"Eh Alyssa? Awak buat apa dekat sini?" Soal Aiden. Sejujurnya dia tidak sangka akan bertemu dengan Alyssa. Tapi nak buat macam mana, dah jodoh.
"Awak yang buat apa dekat sini? Awak stalk saya eh?" Ujar Alyssa sambil mencekak pinggang.
"Saya stalk awak? Awak jangan nak perasanla. Saya setiap hari lalu sini untuk pergi pejabat saya. Tapi saya rasa kita ni memang dah ditakdirkan lah." Aiden membuat muka selamba.
"Dahla awak pergi la kerja. Menyibuk je dekat sini." Alyssa mengusir Aiden kemudian memutarkan badannya menghadap keretanya itu.
"Kereta awak rosak ke? Nak saya tolong?"
"Kalau aku tolong dia, mesti dia rasa terhutang budi, senang la aku nak rapat dengan dia. Hehe bukan selalu ambil kesempatan dalam kesempitan." Aiden mengumpat di dalam hatinya.
"No thanks. Saya dah call mechanic dah." Ucapnya dengan sombong.
"Awak nak saya teman?" Aiden mengangkat sebelah keningnya.
"Eh buat apa? Tak payahla. Saya boleh je duduk sini sendiri." Alyssa mengerutkan dahinya.
"Okay kalau macam tu saya pergi dulu la. Tapi saya nak bagitahu awak sesuatu. Awak mesti jarang lalu sini kan?"
Alyssa mula memberi perhatian kepada Aiden.
"Awak nak tahu, dulu dekat sini pernah ada orang accident dan mati tau. Orang kat sini cakap dia orang selalu kena kacau. Tapi tak apalah mungkin awak berani nak duduk sini sendiri. Saya pergi dulu." Aiden cuba menakut-nakutkan Alyssa.
Aiden melangkah pergi setelah melihat muka cuak Alyssa.
"Awak! okay awak boleh teman saya, tapi duduk jauh sikit." Ucap Alyssa dengan nada yang sedikit ketakutan.
Aiden tersengih lalu menggangguk. Mereka bersandar pada pintu kereta Alyssa.
"Sebenarnya awak nak pergi mana Alyssa?" Soal Aiden.
"Sebenarnya saya nak pergi beli barang dapur tadi. Saya plan nak masakkan untuk papa hari ni." ucapnya mesra.
"Oh ada apa hari ini?"
"Tak ada apa pun. Saja je nak masakkan untuk papa." ujarnya sambil tersenyum manis pada Aiden.
"Kalau macam tu jomla saya hantar." Aiden menawarkan dirinya.
"Eh tak apa lah. Saya tak nak susahkan awak." Kata Alyssa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hati saya lagi susah tengok awak sorang-sorang dekat sini." Ucapnya dengan nada yang lembut.
Alyssa mendiamkan diri.
"Love, cuba awak call mechanic tu, tanya dia dekat mana. Macam lambat sangat je ni." Aiden memandang tepat ke mata Alyssa.
"O-oh okay jap." Alyssa tergagap.
Alyssa menelefon mekanik itu.
"Awak, mekanik tu cakap dia tak boleh nak datang pula." Alyssa selesai berhubung dengan mekanik itu. Dia membuat riak wajah sedih. Dia tidak mahu menyusahkan Aiden.
Pak Hashim? Pak Hashim pergi bawa Mak Kiah ke klinik. Katanya Mak Kiah cirit-birit.
"Bagusla kalau macam tu. Jom saya hantarkan awak. Kereta awak tu nanti saya telefon kawan saya suruh hantar bengkel kereta okay." Ujar Aiden melangkah kaki berjalan ke keretanya.
YOU ARE READING
𝐀𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 : 𝑯𝑰𝑺 𝑩𝑬𝑨𝑼𝑻𝑰𝑭𝑼𝑳 𝑨𝑵𝑮𝑬𝑳 || 𝑶𝑮
Romance|| My First Karya || Aiden Hayder & Alyssa Mikayla Seorang jejaka tampan yang berketurunan cina. Tidak dinafikan, dia selalu menjadi pujaan wanita-wanita di luar sana kerana kulit putihnya, badan sasa dan tidak lupa juga, mata hazelnya. Dia terli...