𝟎𝟐 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

1.2K 107 14
                                    

"Aiden ?! Awak buat apa kat rumah saya ni?"
Jerit Alyssa. Gila tak terkejut. Macam mana dia tahu rumah Alyssa?

Kan betul Alyssa cakap, dia ni psycho.

"Eh Lyss, dah balik dah. Ni Aiden datang ni katanya nak jumpa Lyss. Papa pun pelik macam mana korang boleh kenal. Lyss tak pernah cerita pun dekat papa. Ha tapi takpelah." Kata ayahnya yang sedang berjalan menuruni tangga.

"Papa kenal ke Aiden ni?" Tanya Alyssa dengan penuh curiga.

"Mestilah papa kenal. Ni kan anak Uncle Anuar dengan Aunty Helene. Eh, Lyss pernah jumpa dengan dia orang kan? Takkan tak ingat. Cuma masa tu Lyss tak jumpa dengan Aiden je." Malik berucap.

"Oh la yeke. Lyss ingat cuma dah lama tak jumpa kan hehe." Alyssa tersenyum palsu pada ayahnya dan Aiden.

Datuk Malik menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku anaknya itu. Dia berjalan pergi ke dapur.

Haus kot.

Alyssa yang melihat ayahnya pergi ke dapur dengan pantas pergi ke depan Aiden sambil mencekak pinggang.

"Apa awak buat dekat sini? Saya dah cakapkan jangan gang-"

Aiden yang sedang duduk sedari tadi langsung bangkit berdiri di depan Alyssa dengan jarak yang sangat dekat.

Ucapan Alyssa tadi tergantung oleh kerana perbuatan Aiden itu. Dia tergamam. Dia boleh merasakan hembusan nafas Aiden.

Aiden tersenyum.

Lalu dia mengalihkan mukanya dan berbisik tepat di telinga Alyssa.

"I miss you. You went from stranger to someone i can't stop thinking about."

Mata Alyssa terbeliak mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Aiden.

Jujur saat ini jantungnya sedang bermarathon.

Pipinya membahang secara tiba-tiba.

Aiden tertawa melihat Alyssa yang tergamam.

"Kenapa awak gelak?" Alyssa yang tersentak dari lamunannya langsung mengajukan soalan.

"You looks cute when you're blushing, love."

Sekali lagi pipinya membahang.

"Aiden stop. Awak ingat saya termakan ke dengan ayat-ayat manis awak tu. Dah sekarang pergi balik." Usir Alyssa sambil menolak Aiden keluar dari rumahnya.

"Eh jap jap. Nak phone awak sekejap." Aiden kembali menoleh dan menghulurkan tangannya.

"Ish awak nak buat apa lagi?" Alyssa merungut. Dia sangat kesal dengan sifat Aiden.

"Sekejap je, please love."

Peliklah. Aiden tak pernah bercinta, tapi ayat manis dia, kalah ayat pasangan muda luar sana tu.

"Ish kejap je eh. Lepas tu saya nak awak terus balik." Alyssa mendengus kecil sambil menghulurkan telefon bimbitnya.

Aiden dengan sepantas kilat mengambilnya. Entah apa yang dibuatnya, Alyssa tiada idea.

Aiden tersenyum kemudian memulangkan kembali telefon bimbit Alyssa.

"See you later, sunshine."

Aiden mengundurkan diri dan pergi dari perumahan tersebut.

"Apa dah jadi ni? Kenapa aku berdebar-debar setiap kali dia bagi ayat manis dengan panggilan tu?

Alyssa berbicara sendirian.

Tanpa dia sedari, bibirnya mengukir senyuman.

✎✎✎

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now