𝟎𝟖 - 𝐀𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐇𝐚𝐲𝐝𝐞𝐫

918 82 9
                                    

"Sebenarnya aku dah nak bertunang." Naura sedikit gugup tetapi dia cuba untuk mengawal dirinya.

"What?! Bila?" Alyssa melenting sekuatnya. Dia tidak pernah tahu jika Naura, satu-satunya sahabat yang dia ada mempunyai kekasih.

"M-minggu depan." Naura menundukkan kepalanya dengan niat bersedia untuk menanggung segala kata-kata amarah dari Alyssa.

"What? Minggu depan kau nak bertunang, sekarang baru kau nak bagitahu aku? Oh my god!" Alyssa menjerit sekuat alam. Gadis itu berjalan pergi ke balkoni biliknya. Dia ingin menghirup udara segar.

Naura mengikuti langkahnya dengan hati-hati. Alyssa ini bukan boleh di buat main, kalau dia sudah marah, hantu pun takut nak mengacau dia melihat muka Alyssa yang lebih seram dari segala jenis hantu.

"Wait, sejak bila kau ada boyfriend? Kenapa aku tak pernah tahu pun? Alasan apa kau nak bagi? Oh sebab kau duduk overseas bercinta dengan mat saleh sebab tu kau tak nak bagitahu aku? Aku ni bukan kawan kau ke Naura Medina binti Hashim?" Ucap Alyssa kemudian menyilang kedua belah tangannya.

Alyssa kalau sudah serius tiada siapa yang berani memandang wajahnya.

"B-bukan macam tu Lyss. Aku memang nak bagitahu kau tapi tak ada masa. Lagipun waktu aku nak bagitahu kau tu kau tengah ada problem kan dengan Aiden so aku tak nak lah tambah serabut kau lagi." Alyssa masih tergagap-gagap untuk menerangkan persalah fahaman ini.

"Dah lah kau. Cakap aje lah kau dah tak sayang kan aku, kau dah tak anggap aku sebagai kawan baik kau dah kan?" Tidak pasti ini nada marah atau cemburu.

Naura yang dapat merasakan nada itu langsung memeluk Alyssa dari belakang. Dia melingkari kedua belah tangannya di pinggang Alyssa.

"Ala Lyss, kau jangan lah merajuk dengan aku, aku sayang kau lah. Tak kan lah aku nak lupa bestfriend aku dunia akhirat ni. Lagipun nanti kalau kau merajuk lama-lama, siapa nak jadi pengapit aku waktu bersanding nanti? Tak apalah nanti aku cari bestfriend baru aje lah." Ucap Naura melepaskan lingkaran tangannya kemudian beralih menuju ke katil.

"Ala Naura! Ye lah aku minta maaf. Janganlah cari bestfriend baru. Aku sayang kau lah." Alyssa berlari pada Naura lalu memeluknya sekuat-kuatnya.

"Hehe, ye aku pun sayangkan kau. Sorry tau Lyss aku bagitahu lambat." Mereka berpelukan erat seperti seorang kakak dan adik yang saling menumpahkan kasih dan sayang.

"Bila kau nak kenal kan aku dengan bakal tunang kau tu?" Alyssa melepaskan pelukan itu lalu duduk bersandar di bahu Naura.

"I'm not sure. Lately ni dia busy sikit, tapi tak apa, ada masa nanti aku kenalkan dekat kau okay." Ucap Naura sambil tersenyum manis.

"Hm untunglah dah ada boyfriend, dah nak bertunang dah pun." Alyssa membuat riak wajah yang boleh dikatakan sedih tetapi tidak terlalu sedih.

"Halah-halah dia ni, kau tu ada aje orang minat kau tapi kau tu yang jual mahal. Tu si Aiden, sampai bila kau nak buat dia macam tu? Kau sendiri tahu macam mana perasaan dia pada kau kan?"

Naura sengaja menyebut-nyebut nama Aiden, jujur dia suka melihat Alyssa yang selalu tersenyum, tidak seperti dulu yang hidupnya hanya diisi dengan buku,buku dan buku sahaja.

"Aiden? Hm dia baik. Aku suka dia. Tapi aku tak berani nak ungkapkan rasa ni dekat dia. Aku takut... Aku takut kalau dia cuma nak mainkan hati perasaan aku. Aku belum bersedia untuk rasa kecewa." Alyssa berucap lalu memandang ke arah jendela biliknya.

"Lyss, kalau kau suka, terus terang. Kalau kau takut rasa kecewa, kau kena ingat. Setiap hubungan akan ada masa suka dan duka. Dan segala rasa tu kau kena hadap sama-sama." Ucap Naura sambil mengusap lembut belakang tangan Alyssa.

𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮Where stories live. Discover now