Chapter 75

69 8 2
                                    


(Gambar di atas tu ialah gambar. Di mana situasi mereka semua berada sekarang... But waktunya pula ialah waktu malam. Bukan siang. So korang bayangkan lah diorang semua ada kat tingkat tu pada waktu malam ok!. 🧸🍭)

" Zhai! direct our men to send 3 helicopters! now!!" Arah Ash melalui hearingdevice di telinga nya

"Alright DevilClever" sahut Zhai di sana

"Sayang.. are you okay?" Soal Ash dengan lembut pada Batrisyia. Ubun ubun isterinya di kucup

Batrisyia menangguk. Walaupun ada sedikit rasa trauma di dalam dirinya

"Kau dah arahkan Zhai untuk hantar Helikopter pada kita?" Soal Aryan sambil tanganya tidak berhenti mengusap kepala Anna yang masih lagi menangis di dada bidangnya

Ash hanya menangguk. Sekarang ini mereka berdua berada di tingkat paling atas sekali. Di mana tingkat ini tiada bumbung. Jadi senang untuk mereka mengambil Helikopter nanti

Tiba tiba Hakimi datang ke arah mereka. Tercungap cungap nafasnya kerana berlari untuk menaiki sampai ke tingkat ini. Bersama tangannya yang masih lagi mengheret Chiko

Manakala Chiko pula. Dia lagi lah penat!. Sebab dia kena heret!. Penat dia nak kejar langkah besar si Hakimi ni!. Dah lah kaki panjang!. Tahu tak yang dia ni pendek!. Tak silap boleh terseret dia dekat tangga tadi

"Kau dah kenapa?. Macam baru lepas nampak hantu je?" Soal Ash

"Kepala kau!. Aku penat naik tangga lah!. Dah lah aku heret sekali budak pendek ni!. Harap je pendek!. tapi badan berat!" Ujar Hakimi sambil mengutuk

"Eleh.. kau ingat aku ni tak penat juga ke hah?!. Kau tu dah lah kaki galah. kau pergi heret aku sekali tu dah kenapa?!. Boleh je kan kau lepaskan tangan aku! Halah haih!. Ada otak! Tapi bengap!" Balas Chiko turut sama mengutuk Hakimi

Hakimi Menjegil kan matanya ke arah Chiko. Ee! Kecik besar kecik besar je! Dia tengok si Chiko ni!. Nak Aje dia cekik gadis ini!

Dan pada masa yang sama juga. Aina dan Eric terus terjah ke arah mereka

"Korang ok tak?!" Soal Aina dan Eric serentak pada mereka

"Patutnya aku yang tanya korang. Korang ok tak? Asal muka kau lembam lebam Eric?"soal Hakimi

"Apalagi. Aku pergi bertumbuk lah dekat bawah. Sebab nak cover korang punya plan nih" ujar Eric lalu dia bercekak pinggang

Aina hanya menangguk. Dia pula hanya sekadar sedikit luka calar halus di tanganya

"Ok semua dah kumpul?. Ok nice!. Kejap lagi Helikopte-" belum sempat Ash mahu menghabis kan ayatnya tiba tiba datang satu lagi musibah

"Mana korang nak lari hah? Hahahahha! Fikir korang boleh lepas?!" Kata satu suara dari arah kawasan yang gelap di tingkat itu

Mereka semua terkebil kebil. Kecuali Aryan dan Ash. Mereka hanya memasang riak wajah tidak berperasaan sahaja

Pelukkan tangan kekar Aryan pada pinggang ramping Anna. Semakin di eratkan!. Kali ini dia takkan beri sesiapa menyentuh mahu pun menyakiti isterinya lagi!

Satu susuk tubuh itu akhirnya keluar dari kawasan gelap di tingkat tersebut. Baju nya berlumuran dengan sedikit darah. Siapa lagi kalau bukan Leonard

"Hey Aryan. Ingat aku lagi tak?. Haha!. Dah bertahun tahun kita tak jumpa. And now?. we meet again right?" Ujar Leonard dengan senyuman sinis

Aryan masih tetap sama. Riak nya tetap dengan riak beku

"Huh!. Aku tak nak cakap banyak. But before korang pergi. Aku nak korang tengok dulu kejutan dari aku" dari senyuman sinis. Kini bertukar pula pada senyuman mengerikan

SIAPA ELAURA HIKAYLA [OG] Where stories live. Discover now