa tetapi Alyssa tidak menerima seorang pun daripada mereka walaupun ada di antara mereka adalah anak Dato dan Tan Sri.

Aiden dalam perjalanan ke rumahnya, dia rasa sedikit bersalah kerana meninggalkan kawan-kawannya di rumah begitu saja.

Aiden mengambil telefon bimbitnya kemudian menguhubungi seseorang.

"Assalamualaikum, Iman aku nak tanya, kereta yang hari itu aku suruh ambil dah siap ke?"

Aiden sengaja menyimpan lama kereta Alyssa supaya kalau Alyssa ingin ke mana-mana dia boleh membawa Alyssa. Seperti biasa, mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Waalaikumsalam. Dah siap boss. Bila boss nak ambil?" ucap Iman di dalam talian itu.

"Esok pagi aku ambil." Aiden tersenyum. Entah apa yang berada di fikirannya.



✎✎✎



"Good morning, papa." Hari ini Alyssa sudah sembuh sepenuhnya setelah beberapa hari hanya baring di dalam biliknya.

"Good morning, princess. Jom sarapan." Malik yang sedang bersarapan melihat pelik pakaian Alyssa.

"Tak apa lah papa. Lyss nak pergi jogging hari ini. Lama sangat baring aje atas katil tu." Alyssa sudah bersedia untuk pergi bersukan dengan pakaian sukannya.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now