𝟎𝟒 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

1K 91 15
                                    

Seperti biasa, sesiapa saja yang melihat wajah Alyssa, pasti akan tertegun.

Kerana wajahnya terlihat sangat cantik, putih bersih. Sejuk mata memandang.

"Cik?" Panggil Alyssa.

"Ah ye?" Dia tersedar dari lamunannya.

"Saya minta maaf ye. Saya betul-betul tak sengaja." ucap Alyssa sambil menundukkan kepalanya.

"Eh takpe, saya yang patut minta maaf sebab tersentuh tangan awak tadi." ucap Daniel Georgio.

Alyssa tersenyum manis lalu menggangguk.

"Awak minat juga baca novel ni?" Tanya Alyssa.

Jarang dia jumpa lelaki yang minat baca novel-novel cinta seperti ini.

"Oh haah. Saya memang minat baca cerita-cerita novel macam ni. Kalau saya tengah ada problem atau stress, ha saya baca lah. Buat jadi tenang sikit." Ujarnya sambil tersenyum.

"Oh tapi bagi saya, kalau awak stress atau ada masalah, Allah kan ada. Awak boleh je luah semua pada dia." Kata Alyssa.

"Faham. Thanks for the advice." Daniel tersengih. Dia ingin jujur, tapi bukan sekarang.

"Boleh tak kalau saya nak minta nombor awak? Saya pun tak ramai kawan. Kalau awak ada atleast kalau free boleh la kita keluar jalan-jalan ke, sebagai kawan?" Tak salah kan nak berkenalan hehe.

Alyssa terlihat ragu-ragu.

"Tapi kalau tak boleh tak apa. Saya tak paksa. Saya pergi dulu." ucapnya berpamitan.

Lelaki itu berlalu pergi.

"Awak! Okay saya bagi nombor saya."

Daniel tersenyum.

Dia menghulurkan telefon bimbitnya pada Alyssa.

"Ni card saya. Simpan la."

"Alright, thanks."

Alyssa mengambil bukunya tadi lalu berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.



✎✎✎



Drrt drrt

Telefon Alyssa berbunyi. Hari ini Alyssa berhasrat untuk duduk di rumah sahaja.
Dia saja ingin menenangkan diri memikirkan masa depannya.

Alyssa melihat pada skrin telefon bimbitnya.
Tidak ingin berlama, dia terus menjawab panggilan itu.

"Hello bestie!"

Belum sempat Alyssa memberi salam, dia sudah menjauhkan telefonnya itu dari telinganya. Mendengar kawan baiknya itu menjerit sahaja boleh buat dia terkena serangan jantung.

"Ehem, Assalamualaikum bestie." Alyssa memerli Naura. Sahabat baiknya itu kalau tidak ditegur makin menjadi-jadi perangainya.

"Eh hehe, waalaikumsalam bestie. Ekhem, straight to the point. Macam mana dengan dare tu? Kau dah jumpa ke belum?" Naura mengingatkan Alyssa tentang hal itu. Naura bukan berniat jahat pada Alyssa. Tapi jika dia tidak melakukan ini, mungkin sampai bila-bila Alyssa tidak akan berkahwin.

"Tak boleh ke kalau cancel je dare tu? Aku bukan apa Naura, macam yang aku cakap hari tu, aku tak mahu ada masalah nanti dekat hubungan ni nanti." Benar juga apa yang dikatakan, jika ada masalah nanti, yang dihadap bukan Naura tapi Alyssa.

"Hm fine. Aku cancel dare ni. Tapi kau tetap kena cari juga cinta kau dalam tempoh bulan ni. Kalau tak jumpa juga, aku tak akan teragak-agak nak suruh Uncle Malik carikan jodoh untuk kau ye Miss Alyssa. Bye see ya." Langsung Naura mengakhiri panggilan itu.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now