𝟎𝟕 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

841 82 4
                                    

"Aiden pergi sana sekarang." Aiden dengan laju menamatkan panggilan tersebut.

"Love, I'm sorry. Saya kena hantar awak balik. Mommy call bagitahu Adel accident." Aiden penuh cemas. Dia perlu ke hospital sekarang.

"Allahuakbar... em Aiden, kalau saya ikut awak pergi hospital boleh?" Dia mahu menemani Aiden dan keluarganya di sana.

"Are you sure, angel?" Aiden mengangkat kedua-dua belah keningnya.

Alyssa menggangguk sambil tersenyum memandang Aiden.




✎✎✎




"Assalamualaikum, mommy, daddy. Adel dah sedar? Macam mana dia boleh accident?" Sampai sahaja di hospital mereka berjalan dengan laju mencari ruang bilik Adel ditempatkan.

Alyssa bersalam tangan dengan Helene.

"Waalaikumsalam. Mommy tak tahu. Tadi tiba-tiba pihak hospital call bagitahu Adel ada dekat wad kecemasan." Helene menangis di bahu Alyssa. Sebelum ini anaknya tidak pernah terlibat dalam kemalangan.

Seorang doktor keluar dari bilik di mana Adel di rawat.

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" Anuar segera mendekati doktor itu.

"Maaf Datuk, Miss Adelline kehilangan banyak darah waktu kemalangan tadi. Pihak hospital juga kehabisan stock darah jenis O. Kalau ada ahli keluarga yang sama jenis darah dengan pesakit boleh datang jumpa saya. Saya minta diri dulu." Doktor itu pergi beredar dari situ.

"Allahuakbar." Helene terduduk sambil menangis.

"Abang, macam mana dengan anak kita ni?" Helene sangat luluh hatinya memikirkan anak gadisnya itu.

Anuar berusaha memujuk isterinya itu.

"Sabar sayang, sekarang ni kita berdoa minta pada Allah semoga dia kurniakan seseorang untuk dermakan darah pada anak kita dan doa supaya Adel selamat ya." Anuar membawa Helene ke dalam pelukannya.

"Aiden, saya nak pergi tandas sekejap." Alyssa meminta diri pergi ke tandas. Entah kenapa tiba-tiba dia berdebar semacam.

"Alright love. Take care. Saya tunggu dekat sini ye." Aiden tersenyum manis walaupun di dalam hatinya dia sedang takut jika tidak dapat selamatkan adiknya.

Alyssa berjalan di koridor hospital itu.

Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Adelline datang kembali pada keluarga tersebut.

"Datuk, saya ada berita gembira. Ada seseorang yang telah mendermakan darahnya untuk Miss Adelline." Katanya sambil tersenyum.

"Alhamdulillah. Boleh saya tahu siapa yang dermakan darah ini doktor?" Anuar tersenyum dan bersyukur ada hati yang baik untuk membantu anaknya.

"Maaf Datuk, tapi empunya darah sudah pesan pada saya supaya jangan bagitahu siapa yang dermakan darah ini. Saya pergi dulu." Doktor itu memasuki ruang bilik Adelline.

Aiden bersyukur. Lebih tepat sangat bersyukur. Dia ingin berterima kasih pada orang itu.

Aiden mengerling jamnya sekilas.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now