Chapter 34

44 6 0
                                    

Setelah pergi ke klinik Aryan terus membawa Anna ke Restorant light start (akibat kering idea, jadi author hentam jak nama restorant tu)...

Kata doktor tadi, kecederaan pada tangan Anna tidak lah parah cuma ia terseliuh sahaja, dalam 2, 3 hari tangan tu akan baik...

Sesampai sudah di restorant itu tiba² Aryan bersuara...

"Ni kau nak tempah bilik VIP untuk tempat makan kita ke or kau nak secara terbuka" kata Aryan sambil mengusap bahu Anna...

"Er.. secara terbuka lah, aku malas lah nak private lagi" kata Anna keletihan...

"Kau ni ok ke tak? Nampak macam letih je muka kau tu" kata Aryan sambil menyentuh pipi Anna...

"Tak ada apa lah, muka aku pucat je, bukannya aku sakit pun" kata Anna selamba...

"Kau ni kan,kalau aku gigit leher kau tu dekat sini baru tahu" kata Aryan dengan nakal...

Membuntang mata Anna, lalu dia terus menutup celahan lehernya supaya Aryan tidak membuat perangai...

Boleh malu sampai ketujuh keturunan dia ni...

Anna terus memandang Aryan dengan tajam, Aryan terus mentertawa kan Anna, suka dia menyakat si isterinya itu...

"Dah lah tak jadi nak makan secara terbuka, aku nak private" kata Anna dengan sedikit nada marah...

"Why nak private? Takut aku baham kau depan orang ramai ke?" Kata Aryan sambil kening nya terjongket² dan senyuman senget nya...

"Eii.. tak ada mood lah aku nak makan" kata Anna lalu dia ingin keluar...

Belum sempat ingin melangkah keluar, tiba² ada satu tangan kekar mencapai tangan kecilnya...

Anna terus berpaling, ternyata Aryan yang menangkap tangannya itu...

"Haha... Rilek ah, aku gurau je. Dah jom" kata Aryan sambil menarik lembut tangan Anna, Anna hanya akur dan terus mengikut jejak langkah Aryan...

************

"Dear... Are you okay?" Soal Hakimi pada Aini yang dari tadi asyik mengeluh sahaja... Ya mereka sebenarnya dah lama couple sejak hari perkahwinan Anna dan Aryan, cuma mereka rahsia kan hubungan mereka dari pengetahuan orang lain termasuk lah sahabat² mereka...

"Ok" jawab Aini acuh tak acuh...

"Hey.. macam ada problem je ni, share lah" kata Hakimi risau sambil memeggang tangan Aini...

"Tadi sekat SPA, saya kena serang dengan fans awak... Awak lah ni siapa suruh ramai peminat, tengok tak pasal² saya yang kena serang" marah Aini disertakan dengan bebelan...

Meletus ketawa Hakimi kerana melihat kekasihnya itu sudah mula membebel...

"Ish awak ni!! Bukan nak tolong saya pon" kata Aini merajuk sambil berpeluk tubuh, bibirnya di cebikkan...

"Alololo sian nya dia ni ya.. alah senang cerita kalau diorang serang awak lagi, awak cakap jelah yang awak ni isteri saya" kata Hakimi selamba...

Tidak semena² lengan kekarnya di cubit ketam oleh Aini...

"Au! Sakit lah.." kata Hakimi meringis kesakitan sambil menggosok tempat yang dicubit itu, berbisa weh cubitan dari perempuan ni...

"Padan muka!" Kata Aini sambil menjelir lidah...

Hakimi tersenyum kecil dengan gelagat Aini itu, bagi dia setiap telatah kerenah Aini membuat kan dia terpesona, di lihat comel sahaja Aini ini...

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Aini hairan...

SIAPA ELAURA HIKAYLA [OG] Where stories live. Discover now